Followers

Follow by Email

Thursday, October 18, 2012

Kasut Kahwin Size 7 For Sale

As-salam beauty peeps,

Ready made Lacey kate
Off white
Size 7
4 inches heel
RM250.

Interested? Email me at absolutelygorgeousbyamy@gmail.com. 

Wednesday, October 17, 2012

J-Lo Red Lips Inspired Make-up Looks

As-salam beauty peeps

Hari ni nak share few tips cara nak mekap untuk berlipstick merah. Actually tak susah pun. Mungkin anda pun ada tips juga nak dikongsikan bersama so boleh tinggalkan komen anda yer. Sama-sama lah kita sharing pandangan kan? 


J-Lo inspired look. 


Warna merah ni dalam gambar nampak macam red cili je tapi actually tak pun.
Tip : make sure mekap pada bahagian mata tidak terlalu heavy & seeloknya hanya natural mekap sahaja. contoh smokey eyes adalah tidak sesuai. 


Tip : pemerah pipi/blusher seeloknya warna bronze. elakkan warna merah/pink. takut nanti jadi macam opera cina pula. tidak perlu sapu terlalu banyak, hanya sedikit sahaja. ala-ala nak nampak tak nampak ajer. 


Tip : bila berlipstick merah, pastikan bibir yang merah tu ada line. seeloknya guna lip pencil color merah. jika tiada, pandai-pandai bajet masa letak lisptick di bibir agar ianya sekata & berline. =)


Selamat mencuba buat mereka yang teringin nak berlipstick merah. Saya hanya mampu berani memakai lipstick merah dalam rumah sahaja. Husband tak benarkan lagipun, tiada keyakinan diri nak berlipstick merah. Hehehe... =) 



Thursday, October 11, 2012

Kim Kardashian Inspired Makeup Looks

As-salam peeps,

I'm back!! Mungkin bukan hari-hari la nak update blog. Tapi cuba untuk merajinkan diri ini. So, for those yang bertanya saya guna lipstick apa kat instagram & fb. Kat bawah ni saya ada stated barang-barang yang saya guna untuk nak nampak nude seperti Kim K. 

Yes, i love eveything about Kim K. Especially her makeup & shoessss. And of course her curving. Hahahaha... Over mak di situ. Siapa suka Kim K juga sila angkat keyboard? If suka her makeup, boleh cuba-cuba dirumah. Tak susah pun sebenarnya makeup ni. Janji kena pada pemilihan warna eye shadow, blusher & lipstick. Mesti akan turn out cantik & tak pelik. =) 


Kim Kardashian Makeup Look


Kim Kardashian


Hasilnya. 


Nude look. Kening saya tebal, tanpa nipiskannya pun still nampak ok kan? =)


Face (tan skin @ NC 40) : 
Mac Fix Fluid NC 40 - foundation
Mac Bronzing Powder Solar Riche - saya guna as blusher
Mac Mineralize Skinfinish Natural Medium Dark - bedak

Eyes : 
Mac Paint Pot Bare Study
Mac Eye Shadow Humid Frost
Mac Eye Shadow Carbon Matte
Mac Engraved - eye pencil 
Maybelline Hyper Curl Volume - mascara
The Body Shop Brow & Liner Kit 02 - kening

Lipstick :
Mac Lip Pencil Chicory 
Mac Angel - lipstick


Jika ada yang tak mempunyai barang seperti dia atas, dont worry. Anda boleh guna barang yang anda ada. Main point dia dekat mata, buat smokey, mascara banyak-banyak,  eye liner. Then lisptick cari yang color nude-nude sikit. Pink pale pun ok. Selamat mencuba. =)






Tuesday, October 9, 2012

PROMOSI MEKAP & KASUT PENGANTIN

As-salam beauty peeps,

Dah lama tak update blog. Maafkan saya yer blog kerana telah mengabaikan anda. Dengan wujudnya twitter & instagram, lagi la membuatkan diri ini amatlah malas nak menaip di blog. 

Ok, bukan nak cerita mengenai blog terabai. Saya nak war-warkan promosi mekap & kasut dari saya. Promosi ni 2 kali mekap + sepasang kasut dengan harga RM700. 2 kali mekap tu, tak kisah la mekap akad nikah ke, sanding ke atau bertandang. Janji 2 kali. Dan sepasang kasut kahwin, ni akan jadi hak milik kekal si pengantin. Bukan sewa-sewa yer. 


