Followers

Follow by Email

Tuesday, May 31, 2011

Demam Nora Elena

As-salam beauty peeps!!

Source : TV3

Siapa kat sini tak layan Nora Elena? Rasanya macam mostly yang layan kan? Saya pun tak terkecuali. Beria sampaikan beberapa buah kedai buku saya terjah untuk mendapatkan novel yang mana cerita ini diadaptasikan iaitu dari Kasih Yang Suci terbitan Alaf 21 ni tapi kehabisan stok. Punya lah laku, sampai Alaf 21 reprint for few times rasanya. T_____T


Nak order? Boleh ke sini.


Walaupun dah tahu jalan ceritanya, tapi tetap nak tengok dan baca buku tersebut. Mahu feeling-feeling gitu kan? lol.... Btw, most of the episode saya tengok di tonton.com.my je. Kadang-kadang sampai rumah betul-betul kul 8pm. Memang tak berkesempatan lah tapi wajib juga tengok eventhough layan through internet sahaja. Janji tak miss episode kan?

Friday, May 27, 2011

Sila Pilih Warna Lipstick

As-salam beauty peeps!!


Yang mana satu warna lipstick yang anda suka? Source temptalia.

Thursday, May 26, 2011

Mari Tempah Kasut Kawin - New updated!!

As-salam beauty peeps!

Absolutelygorgeous dah update kasut baru. So, boleh lah mengusha kat blog ni. Nak cepat update, sila lah ke FB Absolutelygorgeous. Insya-Allah, segala pertanyaan akan dijawab sebaik mungkin.


Lacey Riana
RM 250 *not include postage fee* - lace included
RM 200 *not included lace + not include postage*
for more info go to Absolutelygorgeous blog.


Lacey Morgana
RM 250 *not include postage* - lace included
RM 200 *not included lace + not include postage*
for more info go to Absolutelygorgeous blog.


Didy Ankle Straps Sandal (Silver nesh bling-bling)
5 inches heel height : RM210
4 1/2 inches & less : RM190
for more info go to Absolutelygorgeous blog. 


Nak tempah untuk raya pun boleh, tak semestinya boleh pakai untuk wedding je. Kalau tak nak lace, harga jadi murah sikit. Color dan tinggi kasut boleh customize ikut citarasa anda. Contact me to get the special price. So far, kami cuba untuk kasi harga yang terbaik. =)

Wednesday, May 25, 2011

Her 1st Portfolio - Makeup

As-salam beauty peeps!!

Dah lama tak update blog. Kebizian kat opis sampai betul-betul tak dek masa nak berblog dan apa tah lagi nak blog hoping. Almost 3 years kerja kat sini, tak pernah balik lebih dari 6.30pm but this month memang asyik balik kerja lambat jer. And semalam paling lambat kot, kul 8.30pm baru balik. Dah la sorang-sorang. Scary....

Okeyh-okeyh, bukan nak buat entri pasal busy bekerja tapi nak update my 1st protfolio dalam main mekap-mekap. Kalau mekap muka sendiri, memang laju je buat. Tapi nak mekap muka orang is not that easy. Tambah pula orang tuh kita tak kenal siapa. Memang ada feeling yang agak semacam sikit. Yer lah, takut tak cantik. Takut dia komen-komen dalam hati sebab tangan kita kasar ke apa sebab main tonyoh-tonyoh muka dia. And orang punya expectation pada kita yang tengah belajar ni pun, memang agak dipandang rendah lah. Baru belajar, so hasil pun tak cantik mana. Terpaksa terima lah segala pandangan orang kan? Kecik hati ke apa, kena diam-diam je sudah. Tak payah nak bising-bising, sebab nama pun proses pembelajaran. Just 3 words je dalam dunia mekap nie. PRACTICE, PRACTICE & PRACTICE. Insya-Allah, berkat usaha tuh mesti ada hasilnya kan? Dorongan keluarga dan kawan-kawan juga penting. Betul tak? 

Ekh membebel lagi. Nampak sangat rindu nak berblog. So, mari kita lihat hasil pertama saya yang tidak seberapa. 


 Before


 After


Cantik tak? Sila cakap cantik yer. Kasi lah kata-kata pembakar semangat sikit untuk tuan tanah yang tak pro lagi nie. Ahakss... Btw, portfolio ni hasil dari personal makeup class with Raja Feena last week. Siapa next nak kena conteng? Hehehehe.....
 

