Followers

Follow by Email

Wednesday, September 28, 2011

Her Business Card Design - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Business card ni actually buat utk both side which is belakang depan. Depan for mekap dan belakang for kasut. Esok nak pergi print bendalah kat atas ni kat opis my best fren some where in Setapak. Sorry yer, memang sengaja save dalam revolusi yang rendah.

Tuesday, September 27, 2011

Keterujaan!!

As-salam beauty peeps!!

Tak pernah ku sangka blog ni ada readers. Ingatkan membebel seorang diri since komen pun dah makin berkurang dari hari ke hari. Yer la, saya dah jarang blog walking melainkan jika ada yang datang mengomen then saya reply kunjungan. Takut orang kata kita sombong. If yang datang sini tapi saya tak komen blog anda mungkin kotak komen anda ada problem. Yes, saya ada pergi blog anda and better double check your kotak komen yer. Nanti saya pergi lagi dan komen. Hehehe...


Owh bukan pasal komen-komen yang saya nak perkatakan. Saya dah matured enough pasal hal komen-mengomen ni sebab itu hak masing-masing. Saya pun suka jadi silent reader juga. LOL... Then, yang saya keterujaan ni ialah, saya dapat catching up bilangan users yg online di blog saya. Tak pernah saya dapat catch seramai itu. Selalunya 13 macam tu jer. Then today baru perasan sampai dah ke 15 orang. Hikksss... Sukaaaa...


Suka!!


Ok fine, tu pun nak kecoh satu Malaya ke? Hehehe... Alah, kasi chan lah sikit nak feeling blog ni ada readers. And thanks to those yang selalu membaca di sini. Btw, korang lebih berminat nak saya bercerita tentang apa yer? Blog ni dah jadi blog 5 in 1 dah rasanya. Ke nak stick dengan pelbagai benda. Then, tak dek lah boring sangat kan?

Kim Kardashian Wedding Shoes

As-salam beauty peeps!!

Saya baru berkesempatan nak belek-belek blog Kim K. And I found about her wedding shoes. Sangat lah gorgeous and all of its were custom made from Giuseppe Zanotti.


3 pasang you allss... Source : Kim K


Yang ni dia letak beads bukan letak crystals. Nice kan? If nak tempah kasut macam Kim K ni, boleh lah dapatkan info kat Absolutelygorgeous By Amy.


Yang ni pulak dia buat closed-toe with crystal heel. Cantik kan? Owh if nak tempah kasut macam ni pun boleh juga ke Absolutelygorgeous By Amy.


Then last one, yang ni cuma plain sling back peep-toe. Tapi tetap cantik kan? Sources : Kim K


Monday, September 26, 2011

Make-Up Artist Untuk Sanding Memey

As-salam beauty peeps!!

Jenjalan di Oh Bulan, penuh gambar pernikahan dan persandingan Memey dan Norman. First thing yang catched my eyes is mekap. Memang cantik!! Owh puji mekap jer tau, bukan puji lebih-lebih dan tak bermaksud saya suka dengan Memey. Tapi saya suka tengok mekap beliau dari drama-drama lagi. Memang cantik ajer.


Siapa setuju yang mekap beliau cantik, sila angkat keyboard? Source : Oh Bulan!


Make-up Artist yang memekapkan semasa pernikahan dan persandingan Memey ni adalah Tiar Zainal. Memang superb lah, i likeeeee. Rate beliau saya tak sure lah pulak. Ada sesiapa tahu? Boleh dikongsikan bersama, mana tahu ada yang berminat nak hire beliau yer dak?

Friday, September 23, 2011

Her New Style

As-salam beauty peeps!!

Tajuk adalah tak boleh blah. Style lah sangat kan? Hahahaha... Btw, before raya hari tu memang saya sibuk nak beli tudung/shawl kat entri ni. Then, google sana-sini sekali tertarik pada jetcirclescaft by Yuna. Then, sebelum raya tu siap pergi beli 2 kali kat kedai Yuna di Subang Jaya.


Inilah hasilnya. Both scaft from Jetcirclescaft by Yuna. 


Ni pun from Jetcirclescaft. Easy to wear, tak perlukan brooch or any pin pun. Scaft tu susah nak terjatuh unless ditiup angin yang kuat then dia jatuh lah ke belakang.




Jetcirclescaft ni dia ala-ala macam kain batik. Cuma dia shawl yang telah dijahit. So selain pakai macam saya kat atas tu, dia juga boleh dipakai as turban. Boleh tengok tutorial dari Yuna cara pemakaian turban menggunakan jetcirclescaft ni kat sini.




Dengan kekreatifan sendiri, cari shawl yang cantik-cantik then hantar kedai jahit suh dia jahit macam jahit kain batik then taddaaa... Seperti gambar di atas adalah bukan dari kedai Yuna. Tapi shawl ni ketebalan sikit so kureng sesuai, maka nya saya pakai time malam-malam sahaja or jika ke tempat ber'aircond since Malaysia is hot babeyh.


