Followers

Follow by Email

Thursday, March 31, 2011

Marshmallow Celup Coklat

As-salam beauty peeps!!

Pernah makan marshmallow yang dicelup dengan coklat?  Last year, my cousin pergi chocolate fair di Mid Valley, dia ada bawa balik lah few coklat semua. Sekali saya tertarik dengan marshmallow chocolate ni. Rasanya memang sedap sebab dikellilingi dengan coklat. Tambah pulak kenyal-kenyal marshmallow kan. Memang yummy lah. 

Since that, terus berangan nak buat marshmallow celup coklat as my door gift. Tapi bukan nak kasi kat semua orang lah. Bagi dekat close family and frens yang sudi datang. Dan juga dekat orang-orang yang menjayakan majlis. Kiranya part celup coklat tuh terpaksa buat sendiri lah. Tu yang nak kena buat sikit je. Takut tak larat dan tak dek masa pula nanti. Hope impian yang satu ni tercapai lah kan. Kang nanti marshmallow ke mana, coklat pun lagi lah entah ke mana. lol.... 


So cute!! Tak sampai hati nak makan. lol....


Mungkin celup penuh macam nie. Nampak macam chocolate kan? Nak buat tekstur macam tu memang takkkk lah. Hahahaha....

Wednesday, March 30, 2011

Konon Nak Bergurau Hal Cincin Tunang

As-salam beauty peeps!!

Last night, keluar dinner dengan Encik Tuney. Mood agak kurang baik sebab saya agak kemengantukan ketika itu. Mana tak mengantuk, petangnya berjogging lebih 3km. Tak sabar nak berjogging lagi petang ni. Okeyh sambung cerita, tengah makan tu mesti lah ada borak-borak kan? Dia duk cerita aktiviti seharian dan segala bagai and tetiba.....

Him : Ada kawan muay thai ajak gocoh. Dia duk tanya kalau nak terima cabaran dia. *gocoh di situ bermaksud lawan muay thai*

She : Haaa?? Tak boleh!!

Him : Sekali ni je. Please.....

She : U pilih nak fight or me?

Him : Fight. *ceaa dengan berlagaknya*

She : Ok fine. Take back your ring. *sambil buka cincin and kasi kat Encik Tuney*

Him : Alaaaa.....*dia tarik my hand and sarungkan balik cincin*

She : Kan dah tahu yang I memang tak kasi. Body builder punya tournament pun I terpaksa rela redha if u nak bertanding, tu pun atas alasan u nak cari market for your business.

Him : *buat muka masam sebab jawapan adalah muktamad*


Then lepas makan, Encik Tuney hantar saya ke rumah. Dan berlaku lagi perkara yang sama tapi cerita yang berbeza.  T___________T

Him : Nanti-nanti I kaya, I tak nak kasi duit kat u. *dia bergurau sebab saya nih sangat kedekut dengan beliau. memang pun, tak tau kenapa, memang saya kedekut dengan lelaki*

She : *gelak-gelak*. Owhh tak jadi lah nak kawin dengan awak. Nah ambil balik your cincin. *sambil keluarkan cincin dari jari dan kasi kat Encik Tuney*

Him : Betul nie? Sumpah tak nak cincin ni? *huhuhu. siap bersumpah tak tahan*

She : Kenapa nak kena sumpah-sumpah pulak ni? 

Him : Cakap dulu sumpah awak tak nak cincin ni. 

She : Saya tak nak cincin tu.

Him : Betul? Tak nyesal? 

She : *senyum tanpa kata apa-apa*

Him : *terus berlalu pergi dengan keretanya*

She : *still lagi menunggu kat bawah rumah kot-kot dia patah balik*


Memang sampai ke sudah dia tak patah balik. Ada lah sampai 15 minit menunggu. Konon ingat macam dalam drama tv3 lah kan. Then lepas tu call him berkali-kali, kali ke berapa entah baru lah dia angkat call. Saya gelak-gelak je sambil say sorry. Yer lah, actually nak bergurau je tapi tak sangka pulak sampai dia merajuk hati. Tapi masa menunggu dia tuh memang tetiba hati jadi sayu sebab cincin kat tangan dah tak dek. Rasa macam kehilangan sesuatu je. I don't know, but sangat susah nak explain the feeling. Masa on phone dengan Encik Tuney tu, dah nangis-nangis suruh dia datang hantar cincin tu semula. Sekali dia kasi ayat, "sebagai pengajaran untuk awak yang suka sangat nak menguji kesabaran kita". Lagi lah menangis meraung-raung. lol..... Dan sampai sekarang, cincin tunang still lagi dengan dia. Malam ni lah jawabnya baru boleh dapat semula. T__________T. Seriously, saya tak boleh tidur dengan lena. I want my cincin back!! 