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie

As-salam beauty peeps!!




Alhamdulillah, last nite managed to watch Nur Kasih The Movie. Saya antara peminat setia Nur Kasih, tak miss episod pun. So, if tak pergi tengok movie dia memang akan rugi besar. Why? Sebab dalam movie dipadatkan sepadatnya kisah percintaan mereka. Pergorbanan Adam which is sangat lah menyentuh hati. T___T. Memang nangis je lah kalau betul-betul menghayati cerita nie. Cuma, awal-awal cerita tuh macam slow sikit. The rest, memang best. Saya kasi 4.5 bintang dari 5. 

Aga-agaknya, Encik Tuney saya boleh ke nak buat pergorbanan sehebat pergorbanan Adam kepada Nur? Sedih lah pulak. Nih nak nangis nih!! T_______________T

Wednesday, May 18, 2011

I Want This!! - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


I want this, ada sesiapa nak tolong hadiahkan? Ahakss...Mana nak cari yer kawan-kawan?

Sunday, May 15, 2011

Personal Training Promotion For My Dearie Readers!!

A-salam beauty peeps!!

Anda ingin menguruskan badan? Dah cuba macam-macam produk dan juga selalu ke gym tapi tak kurus-kurus jugak? Apa kata, cuba dapatkan personal trainer dalam masa 3-6 bulan. Apa itu personal trainer? Okeyh, tak tahu personal trainer tu apa boleh baca di sini.

Promotion ni valid untuk pembaca blog ini sahaja dan tinggal di kawasan lembah klang terutama sekali KL, Bangsar, PJ, Kelana Jaya. Siapakah personal trainer tersebut? Okeyh, his name is Kidd and all the details about him boleh ke website beliau di sini.

Harga untuk personal training selalunya RM150-RM180 per session. Sebulan training ada 12 session, 12 x RM150 = RM1800. Selalunya program training ni diambil selama 3 bulan. So, RM1800 x 3 = RM5400. Bayaran dibuat selalunya secara monthly. 

Now, ada promotion untuk pembaca blog ini sahaja which is harga per session ialah RM100. Untuk sebulan training, RM100 x 12 = RM1200. 12 means 12 sessions, seminggu ada 3 session. Untuk 3 bulan session, RM1200 x 3 = RM3600. See, jimat RM1800 di situ. Harga berbaloi-baloi dan bentuk badan impian anda pun insya-Allah dapat. 1 sesi bersamaan sejam yer kawan-kawan. Dalam tempoh personal training ni, corak pemakanan anda pun akan dikawal oleh personal trainer tersebut. Kalau training je, tapi tak diet secara betul pun tak jadi jugak. Tapi tak dek lah kena diet teruk-teruk pun.

Personal trainer tersebut iaitu Kidd akan ke rumah anda tapi sebab b2b tak kawin lagi makanya kena buat outdoor training di taman-taman berhampiran anda. Jika pembaca blog ini bukan b2b tapi korang nak ber'personal trainer juga, sangat dialukan. Kalau ada readers yang dah kawin lama tapi tak pregnant lagi, pun boleh cuba sihat-sihatkan diri dengan cara personal training. One of his client pun ada mengalami situasi yang sama dan Alhamdulillah, after few months training, beliau pregnant dengan jayanya.

One of his testimonial, his client berumur 30++ dah pun beranak 3 tapi hasil personal training dengan beliau, sekarang badan dah macam remaja belasan tahun. Testimonial yang lain boleh tengok di sini.  
 

Sebelum.


Selepas. Yang berbaju merah. Actually both of them pun buat personal training tapi paling ketara is the red shirt tu. Both pun dah cecah angka 30++ i think dah cecah 35 kot tapi sebab selalu work out with the personal trainer, they look even younger than me. T____T


Jika berminat, boleh terus direct email to Kidd at captain_kidd7@yahoo.com or call his number boleh dapatkan di sini. Korang mention je cakap, 'i get the details from Amy's blog'. Then, nanti dia charge harga seperti di atas. Kalau tak mention, nanti dia charge harga lain okeyh!!

Tuesday, May 10, 2011

Baju Pertunangan Shera Ayob

As-salam peeps!!

Satu Melaya dah heboh kot dengan pertunangan si Zahiril Adzim (pelakon cerita Juvana) & Shera Ayob (pengacara tv3). Saya sangat tertarik dengan baju yang dipakai oleh si Shera. So stunning. =)


Dress. Designer - Hatta Dolmat. Tantek kan?


