Followers

Follow by Email

Wednesday, June 29, 2011

Urban Decay Naked Palette - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Naked Palette from Urban Decay is in Malaysia!! Mana nak beli? Sephora KLCC. Harga? RM175 with 12 different colors. So, tempting...... 


Hasil from Naked Palette. So, nice kan?

Tuesday, June 28, 2011

Her Portfolio : Mekap-Mekap For Family & Pengapit

As-salam beauty peeps!!

Last week, Zila Ziman texted me bertanyakan hal mekap-mekap. At 1st rasa macam kurang yakin je nak mekap orang, but then dia kasi semangat lah kan kat kawan dia yang memang jenis merendah diri ini. Sampai ke harga mekap pun Puan Zila Ziman yang suggest kan untuk saya. T_______T

So, hari Sabtu hari tu dengan jayanya saya dah memulakan aktiviti mekap saya. Kiranya, this is my 1st job dalam dunia mekap. Seriously, sangat mendebarkan. Bukan mekap seorang sahaja malah empat orang sekali gus dalam masa 3jam sahaja. Memang sangat-sangat kelam kabut. Dah la nama pun 1st timer kan? 3jam for 4 person adalah satu cabaran yang besar untuk saya.

Btw, thanks a lot to Zila Ziman sebabnya memberi peluang ini pada saya. Kalau tak, memang tak dek lah starting point saya untuk mekap orang. Mekap ni kena ada banyak portfolio, so baru lah orang berani nak hire. As a beginner, saya mengambil mekap untuk any occasion accept for pengantin. Kalau bertunang, saya still yakin lagi. So beauty peeps, if ada yang memerlukan khidmat MUA untuk pre-wed ke, for pengapit ke, boleh lah contact saya. (mizzamyzalini@gmail.com)


Before (halfway done baru teringat nak snap piccas. btw, see the shading. hiksss)


After. (she is Dollah Salleh wife. and i don't even know until lah dah habis sesi mekap)


Before


After. (natural look)


Before



After.




After. (Before mekap lupa nak snap piccas sebab dah kelam kabut sangat dah time tu.)


And for pengantin of the day, dimekap oleh Zila Ziman sendiri. Saya adalah teruja sesangat sebabnya, dah bertahun-tahun ku berkawan dengan Zila ni, kiranya malam tu first time tengok hasil mekap beliau. Memang sangat cantik!! I love it. If sesiapa yang belum ada MUA, why not you peeps try to get her touch. Memang cantik, ni bukan bodek kawan ok, nih hasil yang dilihat depan mata. Saya bab-bab recommend ni memang susah sikit melainkan ianya memang patut di recommended.

Friday, June 24, 2011

Good Luck To Him & His Partner

As-salam beauty peeps!!

Esok, saya tidak akan berada di sisi Encik Tuney terchenta untuk memberi kata semangat. Makanya, nak buat special entri untuk beliau eventhough beliau memang tak kan buka dan baca blog saya nie.




Yes, he and his partner, Farez (actor) will be taking part in this AXN Big Challenge. Not so sure macam mana rupa bentuk pertandingan ini. Apa yang digambarkan, lebih kurang macam Amazing Race gitu lah kot. Hopefully, they manage to go up to Grand Finale. Kalau menang, boleh isi dalam tabung kawin yer Encik Tuney. Hikss..... 

Rasa macam tak best tak dapat nak tengok mereka berdua bertanding esok. Esok juga adalah hari yang agak mendebarkan untuk saya. And it will be my starting point in mekaup thingy. So, I need to give my best on it. Wish him luck, and wish me luck too!! =)

Thursday, June 23, 2011

Absolutelygorgeous Di Review

As-salam beauty peeps!!

Alhamdulillah. Ada juga yang sudi review dan berpuas hati dengan hasil kerja saya. So, if sesiapa yang nak baca tentang review Absolutelygorgeous By Amy, boleh ke blog Farah. Thanks again Farah. Hope next time Farah sudi tempah lagi. ahakss... 

Just a short entry, too busy with my drawings. And I hate my job recently. Arggghhh... mahu berhenti kerja je rasanya. Tertekan. T_____T

Tuesday, June 21, 2011

Coach Spring/Summer Clearance

As-salam beauty peeps!!

Ada berita baik buat mereka yang kaki shopping dan juga buat mereka yang sedang mencari handbag or purse or mungkin kasut untuk hantaran. Coach is on SALE starting tomorrow. So, tunggu apa lagi??




Sangat tempting lah, sebab memang ada berkenan dengan satu design nie. Tapi harga, gulp!! Hikss, moga-moga ada rezeki nak beli satu nanti. Hehehe... =D

Monday, June 20, 2011

Akibat Flu, Sebelah Muka Sakit

As-salam beauty peeps!!

