Followers

Follow by Email

Sunday, July 31, 2011

MAKE-UP PROMO!!

As-salam beauty peeps,

Since ramai yang request untuk dipanjangkan lagi tempoh promotion. And now, setelah difikir dan ditimbang tara. Ada lagi promo untuk anda! Kalau tak paham, boleh email saya. If nak buat make-up trial pun boleh. Cepat-cepat, weekends saya hanya muat untuk beberapa slot sahaja.



Portfolio akan diupdate sedikit demi sedikit kerana kekangan masa untuk berblogging. Untuk yang nak tengok portfolio, cuba klik sini. If ada permintaan, insya-Allah saya buka blog baru khas untuk mekap portfolio sahaja. Kalau ada permintaan lah. Kalau tak dek, tepek kat blog ni pun tak jadi masalah kan?

Thursday, July 28, 2011

Dulu Kurus Nak Gems, Skang Gems Nak Kurus

As-salam beauty peeps!!

Dua tiga tahun yang lalu, saya ni boleh dikategorikan dalam mereka yang kurus. Berat pada masa itu dalam 37-38kg. Masuk tahun 2010, berat naik dalam 2kg, so jadinya 40kg. Itu satu pencapaian yang amat menggembirakan saya. No more dengar orang bising kata muka saya cengkung lah. Kurus sangat lah. Macam makan hati lah. Bla bla bla.... Kadang-kadang stress okeyh bila orang komen pasal kita kurus.

Then, after I met my Encik Tuney. Berat naik bagaikan dipam-pam. Dari seringan 40kg terus naik mendadak dalam masa beberapa bulan ke 48-49kg. Paling berat pernah saya perasan adalah 49kg. Sangat gemuk untuk saya yang serendah 149cm ini. Tak pernah terbayang yang akan mecapai pencapaian ke tahap itu. Paling berat pun pernah turn to 45kg time cuti semester masa di universiti.


Before = 40kg. After = 48kg.

Lengan yang paling ketara di situ. Dan di bahagian peha. Perut tak payah cerita lah. Berlipat-lipat bagaikan apa je. Dulu, seluar biru itu tidak lah terlalu seksi untuk ku nak berjogging. Now, nak pakai pun memang tak muat.

Oleh kerana Encik Tuney ni memang concern pasal berat badan. Dia dengan rela hatinya nak bantu saya untuk kurus kembali. Tapi, saya ni memang pemalas bab-bab nak work out. Ambil mudah je isu berat badan pada masa itu. Sampai satu  masa, Encik Tuney dah feed up. Tapi he keep remind me yang dia tak suka if saya gemss. 

Now, setelah menyedari yang saya ni sebenarnya sudah gemuk. *tu pun sebab semua orang bising kata saya gemuk*. Baru lah menginsafkan diri dengan menjaga corak pemakanan. From 49kg now dah turn to 45kg. Sukaaa..... 

Saya ni adalah pemalas nak berjogging bagai. So, saya memang mendisiplinkan diri dengan corak pemakanan. Untuk malam, saya seboleh-bolehnya tak ambil nasi. Menu dinner saya adalah ikan bakar sahaja. Lunch pun actually jarang makan nasi. More on mihun, fast food. lol.... Owh fast food dan daku bagai tak boleh dipisahkan. Tapi.............. Berat still turun. Cuma kena pandai-pandai kira kalori yang diambil. =P

Saya tengah aim badan lama saya yang seperti dalam gambar before tuh. Time tu dalah 40kg sahaja. Haiisshh, 5kg more nak kena buang ni. Rasanya, nak tak nak, saya memang kena start bersukan. So that, lemak-lemak dalam badan dapat di burn dan kulit kembali firm. Kalau kurus sebab diet je, takut nanti kulit menggelebeh. Lagi scaryyyy...... 

Sesiapa yang nak join misi saya, nanti saya dapatkan tip cara diet yang berkesan yer. Dan akan saya dapatkan juga tip cara-cara nak work out sendirian dengan lebih efektif.

Tuesday, July 26, 2011

Currently Addicted With City Hunter

As-salam beauty peeps!!

Siapa sini suka tengok Korean Drama sila angkat keyboard? And might be familiar dengan Lee Min Ho juga kan? Cerita terbaru beliau ialah City Hunter which is cerita ini sangatlah berbeza dengan drama Korean yang selalu kita tengok.


  City Hunter. Cast by Lee Min Ho as Lee Yoon Sun, and Park Min Young as Kim Na Na. 