The detailing. Main dengan manik-manik je you all, terus turn out so stunning.


Macam ada something kat waist dia. Yg belah kanan tuh ter'obviously macam tak kena. Tapi tak tahu lah kan, apa function dia sebenarnya. Mungkin sebenarnya itu memang design baju tuh, memandai je cakap something tak kena. lol....


Dari pandangan atas. Btw, kena lah letak gambar si Zahiril ni, kang kecik hati pula nanti. lol...
Sumber : mforum4



Okeyh next, baju siapa pula nak di review? Hehehehe...

Monday, May 9, 2011

Keterujaan Lah Pulak

As-salam beauty peeps!!

Lately nie, ramai yang bertanyakan saya perihal hal mekap. To be truth, i'm not a professional make up artist yer. I'm just a beginner, baru je menjinakkan diri dengan dunia mekap nie. Before this memang lah ada mekap muka sendiri tapi tanpa ilmu di dada. 

Now, dah ada sedikit ilmu. Nak kongsi pun kena betul-betul dah master baru leh berkongsi yer dak? Yang bertanyakan saya whether saya boleh jadi MUA ke tak? Mula-mula tu, memang tergelak besar lah jugak dengar soalan macam tu. Harus lah jawapannya TIDAK. But now, since ramai yang bertanya, saya boleh mekapkan sesiapa yang nak my khidmat tapi not for the bride lah. Just for the bridesmaid or ahli keluarga pengantin. Or mungkin yang nak guna for pre-wedd or any function tapi bukan pengantin ok. Tak berani nak mengambil risiko yang terlalu besar. 

Portfolio akan menyusul kemudian sebabnya kamera DSLR tak dek lagi. Next week insya-Allah, moga-moga murah rezeki kami nak beli Canon D1000. Amin.... Rate mekap? Tak mahal pun you all, kata beginner kan? Yang kat Kelantan or Terengganu, if wedding kalian dalam minggu raya, pun boleh nak guna my khidmat. Tapi offer ni untuk cuti hari raya je tau. Nak booking? Tunggu portfolio saya siap dulu yer. Selagi tak siap, jangan mengada-ngada nak booking. lol.... Barang mekap pula, saya guna MAC cosmetic dan juga ada campuran Kryolan. Tapi most of my barang mekap are from MAC. So, jangan risau, saya bukan guna barang yang murah-murah. Berus pun original MAC okeyh. Kuikuikui... ;)


 Pesanan dari yours truly. =)
 

Thursday, May 5, 2011

Kate's Wedding Shoes & My May Promo

As-salam beauty peeps!!

Demam Royal Wedding masih terasa, so mari kita tengok apa yang kasut apa yang dipakai oleh Kate on her royal wedding.


Alexander McQueen's white lace-covered nude satin pumps.


Actually, kesahihan wedding shoes dia ni tak sure lah betul ke tidak. Tapi menurut kata gossip-gossip mat salleh, kasut beliau tuh custom made, lace pada kasut tuh sama dengan lace dekat dress beliau. Tapi menurut sumber sini dan sini, kasut Kate memang similar to the shoes above. Suka? Boleh dapat kasut yang sama tuh dekat Net-a-Porter.


Nak kasut macam ni? Cuba try nasib anda dengan menjawab soalan di sini. Kasut ni pun di designed khas bersemperna dengan Royal Wedding. 


So, musim nude color memang popular lah these days. Sesaper nak buat lace shoes and nak nude color satin for the shoes, boleh email me to absolutelygorgeousbyamy@gmail.com or boleh tengok color chart kat sini (42 or 43). Offer or promo ni dibuka sepanjang May 2011 which is shoe design not to over the top, ala-ala macam dua contoh di atas still can be considered. So, boleh lah letak nama kasut tuh inspired by royal wedding. lol.... Anything nak tanya regarding the shoes, leh email me. Syarat untuk this offer, lace adalah anda yang sediakan, design juga anda boleh design sendiri or any references, dan harga kasut akan depends on your design. Nak murah, kasi design yang macam kasut Kate tuh sure tak mahal. Offer ni mungkin terbuka untuk 1-2 orang sahaja and only for this month.      

Wednesday, May 4, 2011

Love Her Dress!! - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


I love her dress. Tantekkk....


Google Analytics Alternative