Followers

Follow by Email

Thursday, October 18, 2012

Kasut Kahwin Size 7 For Sale

As-salam beauty peeps,

Ready made Lacey kate
Off white
Size 7
4 inches heel
RM250.

Interested? Email me at absolutelygorgeousbyamy@gmail.com. 

Wednesday, October 17, 2012

J-Lo Red Lips Inspired Make-up Looks

As-salam beauty peeps

Hari ni nak share few tips cara nak mekap untuk berlipstick merah. Actually tak susah pun. Mungkin anda pun ada tips juga nak dikongsikan bersama so boleh tinggalkan komen anda yer. Sama-sama lah kita sharing pandangan kan? 


J-Lo inspired look. 


Warna merah ni dalam gambar nampak macam red cili je tapi actually tak pun.
Tip : make sure mekap pada bahagian mata tidak terlalu heavy & seeloknya hanya natural mekap sahaja. contoh smokey eyes adalah tidak sesuai. 


Tip : pemerah pipi/blusher seeloknya warna bronze. elakkan warna merah/pink. takut nanti jadi macam opera cina pula. tidak perlu sapu terlalu banyak, hanya sedikit sahaja. ala-ala nak nampak tak nampak ajer. 


Tip : bila berlipstick merah, pastikan bibir yang merah tu ada line. seeloknya guna lip pencil color merah. jika tiada, pandai-pandai bajet masa letak lisptick di bibir agar ianya sekata & berline. =)


Selamat mencuba buat mereka yang teringin nak berlipstick merah. Saya hanya mampu berani memakai lipstick merah dalam rumah sahaja. Husband tak benarkan lagipun, tiada keyakinan diri nak berlipstick merah. Hehehe... =) 



Thursday, October 11, 2012

Kim Kardashian Inspired Makeup Looks

As-salam peeps,

I'm back!! Mungkin bukan hari-hari la nak update blog. Tapi cuba untuk merajinkan diri ini. So, for those yang bertanya saya guna lipstick apa kat instagram & fb. Kat bawah ni saya ada stated barang-barang yang saya guna untuk nak nampak nude seperti Kim K. 

Yes, i love eveything about Kim K. Especially her makeup & shoessss. And of course her curving. Hahahaha... Over mak di situ. Siapa suka Kim K juga sila angkat keyboard? If suka her makeup, boleh cuba-cuba dirumah. Tak susah pun sebenarnya makeup ni. Janji kena pada pemilihan warna eye shadow, blusher & lipstick. Mesti akan turn out cantik & tak pelik. =) 


Kim Kardashian Makeup Look


Kim Kardashian


Hasilnya. 


Nude look. Kening saya tebal, tanpa nipiskannya pun still nampak ok kan? =)


Face (tan skin @ NC 40) : 
Mac Fix Fluid NC 40 - foundation
Mac Bronzing Powder Solar Riche - saya guna as blusher
Mac Mineralize Skinfinish Natural Medium Dark - bedak

Eyes : 
Mac Paint Pot Bare Study
Mac Eye Shadow Humid Frost
Mac Eye Shadow Carbon Matte
Mac Engraved - eye pencil 
Maybelline Hyper Curl Volume - mascara
The Body Shop Brow & Liner Kit 02 - kening

Lipstick :
Mac Lip Pencil Chicory 
Mac Angel - lipstick


Jika ada yang tak mempunyai barang seperti dia atas, dont worry. Anda boleh guna barang yang anda ada. Main point dia dekat mata, buat smokey, mascara banyak-banyak,  eye liner. Then lisptick cari yang color nude-nude sikit. Pink pale pun ok. Selamat mencuba. =)






Tuesday, October 9, 2012

PROMOSI MEKAP & KASUT PENGANTIN

As-salam beauty peeps,

Dah lama tak update blog. Maafkan saya yer blog kerana telah mengabaikan anda. Dengan wujudnya twitter & instagram, lagi la membuatkan diri ini amatlah malas nak menaip di blog. 

Ok, bukan nak cerita mengenai blog terabai. Saya nak war-warkan promosi mekap & kasut dari saya. Promosi ni 2 kali mekap + sepasang kasut dengan harga RM700. 2 kali mekap tu, tak kisah la mekap akad nikah ke, sanding ke atau bertandang. Janji 2 kali. Dan sepasang kasut kahwin, ni akan jadi hak milik kekal si pengantin. Bukan sewa-sewa yer. 


Untuk contoh-contoh mekap yang lain boleh ke blog Beauty Touch Of Amy Zalini


Untuk contoh-contoh mekap yang lain boleh ke blog Beauty Touch Of Amy Zalini


Contoh-contoh kasut yang lain boleh tengok kat FB Absolutelygorgeous By Amy


Contoh-contoh kasut yang lain boleh tengok kat FB Absolutelygorgeous By Amy


Jika ada yang berminat boleh lah email terus ke saya di mizzamyzalini@gmail.com. Cepat-cepat, promosi ni terhad untuk 10 customers sahaja. =)


Google Analytics Alternative