Untuk contoh-contoh mekap yang lain boleh ke blog Beauty Touch Of Amy Zalini


Untuk contoh-contoh mekap yang lain boleh ke blog Beauty Touch Of Amy Zalini


Contoh-contoh kasut yang lain boleh tengok kat FB Absolutelygorgeous By Amy


Contoh-contoh kasut yang lain boleh tengok kat FB Absolutelygorgeous By Amy


Jika ada yang berminat boleh lah email terus ke saya di mizzamyzalini@gmail.com. Cepat-cepat, promosi ni terhad untuk 10 customers sahaja. =)


Thursday, May 3, 2012

Her Wedding Shoe

As-salam beauty peeps!!

Dah nak masuk 2 bulan kahwin baru nak update pasal wedding. Hehehe... Kita review satu persatu ok. Now let's start with wedding shoe.


My wedding shoe. Designed by myself. Mana nak beli or tempah kasut kahwin? Surely boleh tempah dengan Absolutelygorgeous By Amy.

Wednesday, May 2, 2012

Nak Tutup Blog Ke Tak?

As-salam beauty peeps!!

Sedih ok bila buka blog je semua gambar hilang. Ni gara-gara gatal nak pakai Samsung Note lah ni. Tapi tuan sendiri tak canggih lagi. Macam mana entah picasa folder boleh wujud dalam gallery album pada tepon. Semua gambar kat blog ada dalam phone. Then bayangkan lah berapa ribu photos kan? So, takut tepon lembab dan sebagainya, dengan yakinnya DELETE lah file tersebut. Makanya, ni lah padahnya. Semua pun hilang. Ok sedih. 

Agak-agaknya, perlu tak nak tutup blog? Macam dah sunyi sepi gitu. Pulaknya, semua gambar dah tak dek. Padahal banyak benda kot nak citer and update kat blog tapi bila buka je blog jadi down. T____________T

Monday, March 26, 2012

She's Married!!

As-salam beauty peeps!!


Alhamdulillah. I'm a wife now. Still in the mood "macam tak percaya jer dah kawin!". lol. That's what i'm going through now. Banyak benda nak kena adapt. Slowly memahami, menyesuaikan diri dan belajar untuk jadi wife yang baik. Insya-Allah. Picture credited to Opaq Studio.

Friday, March 2, 2012

7 Days To Go!!

As-salam beauty peeps!!

Lagi 7 hari, seriously nervous tak datang lagi. Stress? Tak stress. Just redha je if ada terkurang ke apa nanti. Sebabnya memang macam tak ter'handle dah. Semua benda macam dah lari budget. Then sure ada benda yang tak dapat nak dipenuhi. Makanya, kena REDHA. Okeyh, memang dah mentally prepared dah.Yes, REDHA jer keyword hari ni. Dan bersyukur sangat dengan apa yang ada. 

Alhamdulillah, banyak benda dah settle. Ada yang kecil-kecil je yang tak settle lagi. Tak per, masih ada masa. Huehuehuehue.... *sedapkan hati sendiri*

Bab canopy jer yang rasa agak terkilan sebabnya plan lain, now macam lain je jadi. Tak kisah lah, tak nak susahkan parents. And again, redha je. Hehehehe...

Penat sangat-sangat coz tak cukup rehat & tidur. Satu badan dah sakit-sakit nie. Rasa macam nak cepat-cepat selesai part kawin nie. Memang sangat meletihkan tapi menyeronokkan. Doakan tau moga-moga segalanya berjalan lancar. Amin.

Saturday, February 25, 2012

Her Baju Nikah - Sneak Peek

As-salam beauty peeps!!

Baju nikah dah siap. Yeaayy!! Dah boleh nikah dah!! Haa, baru ke'excited'an tu muncul bila baju dah siap. Ni, tak feel apa pun kan before this? lol... 

So, kasi sneak peek sikit kat readers blog. Review akan muncul kemudian yer if ada permintaan. Hehehe... 


Aci tak tunjuk belakang je dulu? Suka sangat dengan buttons tu.

Wednesday, February 22, 2012

Her & Him - Love Story Part 2

As-salam beauty peeps!!

Ramai yang suruh sambung cerita kami. Remember Part 1? Yang saya komen gambar kat facebook Encik Tuney pasal interested dengan kick boxing. Then saya tanya harga berapa dan menyuruh dia message saya di facebook. 


Nampak tu? Dia punya 1st move adalah nak ajak training kick boxing sama-sama and it's free. Siapa yang nak tolak rezeki kan? 


Lepas dapat offer tu, macam was-was la jugak sebab ada ke orang baik hati nak ajak training free-free sedangkan dia cari makan dengan train people untuk fitness? Ke ada udang disebalik mee? Saya tak fikir dia nak mengorat saya coz most of his frens semua cantik-cantik jer dekat FB and walllaaa semuanya seksi-seksi. And siapa lah aku? Ceeewaaahh.... Saya risau dia ni orang jahat ke apa ke, macam pervert ke or perogol bersiri ke. lol. Memang terfikir sampai ke situ lah jugak. 

