Followers

Follow by Email

Friday, April 29, 2011

Royal Wedding : Kate Middleton Nak Makeup Sendiri

As-salam beauty peeps!!




Saya ada terbaca kat sini yang Kate nak mekap sendiri on her wedding day. Agak terkejut juga sebabnya beliau bukannya nak kawin dengan orang biasa-biasa but to the Prince. Dah la wedding ni live ke seluruh dunia. Mungkin keputusan beliau ini agak mengejutkan semua orang termasuk wedding planner. Tapi tak sure lah if tetiba beliau pun cuak last-last minute kan? 

Kenapa beliau nak mekap sendiri? Reported that Kate tak suka dengan profesional mekap artist yang mekapkan beliau semasa official engagement photo shoot. Lepas je dimekap oleh pro MUA tersebut, Kate terus cuci mukanya dan mekap sendiri. 


Mungkin ini hasil mekap sendiri


Atau mungkin ini. Tapi dua-dua cantik je kan?


Even katanya dah amik personal kelas mekap, tapi tak semestinya bila pergi kelas skill kita bagus. Hairdo semua nak kena ambil kira juga. Kulit mulus macam mana sekalipun, nak kena mekap juga sebabnya once the flash from camera is on memang boleh nampak segalanya dimuka. Kalau ya pun beliau mekap sendiri, hope tetap cantik lah kan?

Mungkin beliau ni jenis yang bersederhana, saya ada study on her shoes and all. Memang nampak kesederhanaan itu. Next, will review on her wedding shoes and her dress. =)

Thursday, April 28, 2011

Ada Sesiapa Yang Nak LIKE Absolutelygorgeous!?

As-salam beauty peeps!!

Entri iklan, harap maklum. Pada sesiapa yang tengah cari tempat nak tempah kasut boleh lah cuba-cuba usha kat Absolutelygorgeous! Walaupun buat waktu ini hanya ada 2 designs, mana tahu terbekenan, so boleh lah buat tempahan as soon as possible sebab saya tawarkan harga yang menarik. Tak caya tanya si penempah-penempah. Tak leh reveal lah saper nanti tuan blog marah kot-kot diorang nak buat surprise ke apa kan?

So, kalau takut ketinggalan latest update boleh lah LIKE di facebook Absolutelygorgeous! Inysa-Allah akan cuba sedaya updaya untuk update laju-laju kat fb selain daripada blog. So, apa lagi kawan-kawan, sila lah LIKE Absolutelygorgeous ya? Hehehehe.... Your support are really truly deeply appreciated. Thanks for those yang dah LIKE. Love you all. =) 


Visit our blog - Absolutelygorgeous!

Wednesday, April 27, 2011

Our 1st Anniversary - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Alhamdulillah, genap setahun kami berchenta. Doakan kami cepat-cepat sampai jodoh yer kawan-kawan. =) 

Tuesday, April 26, 2011

Nak Tempah Wedding Shoes?

As-salam beauty peeps!!

Alhamdulillah, second design dah siap. Sesiapa yang nak tempah wedding shoes, boleh lah ke blog saya yang ini, Absolutelygorgeous. Dah ada dua design, by another 3 weeks, insya-Allah complete my 5 designs. Untuk yang fasa kedua, I'll come out with another 4-5 designs. Very soon. Dan Alhamdulillah, dah ada customer for Absolutelygorgeous. Siapa nak jadi my next customer? Hehehe... 

Btw, why harga agak mahal? Just want to let you peeps know yang all the shoes mahal sebab hand crafted by my shoes maker and the other important thing, every shoes ada cushioning technology which is you can't get it in Vincci or even Charles & Keith. That's the most import thing untuk si pemakai merasa keselesaan bila memakai kasut dalam jangka masa yang lama. So, berbaloi kah wang ringgit anda untuk membeli kasut yang selesa? Tepuk dada tanya selera masing-masing, yer dak?


 Sophie by Absolutelygorgeous. Boleh visit kat sini for other design. Colour code 42 (Gold). Chantekkk okeyh if your dress pun color gold.


 Every kasut boleh pilih nak colour seperti colour chart kat atas nie. Material Jenis Silk Satin.


Kesimpulannya, every week mengadap lah iklan kasut ku yer. Ahaksss.... Kalau tak diri sendiri yang mengiklan kat blog, saper lagi yang nak iklan? Owh btw, if ada yang berminat, boleh email saya dan boleh set an appointment untuk meng'test' kasut dan melihat material kasut tersebut. Tempahan kasut mengambil masa selama 30-40 hari ye kawan-kawan. Kasut adalah 100% buatan Malaysia. =)    

Monday, April 25, 2011

Makeup Class With Raja Feena

As-salam beauty peeps!!