Kesimpulannya, jangan buat main dengan hal-hal cincin tunang ni okeyh. Actually nak bergurau, nasib lah ending semalam tak jadi perkara yang diluar jangkaan. Kalau tak, bengkak mata lah jawabnya pagi nie.

Monday, March 28, 2011

Pelamin Bercermin

As-salam beauty peeps!!

Saya perasan, lately ni sangat ramai yang terpesona dengan pelamin yang ada cermin. Nampak kelainan tapi satu persoalan dari saya, adakah cermin itu tidak menganggu urusan photography? I mean, dari segi flash ke apa nanti, ada effect tak? I'm not a photographer and very bad in taking a picture, so saya memang sangat tidak pasti mengenai hal cermin ni. Adakah ianya lebih mencantikkan gambar atau sebaliknya oleh disebabkan mirror reflection.


Pelamin pertunangan Jimmy. Nice kan? Tapi nampak crowded orang berdiri reflection dari cermin.


Pelamin ni pun cantik. Tiangnya dikelilingi oleh cermin. 


Ada sesiapa di sini yang arif tentang hal photography? I need your opinion. Really appreciate it if ada yang sudi berkongsi. Actually, saya pun terfikir nak ada cermin juga cuma cermin tuh bukan lah banyak pun. Nak letak satu sahaja. Tu pun kemungkinan akan letak agak  tinggi dari paras camera. lol....Tu yang beria tanya, kang nanti main letak je, takut sebenarnya tak sesuai. Baik kita kaji dulu kesannya, yer dak?

Friday, March 25, 2011

Spanx, Kalian Dah Ada?

As-salam beauty peeps!!

Kegilaan di blog buat waktu ini ialah PB, Premium Beautiful. Tapi tak semua orang mampu beli. Harga ribu-ribu kan? I'm not so sure about the price but people told me it's sooo mahal. Berbaloi dengan outcome nya pula.

Dan saya juga baru tahu, selain PB, Spanx juga bole menyorokkan lemak-lemak berlebihan di bahagian-bahagian tertentu. Tapi dia bukan lah kasi nampak kurus macam PB. But, boleh lah juga kasi sorok sikit-dua lebihan lemak itu. Dan yang pastinya selesa dipakai untuk kegunaan harian. Bukan saya kata, tapi orang-orang yang pernah menggunakannya. 


More details visit Spanx website.


Salah satu barang wajib beli untuk saya ialah Spanx. For me, saya perlu pakai semasa hari akad nikah dan juga pada majlis persandingan. Yer, usaha diet saya kurang berhasil. Makanya, peha yang besar nak mati ni kena disusutkan sedikit. lol... 

Owhh btw, ini bukan entri promote or entri berbayar ke apa. But more to sharing. Ramai dah ex-b2b pakai Spanx and bagi feedback yang baik pasal Spanx ni. So, saya juga ingin mencuba. Rasanya ramai yang plan nak beli kan jenis slimming2 wear ni? Tapi tak tahu nak beli brand apa dan jenis yang bagaimana. If berminat, boleh cuba usha blog si Iza nie. Harganya pun agak berpatutan. ;) 

Thursday, March 24, 2011

Things That She Needs For Pre-Wedd Photo Shoot

As-salam beauty peeps!!

Bulan April ni nak kena ber'pre-wedding photo shoot. Konsep dah dapat, now time to look for things yang diperlukan. Rasanya, dengan apa yang saya bakal listkan nanti, sure ramai yang boleh teka pre-wedding photo shoot kami bertemakan ataupun berkonsepkan apa. Tak surprise lah kan. Sorry lah, saya jenis tak reti nak surprise-surprise ni. lol... =P 


Rattan basket seperti di atas dan juga kain petak-petak merah seperti di atas. Boleh google-google jumpa benda yang sama macam yang dah ter'imagine.


