Followers

Follow by Email

Wednesday, February 22, 2012

Her & Him - Love Story Part 2

As-salam beauty peeps!!

Ramai yang suruh sambung cerita kami. Remember Part 1? Yang saya komen gambar kat facebook Encik Tuney pasal interested dengan kick boxing. Then saya tanya harga berapa dan menyuruh dia message saya di facebook. 


Nampak tu? Dia punya 1st move adalah nak ajak training kick boxing sama-sama and it's free. Siapa yang nak tolak rezeki kan? 


Lepas dapat offer tu, macam was-was la jugak sebab ada ke orang baik hati nak ajak training free-free sedangkan dia cari makan dengan train people untuk fitness? Ke ada udang disebalik mee? Saya tak fikir dia nak mengorat saya coz most of his frens semua cantik-cantik jer dekat FB and walllaaa semuanya seksi-seksi. And siapa lah aku? Ceeewaaahh.... Saya risau dia ni orang jahat ke apa ke, macam pervert ke or perogol bersiri ke. lol. Memang terfikir sampai ke situ lah jugak. 

Then, dalam pada duk was-was tu, terjanji untuk buat training kick boxing pada hari Ahad. Means ada seminggu lagi untuk saya selidik tentang Encik Tuney. 

Masa tu, saya ni memang jadi tempat luahan perasaan kawan-kawan saya. Malam-malam, pasti ada jer kawan-kawan yang akan call bergayut dengan saya. Kadang tu sampai sejam dan mungkin lebih. Yer la, saya masih belum berkahwin lagi jadi tiada masalah la kan untuk diorang nak call semua nie. 

Nak jadikan cerita, malam tu saya berborak di telefon dengan 3 orang rakan saya. Then lepas dah abis tu, saya taip di status FB "next, siapa lagi yang nak call saya malam ni?". Then, terus laju-laju Encik Tuney komen, "saya-saya!". Hahahaha.... Macam buat promo sale pulak kan bunyi nya? 

Lepas mendapat lesen "call jer la kalo nak call" dari saya, terus dia call ok. Hahahaha... Pantas you all. Dia called. 


He : Helloo...

She : Hello, assalamualaikum...

He : Wa'alaikummussalam. Hai. 

She : Hai

He : Haa, suara awak macam kartun.

She : Haa?? Yer ker? *dalam hati duk kutuk gak la suara dia. nmpk mcm abg body ketak2 tapi suara halusnya.... lol*

He : U tengah buat apa? 

She : Menggadap laptop jer. U?

He : I tengah drive

She : Ekh, bahaya tu. Better u drive 1st.

He : Tak per, nak sampai dah pun. Ok la, see u this Sunday ok?

She : Ok. 

He : Bye

She : Bye


His 1st phone call. Still fresh in my memory dia gelakkan suara saya yang macam kartun ni katanya. And saya pun sebenarnya tak sangka suara dia macam budak2 je sedangkan badan ketak-ketak. Funny huhh...

Kita sambung kisah seterusnya di Part 3 yer. Hope ada yang sudi membaca. Hikss....

3 comments:

Zumie said...

suara u memang kecik hehe

.:shura shushi:. said...

Suara kartun..! Hihihi

Lana Hamdan said...

cute story, amy!

Google Analytics Alternative