Alhamdulillah, berjaya juga menghadiri kelas mekap yang dianjurkan oleh Raja Feena. Tak sangka berbakat juga saya ni. *Cough*. Banyak sangat tips dan trick yang diberikan. Tapi kalau tak practice kan semua ilmu tersebut, memang akan hilang dengan sendirinya, kan? So, saper nak tadah muka untuk diconteng? Hehehehe.... Malas nak bercerita panjang lebar, sila layan piccas di bawah yer.


Kelas diadakan di The Whiteroom. Seramai 7 org yang datang untuk belajar.



Seriously, i love this pic. Nampak macam baby doll je minah bertudung tu kan? lol... lariksssssss.... My muka half mekap by my partner on that day. Then, kulit ku kan super gelap maka the foundation yg digunakan kureng sesuai. Touch up a bit by Raja Feena. Then, seterusnya saya yg memekapkan diri sendiri. Itu hasilnya...... =)


Lepas siap bermekap. Apa lagi, sesi ber'photo shoot lah. Haaa, ni la hasilnya.



Memang bab bergambar saya tak reti sangat. Kaku macam paku-pakis. 


Yang duduk di atas kerusi tuh lah cikgu kami, Raja Feena


Suka piccas ni jugak!



Okeyh, enough for today. Entri penuh dengan gambar, harap maaf lah yer.Btw, kegemukan ku terserlah di situ. T___T




Insya-Allah, saya akan further study dengan Raja Feena for personal makeup class pula. Banyak benda lagi nak bertanya nie. Hope murah rezeki lah hendaknya sebabnya rate for personal makeup class bukannya murah. Kalau ilmu dah cukup di dada, boleh lah memulakan sesi menconteng muka orang pula. ;)

Friday, April 22, 2011

Excited Nak Pergi Belajar Makeup With Raja Feena

As-salam beauty peeps!!

Since wedding di postpone, why not saya membizikan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Contohnya dengan pergi kelas mekap, nanti saya ada sijil and nanti saya boleh mekap orang lain pula. Dari situ boleh lah buat duit sikit-sikit dan simpanan untuk kahwin. Ye dak? Pergi kelas pun belum lagi, ada hati nak buat business mekap yer Amy? But actually, i just want to learn about makeup since I'm totally in love with it. It's all about passion but not the profit. Yang bestnya kalau ada sijil mekap, saya boleh dapatkan MAC PRO card. So, everytime pergi beli barang mekap dekat Mac, boleh dapat 20% discount.

So, hari Ahad ni nak pergi belajar mekap-mekap dengan MUA - Raja Feena. Mungkin ada yang dah kenal beliau sebab ada di antara b2b yang dah hired beliau. Sangat suka with her touch sebabnya hasil mekap adalah natural & sweet. Seriously nampak sangat sweet ok.  


Sweet kan? - Source Raja Feena.


Love the color, very natural. - Source Raja Feena


Things to bring on this Sunday, barang mekap semuanya basic je. Brush set pun tak complete lagi. Yang penting, mahu shopping baju baru sebab bertemakan colourful. Mati lah, cheq ni pemalu. Siap ada photo shoot kalau tak silap. Auuuwwwww....

Thursday, April 21, 2011

Ombre Trend

As-salam beauty peeps!!

What is ombre? Dalam dunia fashion, ombre ni bermaksud 'shaded' pada fabrik iaitu daripada light to dark. Untuk wedding di Malaysia mungkin tak ramai lagi yang menggunakan baju yang shaded. Tapi Kina ada buat entri mengenai baju nikah beliau which is ada ciri-ciri ombre. Dekat kedai-kedai tekstil memang dah banyak jual this kind of trend, so apa lagi.... Sesiapa yang still mencari idea dan kelainan, why not you peeps try to make your baju kurung in ombre or your sanding outfit in ombre. ;)   


  I love the color combo. Source from here.


Suka juga!! Color dia sangat tempting.... Source Versace


Light pink and purple. I love it!! Perfect color combo. Source Versace.


Real wedding of Gwen Steffani. Opppss, ada gambar tak sepatutnya lah pulak, tengok baju je tau jangan tengok yang tak sepatutnya plak. lol... =P

Tuesday, April 19, 2011

2011 Mekap Trend

As-salam beauty peeps!!

I'm back with something to share. Those yang dah lama baca blog ni memang dah sedia maklum yang tuan blog ni memang suka dengan mekap-mekap cumanya sekarang ni mengurangkan aktiviti bermekap. Almaklum lah, kena berjimat. Hehehe.. 

Those yang mencari idea trend mekap yang macam mana untuk tahun 2011 ni, hope entri ni dapat membantu anda a lil bit. 


Bold Lips

Penggunaan warna hot pink jenis matte pada bibir menampakkan keseksian dan senang menarik perhatian umum kepada si pemakai. Especially bila jadi pengantin, memang harus menarik perhatian lah kan? 