The guitar. Encik tuney dah ada. No need to worry.


Papan hitam tak berapa nak hitam actually but more to hijau kecik dua. Dan printed wording MARRIED seperti di atas. Dan juga tali jangan dilupakan. Haa, nak tiru sebijik camnie aci tak?


Books. Props je ok. Padahal...... Hahahaha.. Sendiri jawab lah yer.


Fruits especially apple and grapes. His favorites.


Cupcakes 4-5 bijik sudah.


If lace umbrella tak berjaya dibeli or di sewa. Makanya sebagai penganti ialah rainbow umbrella. Comel juga kan?



Not to forget rainbow lollipops.




Setakat ni, tuh jer kot perkara yang perlu di list kan. Melainkan nak beli baju baru dan kasut serta tudung baru. Hahahaha.... Sempat lagi lah kan. Nih lah perempuan. =P

Wednesday, March 23, 2011

Wedding Dress & Baju Nikah - Floral Applique

As-salam beauty peeps!!

Dalam pada mencari design baju untuk majlis resepsi, terjumpa few designs yang menarik hati which is more on floral applique. Mungkin trend 2011 agaknya. Mari kita cuci mata sama-sama. ;)


Mungkin floral applique ni penganti kepada lace, nampak sweet dan elegant. Sourced : Wedding Inspirasi


Nice kan? No need to much flowers.


Untuk yang terlalu kurus, boleh letakkan bunga rose yang besar seperti di atas. Kot lah bole kasi nampak berisi sikit. 


Rose applique di bahagian waist sangat mengujakan saya. So pretty kan? 


Small floral, sweet je. 


Floral applique kat bahagian bahu. Baju Marion Counter designed by Rizalman.


Floral applique tak banyak mana tapi heavy with pearl beading. But still nice kan? Baju Siti Sarah designed by Hatta Dolmat.


Baju Elyana pun ada floral applique jugak tapi not so banyak but still nampak sangat cantik kan?


Selagi tak finalize kan design baju selagi tuh lah banyak lah idea-idea dari sumber google. Tapi  tak semestinya nak buat macam kat atas tuh. Kena tanya poket dulu lah kan? Ahakss....

Monday, March 21, 2011

Kerisuan Sampai Tido Pun Tak Lena

As-salam peeps!!

Jarang nak bercerita masalah saya kat blog sekarang ni. Bukan tak nak bercerita, tapi kena berwaspada sebab takut ada yang terasa hati nanti jika terbaca. Almaklum lah, dunia sekarang dunia IT, saudara-mara boleh capai ke blog ni hanya dengan cara meng'google'. 

Now, bukan berkaitan dengan siapa-siapa. Masalah kami berdua, iaitu takut sangat-sangat by the time wedding date, duit tak cukup weyhh!! Camne lah nanti kan? Memang saban hari mendoakan yang kami dimurahkan rezeki tapi kalau tak cukup jugak, memang boleh meroyan. Mana nak ciluk kan?  Family? My family and his family bukannya kaya berduit. Setakat diorang nak membantu untuk majlis tu dah kira sangat-sangat bertuah dah tu.

Seriously, tido malam pun dah tak lena sekarang nie. Mengharapkan agar Allah S.W.T memurahkan rezeki kami berdua dari pelbagai sudut. Tak sekiranya rezeki datang dengan duit kan? If ada orang nak tolong sponsor sikit-dua tu pun dah kira ringan beban dah. If dapat vendor murah pun di kira murah rezeki kita juga kan? Allah S.W.T tolong hamba-NYA dari pelbagai sudut kan? That's what I'm praying right now.

Wahai kawan-kawan yang membaca entri ini, if korang plan nak kawin setahun or dua tahun dari sekarang, sila menabung ok. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kes kami ni lain, kenal tiga bulan terus plan untuk kawin. Elok pulak, dua-dua jenis tak menabung. Memang begini lah nasibnya sekarang. Kerisauan pula bila tarikh makin dekat. lol.....  

 Hari-hari kot pegang kalkulator sekarang nie. T____T

Friday, March 18, 2011

Pencarian White Lace Umbrella Menghampakan

As-salam beauty peeps!!

