Followers

Follow by Email

Monday, January 31, 2011

Her Bestfren Real Wedding : Zila & Naim's Akad Nikah

Salam peeps!!

Saya kena update laju-laju sebabnya starting esok sehingga 13 Februari, saya akan bercuti panjang. Kebarangkalian blog ni akan sunyi sepi adalah amat tinggi. Nak update blog guna blackberry macam kurang kick jer sebabnya tulisan semua takut tunggang terbalik. Sooo not me.

Alhamdulillah, my bff dah pun selamat jadi wife orang. Macam tak percaya je, rasa macam still kanak-kanak ribena jer lagi. For those yang baru ke blog nie mesti tak kenal Zila & Naim but those yang dah mengikuti blog lama saya, memang dah sedia kenal dengan mereka berdua. 


The bride


 The hantaran


Main pelamin dijadikan mini pelamin. 


Family of the bride. Ok, actually nak tunjuk pelamin tapi tak dek gambar pelamin yg full. Pelamin by Arma Couture. 


The canopy and the center piece. Lantern yg dinyalakan lilin didalamnya. Nice kan?


The newlyweds. ;)


Bilik pengantin. 


Cik Amy and Pn Zila.



Pelamin by : Arma Couture
Make-up by : Kak Awin Seindah Wajah
Photographer by : The Prestige Image
Videographer by : Arezeo
Catering : Siti Catering
Baju bride : Tak ingat lah tapi cantik and gambar full of her memang tak dek. T____T

Her Bestfren Wedding

Salam peeps!!

Kalau perasan, berhari juga blog ni tak ber'update. Agak busy since hari Jumaat hari tu sebabnya saya tolong menyibuk for my bestfren wedding preparation. Alhamdulillah, dua majlis dah selesai. Tinggal satu je lagi majlis belah lelaki yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti. 

I will review full of Zila & Naim's wedding once saya dah collect kesemua piccas yang cantik for tatapan rakan-rakan blog. I love their wedding. Sangat chantek dan sweet..... 


The groom + the bride + and the penyibuk. I love my dress but i love the bride's dress even more. Hehehehehe.....

Thursday, January 27, 2011

Shape Meja Yang Berbeza For Reception.

Salam peeps!!

Bila pergi kenduri kawin rakan-rakan, selalunya round table menjadi pilihan. But lately nie, ramai yang dah mula menggunakan rectangular table. Mungkin nak menampakkan ke'garden'an di situ. Square table pula jarang dijumpai. Atau mungkin, saya yang belum terjumpa lagi di wedding rakan-rakan ku.

Round table pada pandangan saya, mengambil terlalu banyak ruang. So, kalau korang nak menjimatkan ruang ada, better go for rectangular table. Mungkin juga, why don't you mix up those shape in your reception? Mungkin nampak pelik, tapi agak menarik juga. If kena pada susun atur, memang akan turn out kemas and chantek dari pandangan atas. 


 Is it nice? Selain putih, dark brown pun nampak menarik juga.


 Cara susunan yang tak terlalu membosankan like usual. But bear in mind, space yg luas diperlukan kalau nak nampak cozy. ;)


  Even ruang dia agak limited but still look nice and practical for the walkway. 


Idea banyak je cuma nak laksanakan tuh macam kena kebek wallet dulu. LOL... Lagipun, saya belum lagi sewa kanopi, so tak tahu nak decide round table or rectangular. Kena discuss dengan parents dan juga si tukang bagi sewa kanopi. Harga of course menjadi 1st priority and also the size of canopy and not too forget ukuran ruang yang nak digunakan tuh berapa ajer yang muat. Banyaknyer nak kena fikir. Arrgghhhh... Pengsan!!

Wednesday, January 26, 2011

Cake Plate As Dulang Hantaran

Salam peeps!!

Still in mode of dulang hantaran. Tengah rajin nak mengoogle, so I found one of the solution for the yesterday entry. Let say, kalau lah tak jumpa the same dulang, saya still ada lagi something yang nicer which is cake plate and stand. 


Don't it's look like dulang hantaran?


I love the design. Material mungkin dari ceramic. So, the disadvantage is heavy. 


Ataupun, mungkin glass/crystal cake plate. Nampak sangat mahalkan? Disadvantage untuk yang ini juga adalah BERAT untuk si pemangsa yang nak bawa dulang ni nanti. Kalau kena bawak kek lebih dari sekilo, haru juga.



Ataupun, tutup terus macam nie? Ada bride-to-be yang nak tutup hantaran kan? So, mungkin ini boleh jadi solution untuk anda. Nampak samar-samar je dari luar. LOL...



But, beauty is pain. Nak nampak cantik kena lah berkorban sikit kan? LOL..... Sanggup nak suruh orang bawa berat-berat yer? Btw, kawan-kawan seangkatan, di mana kah cake plate seperti first and second piccas boleh didapati? Kalau tahu kedai yang murah, lagi lah bagus kan? Ada tak yang jenis plastik? Any idea? Komen please.........