Jika nak download City Hunter (Eng Sub) boleh ke sini. Dan jika nak tengok online boleh ke sini. Oleh kerana kebizian teramat di opis. Terpaksa lah men'download cerita ni. Nak beli dvd original mak tak mampu noks. Tu pun kena tunggu few months lagi kot baru keluar dvd kat Malaysia. 

Monday, July 25, 2011

Nak Bershopping Tudung For Raya

As-salam beauty peeps!!

Puasa tak lagi dah sibuk cerita hal baju raya lah, tudung raya lah. Haiisshh... Memang itu je yang nampak yer Cik Amy? Ada terpikir tak nak solat terawikh dekat masjid mana? T________T 

Owh btw, memang duk teringin nak beli inner Maysaa yang Hana Tajima pakai tu. Tapi nak beli from Maysaa saya ni tiada credit card. Apatah lagi akaun paypal. So, nak tak nak, mencari butik-butik online tempatan yang mana menjual inner seakan begitu. Ada sesiapa tahu which online butik or kedai yang jual dengan harga berpatutan?

Beside that, selain inner tu, kononnya nak pakai satin shawl lah. Nih terpengaruh dengan Puan Zila Ziman lah ni. Hehehe... Erm, she suggested beli kat Shop SputnikSweetheart coz katanya kain satinnya sangat lembut dan tidak panas. 


Sourced. *sorry makcik, saya curi gambar anda. =P*


But, any other suggestion kat mana nak dapatkan satin shawl yang tidak panas dan lembut pada harga yang berpatutan? Sebab terfikir nak beli 3-4 helai. So, kena bajet sikit lah kan. T______T

Okeyh, enough of the verangan nak chantek. Hopefully bajet cukup lah untuk bershopping since macam banyak benda je nak kena fikir untuk this coming gaji. Ok, tetiba stress. T___________T

Saturday, July 23, 2011

Lagu Khas Buat Mereka Yang Bercinta Di Muka Buku

As-salam beauty peeps!!

Alhamdulillah. Bilangan followers dah lebih dari 300. Suka.... Maksudnya tak dek lah saya membebel sorang-sorang kat blog nie. Walaupun bilangan komen adalah sikit tapi bilangan readers so far not bad juga. Thanks again peeps!! =)

Owhh btw, asyik baca kat twitter yang pasal lagu Cinta Muka Buku. Terus buka kat youtube and search. Not bad juga lagunya. Boleh dijadikan lagu tema untuk video save the date. Not me lah, to those yang rasa ianya berkaitan. Cheq tak mampu nak STD-STD bagai nie. T_______T


Cinta Muka Buku By Najwa Latif


Cute tak lirik dia? Tak reti nak mengomen isi lirik tapi sounds like macam cute-cute jer. Ermmm... Tetiba terimbas kembali episod pergenalan kami. Siapa sini yang tahu macam mana kami berkenalan, sila angkat keyboard. =P

Friday, July 22, 2011

Her Dress As A Bridesmaid

As-salam beauty peeps!!

Since, ramai juga kawan-kawan di FB bertanyakan hal dress saya yang mana saya pakai semasa wedding kawan baik saya January yang lalu, so rasa macam perlu juga saya kongsikan di sini. Kain satin berwarna pink-peach itu dibeli oleh Zila. Dan tugas saya adalah pergi hantar baju dekat tukang jahit and jahitlah baju apa sahaja asalkan tak over dari pengantin. lol...


Sorry, gambar proper berdiri macam tak dek jer. Kata jadi bridesmaid je, gambar mostly fokus kat pengantin jer lah kan? The piccas of bride, groom, bridesmaid and bestman. =)


Ni macam nampak lah sikit kan? Tapi abaikan ke'chubby'an saya pada waktu itu. Maybe time tuh berat dalam 48kg-49kg. Now dah 45kg. Hikss... sukaaa.. 5kg more to go. 



Bukan isu gemuk nak diperkatakan yer. Dress itu saya jahit kat my favorite tailor. So far, all my baju kurung, kurung moden and dress memang saya hantar kat dia. Charge start from RM 80 and above. Dress pulak start from RM 200. Kalau baju ada lining, so double charge. Tukang jahit ni chinese, namanya May. Memang frenly, and baju siap on time. Itu yang paling penting kan? Selesa itu pun penting juga. Memang semua baju yang dijahit selesa dan terletak jer dekat badan. So, sesiapa nak mendapatkan khidmat tailor yang di'recommend oleh saya, di bawah ini alamatnya. =) 

 
Silk Reflection
1-B, 
Jln SG 1/5, 
Taman Industri Bolton, 
68100 Batu Caves. 
Tel : 03-6185 4288 (May)



Kim Kardashian Saman Orang Yang Sama Muka

As-salam beauty peeps!!

