Followers

Follow by Email

Saturday, February 25, 2012

Her Baju Nikah - Sneak Peek

As-salam beauty peeps!!

Baju nikah dah siap. Yeaayy!! Dah boleh nikah dah!! Haa, baru ke'excited'an tu muncul bila baju dah siap. Ni, tak feel apa pun kan before this? lol... 

So, kasi sneak peek sikit kat readers blog. Review akan muncul kemudian yer if ada permintaan. Hehehe... 


Aci tak tunjuk belakang je dulu? Suka sangat dengan buttons tu.

Wednesday, February 22, 2012

Her & Him - Love Story Part 2

As-salam beauty peeps!!

Ramai yang suruh sambung cerita kami. Remember Part 1? Yang saya komen gambar kat facebook Encik Tuney pasal interested dengan kick boxing. Then saya tanya harga berapa dan menyuruh dia message saya di facebook. 


Nampak tu? Dia punya 1st move adalah nak ajak training kick boxing sama-sama and it's free. Siapa yang nak tolak rezeki kan? 


Lepas dapat offer tu, macam was-was la jugak sebab ada ke orang baik hati nak ajak training free-free sedangkan dia cari makan dengan train people untuk fitness? Ke ada udang disebalik mee? Saya tak fikir dia nak mengorat saya coz most of his frens semua cantik-cantik jer dekat FB and walllaaa semuanya seksi-seksi. And siapa lah aku? Ceeewaaahh.... Saya risau dia ni orang jahat ke apa ke, macam pervert ke or perogol bersiri ke. lol. Memang terfikir sampai ke situ lah jugak. 

Then, dalam pada duk was-was tu, terjanji untuk buat training kick boxing pada hari Ahad. Means ada seminggu lagi untuk saya selidik tentang Encik Tuney. 

Masa tu, saya ni memang jadi tempat luahan perasaan kawan-kawan saya. Malam-malam, pasti ada jer kawan-kawan yang akan call bergayut dengan saya. Kadang tu sampai sejam dan mungkin lebih. Yer la, saya masih belum berkahwin lagi jadi tiada masalah la kan untuk diorang nak call semua nie. 

Nak jadikan cerita, malam tu saya berborak di telefon dengan 3 orang rakan saya. Then lepas dah abis tu, saya taip di status FB "next, siapa lagi yang nak call saya malam ni?". Then, terus laju-laju Encik Tuney komen, "saya-saya!". Hahahaha.... Macam buat promo sale pulak kan bunyi nya? 

Lepas mendapat lesen "call jer la kalo nak call" dari saya, terus dia call ok. Hahahaha... Pantas you all. Dia called. 


He : Helloo...

She : Hello, assalamualaikum...

He : Wa'alaikummussalam. Hai. 

She : Hai

He : Haa, suara awak macam kartun.

She : Haa?? Yer ker? *dalam hati duk kutuk gak la suara dia. nmpk mcm abg body ketak2 tapi suara halusnya.... lol*

He : U tengah buat apa? 

She : Menggadap laptop jer. U?

He : I tengah drive

She : Ekh, bahaya tu. Better u drive 1st.

He : Tak per, nak sampai dah pun. Ok la, see u this Sunday ok?

She : Ok. 

He : Bye

She : Bye


His 1st phone call. Still fresh in my memory dia gelakkan suara saya yang macam kartun ni katanya. And saya pun sebenarnya tak sangka suara dia macam budak2 je sedangkan badan ketak-ketak. Funny huhh...

Kita sambung kisah seterusnya di Part 3 yer. Hope ada yang sudi membaca. Hikss....

Tuesday, February 21, 2012

Her Baju For Renee's Bridesmaid

As-salam beauty peeps!!

Alhamdulillah, dalam sibuk here and there. Still managed to kotakan janji which was menjadi salah seorang tukang bawa dulang hantaran for Renee Solemnization. Btw, congrats to her and her hubby. Now tengah ber'honeymoon kan? Semoga cepat-cepat buat baby di Bali. Huehuehue....

Dan syukur jugak, kain yang diberikan oleh Renee even last minit pun still dapat disiapkan malah outcome nya sangat lah cantik. Suka sangat, dah boleh pakai untuk bertunang or mungkin tambah beads lagi, so boleh pakai untuk nikah. Serioulsy, i love the baju very much. Not only me je yang suka my baju but most of the bridesmaid pun puji kata cantik. And even ada orang tu nak pinjam kain je nak tunjuk contoh kat tukang jahit dia. Hehehehe....


Courtesy : Detik Indah. Suka sangat pelamin Renee. Para-para sakura gitu..


Courtesy : Pn Izzati kita. Mekap Renee sangat cantik!! Nangis mak tengok. Owhh btw, sila tengok baju saya juga. lol.. 