Petang semalam after office hour, sempat ke Jalan TAR. Kononnya nak pergi mencari white lace umbrella di Kedai Bunga Reben. Tapi menghampakan daku kerana white color dah habis. Tanya lah juga bila diorg nak restock, katanya dah lama order tapi tak sampai-sampai. Yoo lah tuh. 


 Source :  eBay.


Ada sesiapa tahu mana nak cari selain di Kedai Bunga Reben itu? Beli online, mungkin itu my last solution but jika sesiapa yang tahu mana nak cari please and please let me know. Bukan tak nak menyewa dengan ex-b2b or b2b yang bagi perkhidmatan sewa. Tapi saya nak pakai dalam 3-4 kali. Kalau sekali sewa dah RM40. 3 kali sewa bersamaan harga sepasang payung tersebut. Payung itu akan menjadi salah satu props for my pre-wedding photo shoot, wedding photo shoot dan juga post-wedding photo shoot insya-Allah. Sebab tu lah kenapa beria nor nak membeli. Bukan sengaja-sengaja nak membazirkan wang. =)

Thursday, March 17, 2011

Pencarian White Boxes For Wedding Favor Dah Berakhir

As-salam beauty peeps!!

Petang semalam sempat pergi cari kotak for my wedding favor. Thanks to Dyl sebab informed me pasal kotak yang super murah itu. Nak tengok kotak yang macam mana? 


Ni lah rupa kotaknya. Kotak ni tak lah besar sesangat, besar my tapak tangan je. hahahaha... 


Actual size is 4'x4'x3'. Ukuran cm dalam 10.3cmx10.3cmx7.7cm. Setakat nak isi telur sebijik dan juga bahulu 3-4 biji still muat. Rasanya still bole isi gula-gula lagi. Harga untuk sebijik kotak ialah RM0.15 tapi jika beli satu carton dalam 500 pax = RM60. Means harga untuk 1 pax = RM0.12. Murah kan?

Mana nak cari? Saya ke Bagus Kota Damasara while Dyl ke Bagus Taman Melawati. Kat Shah Alam pun ada, rasanya situ paling besar kot. Nak tahu more info boleh ke website Bagus. Yang kat Kota Damansara tuh, tahu Mc D Kota Damansara? Straight sampai ke traffic light. Then turn left. After that, ada rumah kedai sebelah kanan. Just turn right je dan kedai Bagus tu kat depan tuh je.

Doily paper pun ada dijual disitu. Tapi white color jer lah. Nak bercolor-color kena cari kat Klang menurut entri Nadira. Even brown paper bag and white paper bag pun ada dijual. 
  
Macam mana nak menghias kotak putih kosong tersebut? Nih dari hasil pencarian saya di encik google.  Or jika ada sebarang cadangan, amat-amat dialukan. 


Cari doily berwarna, sure akan cantik kan? 


Letak riben pun cantik je kan? Simple and sweet. 


Tak nak terlalu simple? Idea macam ni pun not bad juga kan? 


Thanks to b2b sekalian sebab sharing perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada semua bakal pengantin yang lain. At least dapat berjimat certain things dah cukup bersyukur kan?

Wednesday, March 16, 2011

My Veil Inspirations For Akad Nikah

As-salam beauty peeps. 

Hari ni genap lah lagi 6 bulan to the big day. Berdebar sebab banyak lagi yang belum selesai. Takut pun ada. $$$$$ pun belum cukup lagi. T_____T 

Ohww btw, kita tutup cerita yang tak best. Kita sambung cerita yang best pula. Berangan-angan nak buat veil macam Puan Zila. Tapi veil beliau mahal lah kan. Mak tak mampu noks... Hehehehe.... Jom cuci mata tengok veil yang saya suka. 


Klik if nak tengok dengan lebih detail. Source : Sayamaukawen


Tudung tersorok dek veil. But veil memang naik kan? Source : FB Puan Zila.


Veil Diana Rafar ni pun sangat cantik. Heavy beading.


Hujung bulan ni dah kena start finalize my baju nikah and veil. Hope by end of April dan bole buat first fitting. And by May pula nak kena start finalize baju sanding pula. Hope apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Moga-moga Allah S.W.T memberi keredhaan dan dimurahkan rezeki kepada kami berdua dan juga bakal-bakal pengantin yang lain. Amin.......

Tuesday, March 15, 2011

Pre-Wedding Photo Shoot Dah Booked

As-salam peeps!!