Terkejut pepagi buta baca berita pasal kes Kim K saman sebuah company yang buat iklan menggunakan Melissa Molinaro yang mana muka mereka seakan sama. Ekh, muka nak sama pun tak kan lah nak kena saman kot? Agaknya Kim K tergugat dengan kecomelan dan kecantikan Melissa Molinaro?

Actually, saya ni one of the big fan Kim K. Suka tengok cara mekap beliau. Suka tengok fashion beliau dan segalanya yang berkaitan dengan Kim K. Konon feeling nak jadi Kim K pun ada jugak. lol.... Sila muntah hijau yer. Muntah berdarah pun tak per. lol...

But, bila dia macam over perasan yang dia adalah manusia terchantek di dunia ni, tetiba jadi meluat pun ada. Rasa nak je bagi ceramah kat beliau yang muka kita ada 7 orang yang sama. Mungkin lebih. Tapi muka Melissa Molinaro ni tak dek lah 100% sama pun. Meh kita tengok sama-sama. Korang boleh bandingkan sendiri.  





Samakah? Tapi dua-dua pun cantik.


Dear Kim K, awak dah kaya sangat dah. Perlu ke nak saman orang semata-mata sebab muka nak sama? Mungkin watak awak dan kecantikan anda buat orang jadikan anda idola. Sepatutnya, anda perlu berbangga bukan dengan cara nak saman-menyaman. Dengan tindakan sebegini, anda mungkin dibenci dan dicaci. Sorry Kim K. But, u're always my inspiration. =)

Thursday, July 21, 2011

Her Everyday Look

As-salam beauty peeps!!

Nak update blog, type-type lepas tu delete. Seriously macam dah lari ke laut dalam agaknya mood dan idea nak berblogging nie. So, hari nie update pasal aktiviti harian saya. Pagi-pagi, after masuk ofis terus je memekapkan diri. Macam hobi plak skang ni since my fren tegur kata kalau nak orang hire kita untuk mekap, kita kena mekap diri sendiri cecantik dulu. Baru orang terus jatuh suka. So, take it as good advise.


Bare naked or nude look is my favorite makeup. Ni simple makeup je tau.


Barang makeup yang digunakan. 


Eyes makeup : 
6 Dashing Lassie Eye Shadows (MAC) *i just use 3 colors. yg 1st + 4th + 6th*
Hyper Sharp Liner - eye liner (Maybelline)
The Magnum Volume - mascara (Maybelline)

Face makeup :
Studio Fix Powder Plus Foundation (MAC)
Powder Blush Margin Frost (MAC)

Lipstick :
Honey Love (MAC)


Actually, ni mekap ke ofis so sesimple yang mungkin jer. By 1-2pm macam tu nak kena tanggalkan semuanya sebab nak berwuduk dan bersolat. Sayang lah kan kalau ber'foundation bagai. Mekap macam ni, 15 minit pun dah boleh siap. Hehehe.. So, sesiapa yang plan nak bermekap tapi macam tak dek idea nak buat style macam mana, you can use my tips. =)

Tuesday, July 19, 2011

She's Looking For A New Job

As-salam peeps!!

Almost 3 years kerja kat tempat sekarang ni, now time to intai-intai kerja baru. Actually, bukannya drastik nak berhenti kerja. Cuma mencari dan mengintai peluang lain yang mana hari bekerja adalah 5 hari seminggu. Right now, every Saturday pun kena kerja. T________T


Boleh tak nak buat macam tu time pergi interview? lol...


Nak buat job mekap, kebanyakkannya wedding on Saturday. And of course Sunday jugak. Tapi seeloknya kalau sabtu dan ahad tu adalah hari cuti bekerja kan bagus? So, memang boleh fokus kat mekap 100%. Tapi apakan daya, sekarang ni masa yang ada harus digunakan sebaiknya. 

Kawan-kawan, doakan saya berjaya dapat kerja baru dalam tahun ini ya? Jika ada job for ID di tempat anda, let me know. Boleh saya mencuba nasib. Tapi, nak pergi interview adalah satu benda yang palingggggggg saya tak suka. Rasa macam diri dah tua untuk berbuat demikian. lol....