Last week, hari Khamis saya tak sihat. Berlarutan ke hari Sabtu. Sebab dah tak tahan sangat dengan kesakitan tersebut. Makanya terpaksa lah jumpa si pakar. Sakit apa lah gamaknya yer? Bukan lah sakit teruk-teruk tapi agak teruk juga lah kondisi saya. Sampai tak boleh dengar orang bising-bising dan tak boleh nak berfikir. 
At first, saya berjangkit selsema dengan Mia (my niece). Saya ni dikategorikan orang yang susah nak kena selsema dan demam. Tapi malangnya, tahun ni memang agak kerap saya kena selsema. Kemungkinan, Mia dan saya banyak persamaan, dia selsema, saya selsema. Dia demam, saya demam. Nak buat macam mana, tak boleh nak salahkan baby yang berusia 7 bulan itu.


Maxillary Sinus. Source en.wiki.


Then, selsema ni tak hilang-hilang selama 3-4 weeks. Akibatnya, saya diserang Maxillary sinus. Selsema yang terlalu lama akan mengakibatkan jangkitan bakteria pada rongga-rongga hidung, mata dan juga di bahagian check bone. Memang akan rasa sakit pada bahagian tersebut. My condition quite bad sebabnya dia dah serang dibahagian gusi. Haaa, dah macam sakit gigi pun ada juga tau. Memang sakit dia lebih teruk dari sakit gigi. Kalau sakit gigi nie, kadang-kadang dia stop juga sekejap. Nih, tunggu tido baru lah sakit tuh berhenti sendiri. Bangun tido, sure sakit balik.

If sesiapa yang kena selsema, tapi ada rasa-rasa sakit kepala mungkin for one side or both side. Better dapatkan rawatan segera. Saya pun dalam proses makan ubat & antibiotik. Memang antibiotik ni tak kan di skip. Tak larat okeyh nak layan sakit dia tu. Allah jer yang tahu. Sampai fikir yang mungkin saya ni dah tak lama lagi kot nak hidup. Yer lah, dengan selera makan tak dek, dalam 3 hari, saya turun 1kg. Kawan-kawan, doakan saya yer agar cepat sembuh. So far now, sakit dia tak lah seteruk 2 hari yang lalu. If dalam minggu ni teruk lagi, terpaksa buat rawatan lanjutan. Erkk scary... Takut hospital okeyh.  =(

Wednesday, June 15, 2011

SHOES GIVEAWAY CONTEST By ABSOLUTELYGORGEOUS!!

{STICKY MODE ENTRY}

As-salam beauty peeps!!

Sesiapa yang belum ada kasut untuk wedding or bertunang or any occasion/hari raya, boleh lah cuba try test join contest ni.




Cara penyertaan :

1. Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.

2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut?

3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy di blog anda.
(jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook)

4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page.

4. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com


Syarat-syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.

Selamat mencuba!!

Her Karikatur - Wordless Wednessday

As-salam beauty peeps!!

Dilukis oleh Encik Meor dua tahun yang lalu rasanya. Pembaca setia blog saya since 2007. From The Diary Of Gerbera to The Pink Dress Diary. So setia kan? Ahakss.. Owh btw, Encik Meor ada provide videographer perkahwinan. Harga yang ditawarkan serendah RM799 per event. Murah kan? Nak tengok hasil beliau, sila ke TupaiTV. Or boleh email mereka di hello@tupaitv.com ataupun direct to Encik Meor encikmeor@gmail.com

Tuesday, June 14, 2011

Video Pertunangan Elly Mazlein

As-salam beauty peeps!!

Rasanya ramai dah tahu yang Elly Mazlein dah pun bertunang. Pada yang belum tengok video pertunangan beliau, sila lah tengok sebabnya everything is perfect. Pelamin cantik, baju cantik dan yang penting Elly Mazlein siap naik kereta kuda. Dah macam majlis resepsi perkahwinan. Hikkss, nama pun artis kan? Harus lah meriah gitu.

1st Flat Shoes By Absolutelygorgeous

As-salam beauty peeps!!

Oleh kerana jiwa meronta-ronta nak berblog tapi seriously tiada idea untuk menaip. So, kasi update perkara berkaitan dengan business. Sambil berblog sambil buat marketing tak gitu? Sorry lah kalau lately banyak entri ala-ala iklan. Bukannya nak mengiklan sangat tapi seriously tak tahu apa nak ditaip. Pegang keyboard je terus blur. T___________T . Ataupun terlalu lama dalam dunia blog buatkan saya dah kekeringan idea. Lama lah sangat kan. Baru je 4 years. lol...





Comel tak? Kalau berkenan or suka boleh tengok details kat sini. Insya-Allah,  a lot more to come soon. Jangan lupa LIKE di facebook dan juga follow Absolutelygorgeous's blog shop. Thanks to those yang dah like-like dan follow. 


Monday, June 13, 2011

Peserta-Peserta SHOE GIVEAWAY Contest

As-salam beauty peeps!!