Oleh kerana saya dan Encik Tuney tiada gambar berdua yang proper dan cantik, makanya kena lah buat pre-wedding photo shoot. Dan alhamdulillah, kami berjaya dapat yang murah tuh pun sebab ada promo. Laju-laju sms that OP. Hehehehe.... 

Dijangka, pre-wedd photo shoot akan dibuat dalam bulan April ni. Tema dah ada cuma kena cari props mulai dari sekarang. Awal kan nak ber pre-wedding? Terpaksa ok sebab tu adalah salah satu syarat dalam promosi tersebut. Lantak lah janji dapat murah, yer dak?


 Props seperti di atas pun menarik juga kan? Simple but yet soo fun and sweet.

Monday, March 14, 2011

Bekas For Centerpiece - Ada Sesiapa Nak Beli Yang Pre-Loved?

As-salam peeps!!

One of my silent reader email me regarding my entry Floating Gerbera Centerpiece. Beliau ingin membeli sebanyak 40-45 biji bekas untuk centerpiece. So, after the wedding, beliau rasakan yang bekas-bekas terbabit perlu di let go. Or beliau juga tidak kisah if ada di antara B2B yang hendak guna before her wedding. Majlis beliau 18 June 2011. Nak tengok rupa bekas tuh bagaimana? Ok, let me show you. 


  Top view. 


Side view.


Another idea.


Bekas ni berukuran 19cm dan tinggi dalam 7cm. Harga di Hinode shop dalam RM5/pax. So, she told me that dia nak sharing the price. Means, RM2.50/pax. If ada yang nak guna awal dari beliau pun, dia tak kisah as long as bekas itu tak pecah or tak rosak. If nak guna awal dari beliau tuh, mungkin dia akan bagi harga sewa kot. That one kena tanya beliau sendiri. But any inquiry please email to her chocsluv@yahoo.com. For me, it's so cheap jika dapat separuh harga sedangkan beliau guna sekali je pun. Mungkin beliau bole kasi sewa jika anda tidak berniat untuk membeli. Pandai-pandai lah korang email yer. =P

To my silent readers, if korang ada nak sewakan anything or nak let go anything regarding wedding thingy, please email to me. Mana tahu, ada readers kat sini yang berminat kan? Sharing is caring. Dan jika boleh, kita nak jimat dalam pelbagai perkara kan? ;)

Friday, March 11, 2011

'I Do' Sticker For Wedding Shoes

As-salam peeps!!

Suka something cute for your wedding? Maybe idea 'i do' sticker for the wedding shoes boleh diguna pakai. Actually if berjalan tak nampak pun rasanya. Tapi lebih kepada props untuk sesi bergambar with your OP. 


Source : good things


Simple but sweet. 


Using white pearl. Cantik kan?


Kat KL ni mana boleh dapat yer sticker 'i do' tuh? Or nak kena masukkan dalam d.i.y list? If sesiapa pernah buat, please let me know ya. Nak tengok hasil korang jugak. ;)

Thursday, March 10, 2011

Encik Tuney In Berita Harian =)

As-salam peeps!!

Last Saturday, muka Encik Tuney masuk dalam berita harian dalam ruangan XY. Dan minggu ni pun akan ada lagi rasanya. Hehehe... 


Siapa cam yang mana satu Encik Tuney? Hehehe...


Muay Thai is just his hobby, tapi lately ni ramai fighters muay thai yang nak berkerjasama dengan Encik Tuney and nak jadikan beliau sebagai manager. Actually manager tak bergaji pun but then, mana tahu kan, one day beliau akan menempa nama dalam bidang ni even though his not the fighter. Nama gym Encik Tuney pun dah dikenali among Malaysian muay thai. Saya sentiasa doakan beliau agar berjaya dalam bidang yang beliau minati. Amin.....

Wednesday, March 9, 2011

Tip Pemilihan Kasut Untuk Bakal Pengantin

As-salam peeps!!


Jatuh cinta dengan yang belah kanan tuh. 


Selain baju yang menjadi keutamaan kepada si bakal pengantin, kasut juga memainkan peranan yang penting. Before nak decide baju labuh mana, kena decide juga kasut nak tinggi mana kan?