Penggunaan lipstik warna merah terang/garang pada bibir adalah kegemaran artis Malaysia masa kini. Keseksian amat terserlah. Ada sesiapa kat sini plan nak berbibir merah seksi pada hari wedding anda nanti?


Natural Mekap

Natural look adalah jenis mekap yang amat digemari. Tak perlu sentuhan yang over cuma sedikit concealer di bahagian yang tertentu, compact powder, sedikit blusher, apply mascara, guna lipstick yang jenis natural look dan pada bahagian mata boleh guna eyeshadow tapi make sure guna warna yang neutral. Kalo pilih biru or merah for eyeshadow, dah tak bole nak consider as natural look lah. =P   


I love this!! Very simple and natural. 


Bright Eye Mekap

Nih style mekap Lady Gaga kan? Apply any of your favorite bright color eyeshadow. Letak black eyeliner dan mascara ,dan gunakan lipstick yang agak natural/nude. Kalau untuk pengantin, macam kurang sesuai but for certain function why not try this kind of make up, just untuk nampak kelainan and a lil bit fun though. 


Selain itu, boleh merahkan bibir anda untuk nampakkan lebih bright dan seksi.


Smokey Eye Mekap

Mekap jenis smokey eyes ni memang dah glamor few years back. Sampai kan saya pun asyik mengadap youtube je nak belajar cara-cara nak men'smokey'kan mata. Tapi sampai sekarang tak terror-terror. Mekap jenis smokey eyes ni memang banyak digunakan untuk mekap pengantin, if i'm not mistaken. Tapi tak over sampai hitam-hitam lah kan.


Okeyh lah, cukup sampai setakat ni jer. Tuh pun tak sure ada readers ke idak. Saya tak menyempat nak blog hopping so kebarangkalian untuk people come and read my blog pun kurang. Tapi tak per, ilmu dikongsi tak kira ada pembaca atau pun tidak, ye dak?

Monday, April 18, 2011

Introducing Her New BlogSHOP

As-salam peeps!!




Actually, blogshop ni tak completely siap lagi. Baru ada 1 design sahaja and 4 more to come as soon as possible. Insya-Allah, next week saya update lagi. Sorry, pixel gambar pun tak cantik sebab guna phone camera je dulu sebabnya DSLR tak beli lagi. Slow-slow, nanti saya mungkin ask someone yang professional to take photo for the shoes soon. So that tak dek lah nampak tak cantik kan?

If ada sesiapa yang sedang mencari kasut kawin, why not usha-usha my blogshop. Tapi harap bersabar yer sebabnya hanya ada 1 design. More designs for the next week, next-next week, and next-next-next week. Kesimpulannya, tiap-tiap minggu kena usha-usha lah ke sana. lol... 

Thursday, April 14, 2011

Tempat Nak Beli Chinese Take Out Box / Noodle Box

As-salam beauty peeps!!

Actually, ramai yang email bertanyakan hal noodle box or nama lain chinese take out box. Saya tak beli lagi yer, saya beli kotak lain which is white plain folder box, nak tahu cerita detail sila baca kat sini. Harga sangat murah dan sizenya pun not bad jugak. Berbalik pada cerita noodle box, if sesiapa yang berminat nak beli sila ke webesite ni. Kalau duduk area utara, better pergi ke kilang tersebut coz ada blogger cerita yang beliau dapat dengan harga jauh lebih murah berbanding if beli online. Yer la, harga yang di quote kat email dah include postage fee. 


Saya maybe beli 300 px je kot for close family and frens.


The price.


So, hope those yang tak dapat feedback email dari saya. Kiranya ter'reply kat sini yer. Kadang-kadang ter'miss komen sebab approve komen kat BB. Pastuh bila online kat PC, dah terlupa yang ada orang bertanyakan hal noodle box nie. Sorry again yer.

Wednesday, April 13, 2011

Mari Mengisi Borang

As-salam beauty peeps!!

Ekhh, bukan borang nikah yer. Kang ada yang salah faham di situ. Borang nikah tuh tunggu lah lagi 3 bulan nak kawin baru saya nak terhegeh-hegeh isi borang. lol... Borang yang dimaksudkan ialah...... 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Borang nak daftar company. 


Insya-Allah, saya minat dengan business and ada online blog shop cumanya dah lama tak update and now nak start serious balik. Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih, nak buka kedai. Tuh target 1-2 tahun dari sekarang lah. Moga-moga boleh berkerja sendiri dan dah tak larat nak makan gaji. Kalau my mum baca ni, matik kena kerat leher. lol..... 

Tuesday, April 12, 2011

Quick Update

As-salam beauty peeps!!

