Followers

Follow by Email

Monday, February 6, 2012

Her & Him - Love Story Part 1

As-salam beauty peeps!!

Ramai juga yang tanya, bagaimana kami berchenta? Semuanya bermula di FACEBOOK. Sila lah percaya. Facebook juga membantu golongan-golongan yang tidak bersosial di luar seperti saya untuk bersosial di alam maya sahaja. Hahahaha....

Ok-ok, yang sebenarnya facebook saya hanya teman-teman rapat dan orang yang bekepentingan sahaja yang saya add. Strangers memang saya tidak akan approve. Tapi nak dijadikan cerita dan jodoh, 2 tahun yang lepas he added me as friend. And bila tengok profile dia, nampak macam abang body ketak-ketak punya type. Furthermore mutual fren beliau adalah cousin saya si Ana. Terus approve. lol....

Pada masa itu, saya berkawan dengan seorang jejaka. Dah berjumpa dengan mak dia pun. Kami tidak berchenta, tapi ala-ala macam teman tapi mesra gitu lah. Dalam sedar tak sedar, saya dah start suka pada beliau. Owh pada mana saya dah mula menyukai beliau, tapi malangnya beliau buat hal di mana telah menipu saya. Dan penipuan itu saya tidak dapat nak terima. So saya end up our friendship. Yes, he kept call me sampai hujung 2011. Tapi call dan sms dari beliau satu pun tidak pernah berjawab. Saya pernah memberi peluang pada beliau dua tahun lepas dan dia melepaskan peluang yang diberikan macam tu je.

Dalam pada masa hati tengah bersedih, saya mencari hobi baru. Tiba-tiba terlihat gambar-gambar Encik Tuney (tapi masa tu tak tunang lagi la) tengah train kick boxing. And i was like, ekhhhh nak belajar juga la. Excited sungguh  la kononnya. Masa tu tidak terpikir yang nak menggedik ke apa. Cuma fikir kick boxing tu cool kot.  


 This is where the relationship started.


Sebenarnya excited tu cuma hanya tengok gambar je, x sangka dia beria-ria betul pulak. My last conversation tu saya suruh dia PM kan? Yes, dengan lajunya dia PM saya. Ok, apa yang dia PM tu kita continue next part. Heeee..... =D

6 comments:

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

wahh xsbr nak tunggu hikhik
cinta dimuka buku!

ka . ka . mim said...

sweet... x sabar nk tgk amy jd raja sehari... mst semua customize sendiri.. cpt ler amy kawen... hehehhee

Repunzal said...

cepat sikit citeeeee... tak sabat nak baco ni.. cite abg ketak-ketak.. hehe

farah aminuddin said...

weee comei je korang nye love story! x sabar nk tunggu part 2 :D

choclairissa @ intan marliana said...

Wow..rupeny cinta muka buku yee..saye cinta jejak kasih kawan tadika...hehe..bileterkenang rase sweet sgt kan?kjp je dh nk kawen :-)

Zumie said...

hehe sweet

Google Analytics Alternative