Btw, i love the satin inner too. Satin inner tu bukan dari kedai Yuna but from Tudung Mel. Now, saya ada 3 inner tersebut but i think i need to buy more especially black inner sebab warna lain macam kureng sesuai dengan saya. =)

Thursday, September 22, 2011

Video : Danny X-Factor & Lin's Solemnization

As-salam beauty peeps!!

Ramai-ramai artis, rasanya Danny ni yang paling low profile bab kawin. Tak dek lah sampai kecoh semalaya orang sponsor juta-juta. Tapi tetap kawin juga. Solute lah kat dia. Very humble and simple solemnization. Selamat pengantin baru buat Danny dan isteri.


Her Kinda Sexy Lipstick!!

As-salam beauty peeps!!

Entri semalam kan beria-ia nak beli lipstick MAC Kinda Sexy kan? Then, time lunch keluar ke Sunway Pyramid so dah alang-alang kat Sunway tu terus lah ke kedai MAC. 


Finally!! Dapat juga. 


Taddaa!! Ini lah hasilnya. 


Oleh disebabkan nak mekap si Suhada ni for her dinner event terus laju-laju pergi beli lipstick kinda sexy. So that boleh try test tengok hasilnya macam mana. Tapi before that dah minta permission tuannya nak try test dulu tengok sesuai atau tidak, if tak sesuai kita topup with red lipstick color sikit. Dan hasilnya tidak menghampakan saya, tak perlu topup apa-apa since ianya memang nampak pink natural. Kulit Suhada ni sama like me which is kalau produk MAC NC42-45(geng-geng kulit gelap).

Btw, kalau nak tengok hasil mekap yang lain boleh ke blog saya Beauty Touch Of Amy Zalini. Kalau sudi nak follow, sila-silakan lah yer. =)

Wednesday, September 21, 2011

Suria Di Cordoba - Suka Dengan Lipstick Sari Yanti

As-salam beauty peeps!!

Siapa sini layan Suria Di Cordoba? Saya layan dari episod tengah-tengah so mungkin banyak part yang saya dah miss agaknya. But then, sangat suka layan cerita ni sebab jalan ceritanya yang menarik dan of course lah pelakon-pelakonnya adalah hebat-hebat belaka iaitu Sari Yanti, Ady Putra dan Fahrin Ahmad. Now dah episode ke-14 dah, still tak tahu siapa hero sebenarnya. I wish Ady Putra. Hehehe....


Sila fokus pada bibir dan warna lipstick yang dipakai.


Owh actually, bukan nak bercerita pasal jalan cerita Suria Di Cordoba ni. Cuma excited sangat sebab saya found out lipstick apa yang dipakai oleh Sari Yanti dalam drama tersebut. Super duper excited sampai termimpi-mimpi pergi MAC and buy it. Thanks to my besties, Mina coz tolong tanya to her fren who is one of the orang penting dalam drama Suria Di Cordoba itu. Kalau tak, sure saya hanya tertanya-tanya sendirian jer.


Totally in love dengan warna lipstick tu. It's more to dusty pink-nude gitu.


Inilah bagusnya kalau ber'twitter. Certain things amat-amat membantu. Thanks to Mina sebab sudi tanyakan. And thanks to Adila coz sudi share or maybe personally tanya kat Sari Yanti. Sukaaaa....


Nice kan? Actually warna lipstick akan berbeza-beza effect depends on your skin tone. Hope Kinda Sexy ni kasi effect yang wowww untuk saya yang tanned nie. It's work well with medium skin tone after i did some research. =)

Her Besties - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Tak cukup korum lagi ni. Ada lagi kawan-kawan yang tak dapat nak join on last Saturday at Zila's house. But I HEART THEM. Afzan, Zila, Dina, Fiza and yours truly. Zila dan 7 months, lagi 3 bulan je. Tak sabar sangat sebab she's going to be the first di antara kawan-kawan rapat saya yang menjadi ibu. Sedar tak sedar dah 14 tahun usia persahabatan kami. And till now, the frenship still utuh walaupun masing-masing ada life masing but bila salah seorang ada masalah, sure we'll get together and calm each other. Ini baru dinamakan persahabatan. 

Tuesday, September 20, 2011

Entrepreneur?

As-salam beauty peeps!!

Remember my entry yang saya mentioned about my 'free' and on. Ekh, jangan salah faham ye kawan-kawan. Bukannya saya putus cinta or putus tunang. Jangan lah berfikiran negatif sampai ke situ. Doa yang baik-baik untuk kami tau. 'Free' di situ bermaksud saya telah pun berhenti kerja dan sekarang sedang sibuk setup my own business which is my Absolutelygorgeous By Amy dan juga mekap-mekap Beauty Touch Of Amy Zalini.