Then, dalam pada duk was-was tu, terjanji untuk buat training kick boxing pada hari Ahad. Means ada seminggu lagi untuk saya selidik tentang Encik Tuney. 

Masa tu, saya ni memang jadi tempat luahan perasaan kawan-kawan saya. Malam-malam, pasti ada jer kawan-kawan yang akan call bergayut dengan saya. Kadang tu sampai sejam dan mungkin lebih. Yer la, saya masih belum berkahwin lagi jadi tiada masalah la kan untuk diorang nak call semua nie. 

Nak jadikan cerita, malam tu saya berborak di telefon dengan 3 orang rakan saya. Then lepas dah abis tu, saya taip di status FB "next, siapa lagi yang nak call saya malam ni?". Then, terus laju-laju Encik Tuney komen, "saya-saya!". Hahahaha.... Macam buat promo sale pulak kan bunyi nya? 

Lepas mendapat lesen "call jer la kalo nak call" dari saya, terus dia call ok. Hahahaha... Pantas you all. Dia called. 


He : Helloo...

She : Hello, assalamualaikum...

He : Wa'alaikummussalam. Hai. 

She : Hai

He : Haa, suara awak macam kartun.

She : Haa?? Yer ker? *dalam hati duk kutuk gak la suara dia. nmpk mcm abg body ketak2 tapi suara halusnya.... lol*

He : U tengah buat apa? 

She : Menggadap laptop jer. U?

He : I tengah drive

She : Ekh, bahaya tu. Better u drive 1st.

He : Tak per, nak sampai dah pun. Ok la, see u this Sunday ok?

She : Ok. 

He : Bye

She : Bye


His 1st phone call. Still fresh in my memory dia gelakkan suara saya yang macam kartun ni katanya. And saya pun sebenarnya tak sangka suara dia macam budak2 je sedangkan badan ketak-ketak. Funny huhh...

Kita sambung kisah seterusnya di Part 3 yer. Hope ada yang sudi membaca. Hikss....

Tuesday, February 21, 2012

Her Baju For Renee's Bridesmaid

As-salam beauty peeps!!

Alhamdulillah, dalam sibuk here and there. Still managed to kotakan janji which was menjadi salah seorang tukang bawa dulang hantaran for Renee Solemnization. Btw, congrats to her and her hubby. Now tengah ber'honeymoon kan? Semoga cepat-cepat buat baby di Bali. Huehuehue....

Dan syukur jugak, kain yang diberikan oleh Renee even last minit pun still dapat disiapkan malah outcome nya sangat lah cantik. Suka sangat, dah boleh pakai untuk bertunang or mungkin tambah beads lagi, so boleh pakai untuk nikah. Serioulsy, i love the baju very much. Not only me je yang suka my baju but most of the bridesmaid pun puji kata cantik. And even ada orang tu nak pinjam kain je nak tunjuk contoh kat tukang jahit dia. Hehehehe....


Courtesy : Detik Indah. Suka sangat pelamin Renee. Para-para sakura gitu..


Courtesy : Pn Izzati kita. Mekap Renee sangat cantik!! Nangis mak tengok. Owhh btw, sila tengok baju saya juga. lol.. 


Sorry sebab resolution piccas adalah kecil so x leh nak besarkan dah. The flowy of kain tu yang mahal tu kan? Nasib la badan cheq x besar mana so boleh la buat flowy2 even kain tu 4meter je. Patch lace siap beading lagi tau. Cantik pulak tu. And the most important thing is, saya nampak kurus!! Double happy di situ. Dan saya yang fussy bab-bab jahitan ni memang berpuas hati dengan kekemasan jahitan dan baju pun selesa.  


Hantar jahit baju kat mana? - Hariz Zakwan
Berapa? - RM150

Monday, February 20, 2012

Her Kad Kawin & Anda Boleh Order Jika Berminat

Salam beauty peeps!!

Kad kawin saya dah lama siap. Cuma tidak berkesempatan nak update blog. Alhamdulillah, even design kad ni tak tunjuk kat parents pada mulanya, bila kad siap and pos to them, they liked it!! Tu yang penting. Tak dek la kata omputih sangat bagai. Just fine and sweet. Ramai kawan-kawan parents saya suka dan siap nak suruh anak diorg order dengan saya. Hahahaha.... Bunyi macam kelakar je bila dengar tapi tu mungkin satu pujian buat saya yang tak seberapa dalam graphic design nie.