Monday, July 18, 2011

Her Portfolio : Classic Look

As-salam beauty peeps!!

Actually over excited nak update blog, so blog ni menjadi priority untuk di update. Tak kira, even dah ada blog mekap pun, saya still nak update kat sini jugak. lol....

That day, terbuka website Ian Sham. Then, terbaca yang beliau ada buat contest. And, this is my 1st time berani dan rajin nak join contest-contest nie. Tema untuk contest ni adalah CLASSIC. So, here we go. Tengok apakah hasil classic dari saya. =)


The model : Ana. Before.


In the making.

After. Classic look.


The classic look. 


Close up. Nampak flawless tak the foundation? hehehe... Me like it. =)


Yours truly with the model of the day.


I don't know hasil classic ni actually menjadi ke tak. But both of us (my model and me) seriously like it. Ala-ala pin-up girl pun ada. Macam geisha pun ada. Kahkahkah.... So readers, what do you think? 

Owh btw, sebelum mengakhiri entri ni, hope ada yang sudi LIKE my picture yang dihantar untuk contest tersebut. So, klik sini dan sila lah LIKE yer. Terima kasih daun keladi. =) 

Friday, July 15, 2011

Nak Belajar Mekap?

As-salam beauty peeps!!

Nak belajar mekap? Chopp!! Not with me lah yer, saya pun budak baru belajar. Banyak teknik-teknik yang perlu saya pelajari lagi untuk menghasilkan sentuhan yang "wahhh" gitu. Kali ni, saya nak berguru dengan Cikgu Zila Ziman pula.


For more info visit Zila Ziman Blog.


Insya-Allah saya akan join kelas on 30 & 31 July. Katanya ada goodies bag yang best. Ekh, bukan nak goodies bag je tau. Yang penting tips & tricks from Zila Ziman. Hehehe...

For next target, ingin berguru with Ian Sham ataupun Nurul Shukor. Pelan-pelan kayuh kumpul duit nak pergi kelas mekap. Tu pun satu investment juga. Kan?

Thursday, July 14, 2011

MUA Yang Rate RM250-300

As-salam beauty peeps!!

Let me share make-up artist (MUA) yang rate nya between RM250-300. Harapnya, ni membantu mereka-mereka yang mencari MUA.  


Diyana Shukor - RM300 (nikah), RM400 (sanding)


Sarah Samsudin - RM300 (nikah), RM300 (sanding)


Ieza Shaz - RM200 (nikah) , RM250 (sanding)


Fadh Adnan - RM200 (nikah), RM250 (sanding)


Lissa De' Touch - RM250 (nikah), RM300 (sanding)


Amy Zalini - RM200 (nikah), RM250 (sanding)
*okeyh, me'list'kan diri sendiri adalah tak boleh blah.


Mostly yang tersenarai adalah MUA dalam KL-Selangor. For me, rate RM250-300 adalah yang paling murah lah kot. Ke ada lagi murah ye kawan-kawan? Nak share? Sila share kat kotak komen. Nanti saya update from time to time. If ada MUA yang nak minta saya listkan pun, saya lagi suka. Tapi mungkin rate ni berbeza pada tahun depan dan seterusnya. So, nak lebih info better contact terus tuan empunya diri. 

Her New Blog

As-salam peeps!!

Just a quit update. Let me introduce my new mekap blog. Kalau sudi follow, sila-silakan lah. Sangat appreciate it.


Tuesday, July 12, 2011

Her Portfolio : Mekap Yatt For Theater Training

As-salam beauty peeps!!

Another update about make-up thingy. Sorry ya, memang aktiviti saya sekarang ni lebih kepada mekap. So, update pun mostly pasal mekap je lah. Harap tiada yang jemu ya? Sometime I wonder, people yang datang ke blog hanya untuk men'stalk ataupun berkongsi cerita? Yang berkongsi dan bertanya di kotak komen balik-balik orang yang sama dan hanya beberapa orang sahaja. Bilangan unique visitor blog ni lebih dari 200 orang. So, yang lain-lain tu nak dikategorikan yang bagaimana ya? Opps, sorry if ada yang tersinggung but saya tak kisah jika anda tidak berminat untuk mengomen. So far, mana blog yang saya visit, insya-Allah akan ku tinggalkan komen sikit dua. Ataupun saya tidak bermesra agaknya, so orang tak sudi nak tinggalkan jejak. Ermm, my bad. Sorry again.