I know, saya mengambil risiko yang amat berat. Tapi, saya percaya yang Allah itu maha berkuasa, if niat kita baik dan selalu berusaha dan berdoa, insya-Allah pasti ada rezeki di mana-mana. Kan? Doa dan dorongan  dari keluarga dan rakan-rakan juga amat penting buat waktu ini. Tapi biasa lah, tak semua orang akan kasi dorongan yang positif yer dak? Yang negatif pun banyak, saya terpaksa lah telan.

Before mengakhiri entri ini, saya berharap all the readers dah paham maksud entri yang sebelum ni. Doakan yang terbaik untuk saya yer. Doakan juga moga saya dimurahkan rezeki. So, kalau ada yang sudi membantu, meh la tempah kasut or mekap dengan saya. Ahakss.....




Mengendong kasut-kasut tak mengira tempat. 

Thursday, September 15, 2011

Some Tips Untuk Diet

As-salam beauty peeps!!

Since I got a lot of emails tanya macam-macam pasal diet, rasa macam bersalah pun ada since I'm not the expertise in diet thingy. I just diet ikut suka hati saya sahaja but then it's work for me. Kalau anda rasa apa yang saya nak kongsikan ni berguna untuk anda, then you can follow my tips. Jika rasa ianya tak bagus, then please advise me so that I can re'update my entry.

I'm nasi type of person. Kalau sehari tak makan nasi rasa badan macam menggigil kelaparan. Semua orang pun tahu yang nasi adalah penyumpang karbohidrat yang paling banyak. Sila betulkan kalau saya salah. Kadang-kadang kalau makan nasik ada budu, sure 2-3 pinggan saya boleh makan. But surely itu terjadi setahun sekali sahaja. lol... Kalau tiap-tiap hari macam tu, saya tak tahu lah saya berat berapa kg.

Then, oleh kerana saya perlu makan nasi. So, saya replace pinggan nasi kepada piring. Which is, saya reduce jumlah pengambilan nasi tersebut kepada 2-3 sudu sahaja. Then, letak lauk banyak-banyak. Tapi tak dek lah banyak mana. Sekadar cukup dan muat-muat piring jer lah. Selalunya kalau makan nasi, saya ambil time lunch.

Pagi pula, saya suka makan oat + milo. Nak kenyang lagi sila lah makan pisang 2-3 biji. Pisang kan bagus untuk digestion. Selain amalan breakfast saya, saya juga amalkan makan macam ni untuk bersahur. Seriously, tak lapar pun. And of course boleh dikategorikan dalam amalan diet yang sihat.

Untuk malam, saya lebih suka makan lauk sahaja which is ikan. Tak kisah lah ikan bakar or goreng or stim. Janji ikan. Kenapa ikan? Sebab saya suka makan ikan. And sebolehnya saya elakkan makan ayam yang terlalu kerap kerana saya rasa kalau saya kerap makan ayam, berat saya makin naik. Especially ayam KFC.

Amalan pemakanan saya ni tak dek lah saya straight guna sepanjang seminggu. Ada hari-hari tertentu saya makan pizza lah, beriani GM lah, secret recipe lah. Hahahaha.... Kalau nak cepat dapat effect sila berdisiplin kerana once dah makan makanan yang entah apa-apa, macam dah cover diet 3-4 hari. Kan dah rugi namanya tu?

And air paling important. Jangan jadi macam saya, kurang minum air then saya adalah problem dengan digestion saya. My bad. T______T . Selain berdiet, kena lah bersenam untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Kalau berat dah reduce, badan jadi lembik-lembik kan? So, kena make it firm dengan cara-cara tertentu. Itu bukan kepakaran saya. You can ask orang yang profesional. Or maybe bila saya berjaya firm'kan lengan saya yang dah lembik ni dan berjaya kuruskan peha saya, will blog about it later. Because now my major problem is lenggan, peha dan juga tepi perut. T______T

Alhamdulillah, berkat diet saya, from 49kg now saya dah turun ke 43.8kg. Diet ni bermula bulan puasa hari tu dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Even beraya, berat masih maintain. Syukur. Pergi beraya pun still makan tapi kena beringat juga. Tak makan nanti tuan rumah kecil hati pula, yer dak?




Nih gambar last week and from last week till hari ni, saya dah lost 1kg. Saya aim berat 40kg dan ketinggian saya yang pendek ini just 149cm. So, tak terlalu keding 40kg untuk saya.

Wednesday, September 14, 2011

She's Free - Worldless Wednesday

As-salam beauty peeps,


Since 'i'm free', i'm back on track to blogging world. To those yang fren dengan saya di twitter sure dah tahu makna disebalik gambar tersebut. Btw, sila doakan yang terbaik untuk saya.

Google Analytics Alternative