Btw, kad saya memang 100% design by me. Memang dari scratch la lebih kurang, sampai ke sampul pun semuanya cari sendiri. Nak tengok? Actually tak seberapa pun, but yang penting diri sendiri suka dan parents pun suka. =)


Bahagian depan.


Bahagian dalam




Bahagian belakang



If ada yang interested nak buat kad boleh email me at mizzamyzalini@gmail.com. Design lain pun ada, just let me know jer. Anything nak tanya boleh email ok.

Monday, February 6, 2012

Her & Him - Love Story Part 1

As-salam beauty peeps!!

Ramai juga yang tanya, bagaimana kami berchenta? Semuanya bermula di FACEBOOK. Sila lah percaya. Facebook juga membantu golongan-golongan yang tidak bersosial di luar seperti saya untuk bersosial di alam maya sahaja. Hahahaha....

Ok-ok, yang sebenarnya facebook saya hanya teman-teman rapat dan orang yang bekepentingan sahaja yang saya add. Strangers memang saya tidak akan approve. Tapi nak dijadikan cerita dan jodoh, 2 tahun yang lepas he added me as friend. And bila tengok profile dia, nampak macam abang body ketak-ketak punya type. Furthermore mutual fren beliau adalah cousin saya si Ana. Terus approve. lol....

Pada masa itu, saya berkawan dengan seorang jejaka. Dah berjumpa dengan mak dia pun. Kami tidak berchenta, tapi ala-ala macam teman tapi mesra gitu lah. Dalam sedar tak sedar, saya dah start suka pada beliau. Owh pada mana saya dah mula menyukai beliau, tapi malangnya beliau buat hal di mana telah menipu saya. Dan penipuan itu saya tidak dapat nak terima. So saya end up our friendship. Yes, he kept call me sampai hujung 2011. Tapi call dan sms dari beliau satu pun tidak pernah berjawab. Saya pernah memberi peluang pada beliau dua tahun lepas dan dia melepaskan peluang yang diberikan macam tu je.

Dalam pada masa hati tengah bersedih, saya mencari hobi baru. Tiba-tiba terlihat gambar-gambar Encik Tuney (tapi masa tu tak tunang lagi la) tengah train kick boxing. And i was like, ekhhhh nak belajar juga la. Excited sungguh  la kononnya. Masa tu tidak terpikir yang nak menggedik ke apa. Cuma fikir kick boxing tu cool kot.  


 This is where the relationship started.


Sebenarnya excited tu cuma hanya tengok gambar je, x sangka dia beria-ria betul pulak. My last conversation tu saya suruh dia PM kan? Yes, dengan lajunya dia PM saya. Ok, apa yang dia PM tu kita continue next part. Heeee..... =D

Saturday, February 4, 2012

Ada Sesiapa Nak Sewakan Baju Sanding?

As-salam beauty peeps!!

Lagi 35 hari okeyh!! Yang paling best adalah baju sanding x dek lagi. Nak mencari ke sana kemari adalah sangat tak sempat dah. Kalau ada yang murah dan berkenan memang confirm kami grab laju-laju. Tapi kenapa lah sewa pun mahal jugak? Sebab dah x sempat, tu yang terpaksa kena sewa. Dan harga adalah mahal tu yang kami hold dulu. Kot-kot jumpa yang cantik dan murah.

If ada readers yang bukan blogger dan blogger yang mahu sewakan baju, sila-sila lah tinggalkan ur email address kat kotak komen. Nanti dengan gembiranya saya akan email kepada anda. I'm looking for baju yang berwarna dusty pink. Hope ada yang sudi nak sewakan. Thanks. =)

Wednesday, January 25, 2012

Her Kasut Featured In Magazine Inspirasi Perkahwinan

As-salam beauty peeps!!

Sorry sangat sebab dah lama tak update blog. Seriously agak kebizian. Alhamdulillah, biznez makin hari makin mendapat sambutan dan yang terbaru, kasut-kasut saya dah masuk dalam majalah tempatan iaitu Inspirasi Perkahwinan bulan Mac 2012. Tapi majalah ni dah ada di pasaran even keluaran bulan Mac, awal sebulan lebih. Hikss....


Keterujaan bila tengok kasut sendiri di featured. =D


Insya-Allah, nantikan our ready made collection pula ya?


Ni gambar front cover untuk majalah Inspirasi Perkahwinan. Fyi, ni adalah 1st issue untuk majalah tersebut, banyak tip-tip menarik dari pereka dan wedding planner yang berpengalaman untuk panduan bride to be. Rekaan baju terkini dan juga pelamin terkini juga ada dalam majalah ni. Sila la dapatkan majalah ni dengan segera sebelum kehabisan stok.

Google Analytics Alternative