Lamanya tak update blog. Kebizian dengan future business. Insya-Allah lagi sebulan, saya update dan promote kat sini yer. Hope ada customer dari kalangan readers. Hehehehe.... 

Owh btw, just want to inform you all yang tarikh kawin saya akan ditunda ke tahun depan. Kemungkinan besar lah. Kemungkinan kecik, akad nikah dulu kot lepas tu sanding next year. So, tak tau lagi macam mana. Tengok lah kan, jodoh sampai kawin sajer. Yang penting akad nikah kan? So, malas nak fikir-fikir dan semakkan kepala. Berdoa moga segalanya diredhai oleh-NYA. 

Okeyh lah, tu je kot update untuk hari nie. Suntikan semangat nak buat preparation ada negatif 50. Kuikuikui.... Ada sesiapa nak kasi suntikan semangat tak? Hehehehe...

Monday, April 4, 2011

Blogger Brides Forever Gathering

As-salam beauty peeps!!

Pada yang tak tahu BBF itu apa, it's stand for Blogger Bride Forever. BBF ni adalah secret group di Facebook. Thanks to Syira sebab invite saya join BBF. Dari situ banyak info yang saya dapat, perkongsian dari pelbagai sudut. Hal kahwin, isu kecantikan, isu kesihatan dan macam-macam lagi. 

At 1st, memang tak nak join gathering yang diadakan di Bukit Cerakah itu. Tapi, dah last minutes, baru mengada-ngada nak join. Memang seriously tak kenal siapa-siapa pun kat situ melainkan mereka-mereka yang selalu datang mengomen di blog ini. Sebab tu at the first place tak nak join tapi gerak hati lebih menyuruh untuk pergi, rupanya, sangat lah happening. Tak kenal pun, macam dah lama kenal. =D


Gathering diadakan di Bukit Cerakah. Tak sangka, saya 1st time drive ke Shah Alam dan tak sesat ok. Siap hafal google map. Jangan main-main, siapa kata perempuan tak leh hafal peta jalan? I'm good in reading map. =P


Pertandingan mereka baju pengantin dalam masa 10 minit. Haaa, designers semuanya dari BBF yer. Nak tempah?


Kumpulan kami. Semua tu otai-otai 2B2 yer. From left - me, Jaja, Nawal, Lynda, dan yang kat belakang Fati. Kerdil je saya di situ. hehehe....


Gadis melayu gitu. Btw, thanks to Ahmad Fairus sebab sudi mengambil gambar kami. For more piccas boleh ke blog AF.


Hope, next time akan ada lagi gathering seperti ini kerana ianya dapat merapatkan lagi silatulrahim kami. Insya-Allah, jika tiada apa-apa, jumpa lagi di wedding Elya. ;) 

Friday, April 1, 2011

His Birthday Is Coming Up, Help!!

As-salam peeps!!

Dah masuk bulan April, kejap je kan masa berlalu? Rasanya macam tak bersiap-sedia lagi nak ke alam rumah tangga. Haaa... Tetiba masuk topik lain. Ok-ok, bukan isu itu yang nak di blog kan.

16 April ni genap lah Encik Tuney berusia 29 tahun. Ni kiranya birthday pertama beliau sebagai tunang dan juga cinta hati saya. Bulan April ni jugak genap hubungan kami setahun. Baru je setahun okeyh. Semuanya indah belaka lah kan. lol..... 

So, semperna birthday beliau ni, saya tak tahu nak kasi hadiah apa. For my birthday, beliau dah kasi hadiah ni. First time dapat hadiah macam tuh. Selalunya ex-scandals *nak buat macam mana selalu jumpa orang yang salah* kasi perfume je.Tak sampai hati pulak kalau tak bagi apa-apa kat Encik Tuney. And first time juga untuk saya nak kasi hadiah birthday kepada jejaka. Haaa, nampak sangat saya nie cheapskate kan? Kuikuikui....

Saya terfikir nak kasi beliau jam ala-ala macam G-shock. Dia suka jam-jam yang jenis macam tu sebab sesuai dengan tugasan harian dia, sporty. Tapi........... Ada tak jam jenis macam tuh less than RM200 ekh? Swatch pun dah naik harga kan? Dulu-dulu dalam RM160 gitu. Now macam dah most of it RM200++ kan? G-shock dah sememangnya dalam RM300-400. Tak mampu noksss... Kalau suruh dia pergi pilih, memang dia pilih yang mahal-mahal je. So, kena pergi beli sendirian berhad. Nak tak nak, dia terpaksa terima, ye dak? lol...


Nak kasi jam or benda lain ekh? Kalau boleh paling murah lah kan. Okeyh, terbukti saya cheapskate. Now, saya percaya dengan kata-kata Encik Tuney. T_____T

Google Analytics Alternative