Sorry sebab resolution piccas adalah kecil so x leh nak besarkan dah. The flowy of kain tu yang mahal tu kan? Nasib la badan cheq x besar mana so boleh la buat flowy2 even kain tu 4meter je. Patch lace siap beading lagi tau. Cantik pulak tu. And the most important thing is, saya nampak kurus!! Double happy di situ. Dan saya yang fussy bab-bab jahitan ni memang berpuas hati dengan kekemasan jahitan dan baju pun selesa.  


Hantar jahit baju kat mana? - Hariz Zakwan
Berapa? - RM150

Monday, February 20, 2012

Her Kad Kawin & Anda Boleh Order Jika Berminat

Salam beauty peeps!!

Kad kawin saya dah lama siap. Cuma tidak berkesempatan nak update blog. Alhamdulillah, even design kad ni tak tunjuk kat parents pada mulanya, bila kad siap and pos to them, they liked it!! Tu yang penting. Tak dek la kata omputih sangat bagai. Just fine and sweet. Ramai kawan-kawan parents saya suka dan siap nak suruh anak diorg order dengan saya. Hahahaha.... Bunyi macam kelakar je bila dengar tapi tu mungkin satu pujian buat saya yang tak seberapa dalam graphic design nie.

Btw, kad saya memang 100% design by me. Memang dari scratch la lebih kurang, sampai ke sampul pun semuanya cari sendiri. Nak tengok? Actually tak seberapa pun, but yang penting diri sendiri suka dan parents pun suka. =)


Bahagian depan.


Bahagian dalam




Bahagian belakang



If ada yang interested nak buat kad boleh email me at mizzamyzalini@gmail.com. Design lain pun ada, just let me know jer. Anything nak tanya boleh email ok.

Monday, February 6, 2012

Her & Him - Love Story Part 1

As-salam beauty peeps!!

Ramai juga yang tanya, bagaimana kami berchenta? Semuanya bermula di FACEBOOK. Sila lah percaya. Facebook juga membantu golongan-golongan yang tidak bersosial di luar seperti saya untuk bersosial di alam maya sahaja. Hahahaha....

Ok-ok, yang sebenarnya facebook saya hanya teman-teman rapat dan orang yang bekepentingan sahaja yang saya add. Strangers memang saya tidak akan approve. Tapi nak dijadikan cerita dan jodoh, 2 tahun yang lepas he added me as friend. And bila tengok profile dia, nampak macam abang body ketak-ketak punya type. Furthermore mutual fren beliau adalah cousin saya si Ana. Terus approve. lol....

Pada masa itu, saya berkawan dengan seorang jejaka. Dah berjumpa dengan mak dia pun. Kami tidak berchenta, tapi ala-ala macam teman tapi mesra gitu lah. Dalam sedar tak sedar, saya dah start suka pada beliau. Owh pada mana saya dah mula menyukai beliau, tapi malangnya beliau buat hal di mana telah menipu saya. Dan penipuan itu saya tidak dapat nak terima. So saya end up our friendship. Yes, he kept call me sampai hujung 2011. Tapi call dan sms dari beliau satu pun tidak pernah berjawab. Saya pernah memberi peluang pada beliau dua tahun lepas dan dia melepaskan peluang yang diberikan macam tu je.

Dalam pada masa hati tengah bersedih, saya mencari hobi baru. Tiba-tiba terlihat gambar-gambar Encik Tuney (tapi masa tu tak tunang lagi la) tengah train kick boxing. And i was like, ekhhhh nak belajar juga la. Excited sungguh  la kononnya. Masa tu tidak terpikir yang nak menggedik ke apa. Cuma fikir kick boxing tu cool kot.  


 This is where the relationship started.


Sebenarnya excited tu cuma hanya tengok gambar je, x sangka dia beria-ria betul pulak. My last conversation tu saya suruh dia PM kan? Yes, dengan lajunya dia PM saya. Ok, apa yang dia PM tu kita continue next part. Heeee..... =D

Saturday, February 4, 2012

Ada Sesiapa Nak Sewakan Baju Sanding?

As-salam beauty peeps!!

Lagi 35 hari okeyh!! Yang paling best adalah baju sanding x dek lagi. Nak mencari ke sana kemari adalah sangat tak sempat dah. Kalau ada yang murah dan berkenan memang confirm kami grab laju-laju. Tapi kenapa lah sewa pun mahal jugak? Sebab dah x sempat, tu yang terpaksa kena sewa. Dan harga adalah mahal tu yang kami hold dulu. Kot-kot jumpa yang cantik dan murah.

If ada readers yang bukan blogger dan blogger yang mahu sewakan baju, sila-sila lah tinggalkan ur email address kat kotak komen. Nanti dengan gembiranya saya akan email kepada anda. I'm looking for baju yang berwarna dusty pink. Hope ada yang sudi nak sewakan. Thanks. =)

Google Analytics Alternative