Opps, dah termerapu lebih. Berbalik pada tajuk, jom kita layan piccas portfolio dari saya. Simple make-up jer you all sebabnya tuan badan hanya nak melawa ke sesi theater training beliau.


Before.


Purple smokey eyes. 


Yours truly sedang khusyuk maksyuk.



One of my favorite lipstick color.


Done. 


Yatt- after.


Before mengakhiri entri excited campur melepaskan apa yang terbuku, just want to share with u peeps yang saya sedang membuat mekap promo. Untuk keterangan lanjut, sila klik kat sini.

Monday, July 11, 2011

Her Portfolio : Mekap Ayu For Dinner

As-salam beauty peeps!!

Last weekend, berjaya mekapkan si Ayu for her dinner. Tak punya banyak masa untuk menaip di blog, just enjoy the show, okeyh? Hehehe...


Before


Warna yang sangat garang but yet stunning. Ala-ala peacock inspiration gitu lah. Hahaha..



Almost done.



Done. After.




Simple and sweet mekap for dinner. =)

Friday, July 8, 2011

Makeup For Any Occasion Promo!!

As-salam beauty peeps!!

Saya dengan berbesar hatinya nak kongsi with you peeps that I'm giving a promotion for mekap-mekap. Hanya semurah RM50 sahaja for any occasion. Tak kisah lah, for dinner or bertunang or wedding or even sebagai pengapit. And mungkin anda perlukan mekap untuk sesi pre-wedding, pun boleh juga. Jangan risau, barangan yang digunakan semuanya brand MAC & Kryolan. Harga murah dan berbaloi-baloi i tell you. Hikksss...


Cepat book sebelum slot diambil orang. =)

Thursday, July 7, 2011

Idea For Pre-Wedd Video

As-salam beauty peeps!!

Oleh kerana zaman sekarang ni dah jadi trend orang nak bervideo untuk pre-wedd, dan ianya bukan lah mudah untuk berlakon. Berlakon tu satu hal, nak mencari idea untuk video pun satu hal. Kena kreativiti yang tinggi. Anddd......................... I found a cute video from K-Pop.


My current fav song. Banyak part yang comel-comel yang boleh dijadikan video untuk pre-wedd.


Yang ni pulak kalau nak buat lain dari lain lah. Amik part yang kawan-kawan dia kenakan tu, syokk jugak. Kelakar yet romantic. 



p/s : saya tak rasa saya akan bervideo for pre-wedd. kaku macam paku-pakis, memang tak reti lah nak berlakon bagai. camera shy pulak tuh. memang takkkkkk lah.

Wednesday, July 6, 2011

Her Makeup Box - Wordless Wednessday

As-salam beauty peeps!!

Remember my entry yang ini? I want a pink makeup box. Tapi...................................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Saya terbeli yang ini. Warna pink ada tapi tak dek lah sebijik macam apa yang saya nak. Cuma yang dibeli lebih praktikal untuk dibuka dan ditutup.


Tuesday, July 5, 2011

Her Nude Makeup - 1

As-salam beauty peeps!!

Last weekend berjaya menonoton Transformer. Memang full house, tapi saya kurang faham sangat ceritanya dan yang pastinya kebosanan melampau sampai asyik memandang jam dan melihat keletah anak-anak kecil yang juga kebosanan seperti saya. Ekhh, saya memang tak kisah tengok cerita apa pun, even cerita tak best, tapi saya tetap layan tanpa rasa bosan melampau. Tapi tidak pada Transformer. Bosan!!! Hahaha... Sorry ya wahai peminat Transformer. Mungkin pandangan saya agak melampau tapi itu cuma pandangan peribadi saya yang bukan arif tentang perfileman.

Back to the tajuk, oleh kerana nak berdating dengan Encik Tuney dan my lovely cousin untuk menonton Transformer di Sunway Pyramid. So, saya merajinkan diri untuk mekap. Saya ni memang suka dengan barang mekap tapi sebenarnya saya adalah malas nak mekap diri sendiri. Boleh tak macam tu?


Me and my cousin, Ana. My makeup look is more on natural nude look. 


Me and Encik Tuney. I love the lipstick color and my new addiction is collecting the lipstick from MAC. Next, nak cari warna merah pula. And whose going to be my mangsa for red lip?

Google Analytics Alternative