Seperti mana yang telah diketahui oleh readers blog ni, saya ada buat SHOE GIVEAWAY CONTEST By Absolutelygorgeous. Alhamdulillah, penyertaan yang mengalakkan dari rakan-rakan blogger dan juga rakan-rakan di FB. Terima kasih saya ucapkan. Siapakah gerangan mereka-mereka yang telah join yer? Let me list kan satu persatu. 

Mungkin ada link yang tak boleh dibuka especially yang Notes from facebook kerana private profile. Enjoy your readings peeps. =)

Friday, June 10, 2011

Stress!!!

As-salam beauty peeps!!

Lately nie ramai pulak bertanyakan mengenai my wedding. Actually tak kecoh-kecoh pun tentang isu date. Now macam semua orang tanya tentang preparation and all and the date tu bila. Bila cakap tak decide date lagi, semua macam buat muka pelik. Yer lah, kat blog kemain update pasal wedding kan? Sekali tarikh tak tau pun bila. Apa cerita?

Terpaksa lah explain yang tarikh wedding dah ditunda ke satu tarikh yang belum kami tentukan lagi. So, sila lah doakan kami cepat-cepat kawin. Tak larat dah den nak pikir jawapan terbaik untuk soalan-soalan anda.

Dengan kat tempat kerjanya, busy memanjang. Tengok blog lah, dah tak update sekerap dulu. Kalau update pun, sekadar tak nak bagi sunyi je blog nie. Busy tu tak kisah mana, tapi ada sedikit internal problem. Rasa nak berhenti kerja jer tapi apakan daya. Banyak tanggungjawab lain yang memerlukan saya berkerja dan earn money. If not, memang hantar notis 24jam je. Lantak kau lah....

Apa-apa pun, doa yang terbaik yer kawan-kawan. Moga-moga kita-kita semua diberkati Allah s.w.t. Selamat berhujung minggu. 

Wednesday, June 8, 2011

Shoe Rental - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Absolutelygorgeous ada menyediakan perkhidmatan menyewa kasut untuk mereka-mereka yang nak sewa whether for wedding, engagement or photo shoot. Harga sewa RM80 per pair. Details please visit our FB fan page.

Tuesday, June 7, 2011

Baju Raya Dah Tempah?

As-salam beauty peeps!!

Dah masuk bulan June dah kan? Ganti puasa pun tak habis-habis lagi, ada hati nak tanya pasal baju raya. Hahaha... Tapi nak tak nak, kena start fikir dan beli kain sebabnya kang nanti tailor tak ambil tempahan baru padan dengan muka. T____T

Cakap pasal tempah baju, tertengok konsert AF last weekend kat tv. Then, macam tersuka lah pulak dengan baju si Lena ni. Ala-ala macam kaftan tapi actually baju kurung moden. Buat baju kawin pun cantik jugak you all... Hahahaha... Sempat lagi kan?


Tiada pandangan yang proper sebab dia tengah nyanyi bukan berphoto shoot. Tapi boleh bayangkan tak?


Agak-agak, kat mana nak cari border macam kat baju dia tu ekh? Nak kata lace macam bukan lace. Any idea? 


Wednesday, June 1, 2011

Dulu Sayang Now Ucuk T____T

As-salam beauty peeps!!

Dulu masa awal-awal bercinta cait macam lah lama sangat, baru je setahun yang lepas, Encik Tuney bahasa I & U. After few months, dia mula bersayang-sayangan pula. Now dah setahun lebih, sampai hati call me UCUK okeyh. Waaaa, macam lah saya ni busuk sangat. Kecik hati ku... T____T

Pagi tadi semasa di dalam kereta which is on the way dia nak hantar saya ke opis. 
Him : Ucuk, boleh tolong ambilkan spect abang tak? 

She : Tak suka lah awak panggil kita ucuk. 

Him : Ala, manja apa nama ucuk tu. Kita suka. Ala cuk, tolong lah ambilkan spect kita.

She : *buat bodoh je*

Him : Sayang, tolong lah ambilkan. 

She : Apa?

Him : Sayang, tolong ambilkan abang spect tu kat dalam dashboard boleh tak?

She : *saya terus ambilkan spect beliau. kononnya bajet macam dalam cerita Nora Elena lah kan. lepas si nora elena tu called 'Abang', terus berpaling. caiittt.... *


Hopefully, after kawin pun still bersayang-sayangan jugak. Kang nanti dah ada anak sayang ke mana, apa pun ke mana. Bak kata kaunselor or penceramah or hasil pembacaan dalam buku, kasih-sayang ni kena sentiasa diperbaharui. Kena saling ingat-mengingati. Kalau tak, kasih sayang tu boleh pudar. So, setiap hari kena perbaharui kasih sayang anda agar ianya kian mekar dan mekar. Tak gitu? 

Google Analytics Alternative