Dalam pemilihan kasut, perkara yang paling penting ialah ketinggian kasut tersebut, warna kasut dan juga jenis kasut. Tapi selain itu, keselesaan juga perlu diutamakan, means depends on the height and the type of shoes.


1. Ketinggian kasut - kalau anda tak pernah ber'high heel, tetiba pakai wedding shoes yang berukuran 4 inch, better you think it 40 times ok. Bukan apa, takut tak biasa nanti boleh buat anda jadi badut on ur big day. Make sure ketinggian anda tak melepasi ketinggian si pengantin lelaki. Otherwise memang anda originally  tinggi, tak boleh nak alter dah lah. Dan jangan lupa untuk pastikan nak pilih jenis yang stilletos atau wedges ataupun yang jenis flat shoes due to persekitaran majlis anda nanti. Ada yang buat di tepi pantai atau di taman. So, jika berlecak or sandy, senang nak tenggelam jika bertumit halus.

2. Warna kasut - pemilihan warna kasut haruslah disesuaikan dengan warna baju. Seeloknya pilih warna yang sama or carik shades a bit darker from the dress. Kalau cari yg cerah dari warna dress, takut ter'attractive' tang kasut pula nanti.

3. Jenis kasut or shoes style - pelbagai jenis kasut, ada yg closed toe, open toe, pump toe, strappy, and sandals. Fabrik juga memainkan peranan yang penting dan ianya kena lah bersesuaian dengan fabrik baju. Yang ni tak reti nak explain sebab i'm not the fashion designer. 


Kalau cari kasut yang jenis stiletto or pump shoes, cari yang ada platform macam gambar di atas. Tekanan pada kaki agak kurang berbanding yang tiada platform. Just my two cents since I've a lot of pump shoes and if ada platform mmg agak selesa sedikit berbanding yang tiada.  


Kesemuanya depends on you suka jenis yang bagaimana, dan paling penting keselesaan. Jangan kasut makan tuan sudah lah yerk. ;)   

   

Wednesday, March 2, 2011

Floating Gerbera Centerpiece

As-salam peeps!!

Untuk entri yang semalam, so far tiada siapa yang meneka dengan tepat. Bukan kad kawin lah korang,  ala-ala macam tq tag gitu lah. Nak lekat kat something. Punya lah besar kan? lol.... 

Bekas or jar glass untuk centerpiece dah beli tapi baru satu bijik. Nak try buat dulu, sweet ke tidak. Dah beli the glass but tak sempat nak cari bunga lagi. Nanti dah try buat will update here. The idea similiar to the piccas below. 


Dari pandangan atas, my balang glass should be like this. RM5 je seketul/sebotol. Murah ke ekh?  And the idea letak daun kat keliling macam tuh pun nice jugak kan? Daun apa yerk? Tak kan nak replace dengan daun sireh pulak. lol... 


Bekas yang macam ni pun menarik juga. Kat Living Cabin ada jual, RM5 juga. 


If untuk majlis akad nikah di sebelah malam, boleh letak lilin dalam air macam tuh. Nampak romantik je kan? hehehe..


Kesimpulannya, weekend ni kena pergi cari bunga gerbera sekuntum dua. Then, floating its in the glass jar. Pastuh, sendiri decide lah nak proceed the idea or not. Rasa-rasanya, berapa biji nak kena beli yer kalau nak proceed the idea?


Tuesday, March 1, 2011

Mood DIY Is On!!

As-salam peeps!!

Less than 200 days to the day, so bab-bab men'd.i.y haruslah dimulakan. Sikit-sikit, lama-lama siap lah kan? Actually, i'm not that rajin nak men'd.i.y nih tapi ada certain things tu terpaksa lah buat kalau nak kasi nampak cantik kononnya. Nak beli yang dah ready made or custom made dengan orang, harga agak tinggi kan? So, kononnya try to cut the cost lah.


Agak-agaknya apa lah yang saya sedang d.i.y tuh yer? Siap beli cutting mat lagi tau.


Nak share a tip dengan readers, if korang nak potong kertas and nak make sure kertas dipotong memang perfect. Sila gunakan cutter dan pembaris besi sebagai guide line. And make sure dilapik oleh cutting mat. So, gerigis-gerigis dan cacat cela amat susah untuk dilihat oleh mata kasar unless tangan korang parkinson. lol....=P

Google Analytics Alternative