Followers

Follow by Email

Wednesday, October 17, 2012

J-Lo Red Lips Inspired Make-up Looks

As-salam beauty peeps

Hari ni nak share few tips cara nak mekap untuk berlipstick merah. Actually tak susah pun. Mungkin anda pun ada tips juga nak dikongsikan bersama so boleh tinggalkan komen anda yer. Sama-sama lah kita sharing pandangan kan? 


J-Lo inspired look. 


Warna merah ni dalam gambar nampak macam red cili je tapi actually tak pun.
Tip : make sure mekap pada bahagian mata tidak terlalu heavy & seeloknya hanya natural mekap sahaja. contoh smokey eyes adalah tidak sesuai. 


Tip : pemerah pipi/blusher seeloknya warna bronze. elakkan warna merah/pink. takut nanti jadi macam opera cina pula. tidak perlu sapu terlalu banyak, hanya sedikit sahaja. ala-ala nak nampak tak nampak ajer. 


Tip : bila berlipstick merah, pastikan bibir yang merah tu ada line. seeloknya guna lip pencil color merah. jika tiada, pandai-pandai bajet masa letak lisptick di bibir agar ianya sekata & berline. =)


Selamat mencuba buat mereka yang teringin nak berlipstick merah. Saya hanya mampu berani memakai lipstick merah dalam rumah sahaja. Husband tak benarkan lagipun, tiada keyakinan diri nak berlipstick merah. Hehehe... =) 



0 comments:

Google Analytics Alternative