Tuesday, January 25, 2011

Mana Nak Cari Dulang Hantaran Yang Macam Piccas Tuh?

Salam peeps!!

Part hantaran memang saya tak pening-pening kan kepala lagi. First perkara yang saya kena fikirkan ialah dulang hantaran. Tak finalize lagi nak yang macam mana. Ikut hati nak yang mahal-mahal ajer tapi kena sedarkan diri yang sesungguhnya saya tidak mampu. LOL....

So, tengok magazine dan piccas from wedding planners yang ada, saya rasa saya tertarik dengan dulang putih. I think it's a plastic type. Tapi tak sure sangat sebab tengok gambar je. 


Simple and nice kan? Sumber dari google.


Rasa-rasanya mana nak cari dulang hantaran yang seperti gambar di atas ekh? Few months ago, saya pergi ke Nilai, tapi rasanya tak ternampak pula dulang macam nie. Ker memang tak perasan sebab tak berminat pada masa itu? Sesiapa yang pernah beli or tahu di mana boleh dapatkan ia, please let me know. Saya mahu survey-survey apa yang patut sebelum bercuti panjang. ;)

Monday, January 24, 2011

Nude Make-Up Look

Salam peeps!!

Bila sebut tang mekap, memang itu adalah perkara paling sinonim dengan kaum-kaum ku. Warna kulit memainkan peranan yang penting bila bermekap, so that ianya akan nampak lebih cantik. Untuk mereka yang berkulit tan, cuba dengan make-up jenis nude. It's more to natural and not too over-painted doll.

Untuk bakal pengantin yang mahukan natural look, better ask your MUA for nude look. Mungkin MUA akan highlight pada bahagian mata sahaja and the lips mungkin menggunakan warna-warna kulit like pink-brownish.

As my favorite reference, I love Kim Kardashian nude look. Make-up beliau tak terlalu over dan menampakkan ke'natural'an beauty yang ada padanya. Memang gorgeous pun. So, make up macam mana pun tetap gorgeous kan?


Nampak natural je kan? Cuma highlight pada bahagian mata sahaja.


Contoh warna untuk nude look. Boleh dapatkan ia di Bobbi Brown and ask the SA for nude  collection.


Nude make-up tutorial.



Do You Love Ikan Bakar?

Salam peeps!!

Entri kali ni nak review pasal kedai makan kegemarana kami, agak lari sedikit dari kegilaan harian ku.  LOL. Since Encik Tuney and me beria norr diet, so kitorang selalu lepak Fend Ikan Bakar di SS6 Kelana Jaya. Almost every nite akan dinner di situ pekena ikan bakar. Ikan bakar je tau, tak makan nasi pun. And most of the pekerja pun dah kenal both of us. 


Kedai nih belakang Giant Kelana Jaya. Sumber piccas dari google.


Yang sedapnya adalah sos seperti kat dalam gambar di atas. Seriously, sos or sambal tuh adalah sangat sedap. Rasa dia memang sama je setiap hari. Teringin nak dapatkan resipi, kot-kot nanti bakar ikan sendiri je dekat rumah. LOL.... Harga untuk ikan bakar je RM5.00.


My another favorite is Chi Kong mangga. Ice-blended + jelly mangga + cocktail. Harga tak sure sebab saya tukang order je, bukan tukang bayar. LOL....


If korang nak berdiet, sila lah jangan makan nasik di malam hari seperti kami. Makan ikan bakar je sudah. Hehehehehe.....

Saturday, January 22, 2011

Thinking Of To Change Her Hairstyle

Salam peeps!!

Semalam baca magazine Pengantin keluaran Februari. Terbaca tang persiapan bakal pengantin. Sometime kita terlupa persiapan diri pun harus kena ada juga. And part hairstyle pun penting, sebab dari rambut boleh turun ke hati juga. Yer ke? Hehehehe... Memandai je. =P

Btw, memang dah lama berhajat nak menukar gaya rambut dari rambut yang lurus ke perm. Tapi oleh kerana terdetik yang pembaziran wang akan berlaku kerana saya bertudung, so hajat tuh terhenti di situ saja. Lagi 7 bulan lebih nak duduk sebumbung dengan jejaka idaman hati, harus lah kena menarikkan diri setertarik yang mungkin. *Ngeri lah puloq*.


Giuliana Rancic hairstyle memang menjadi perhatian saya.


Nih digital perm kan? Ada saper-saper pakar? How much ekh nak buat macam nie? And berapa lama dia bertahan untuk perm begitu?


Macam mahal jer kan? Tengok poket jap. Tak pun, tunggu lepas kawin. Kalau part berhias, ustaz n ustazah kat kursus kawin kata, tuh adalah tanggungjawab suami. So, if dia nak wife dia cantik berambut perm begitu, si suami lah yang kena bayarkan. LOL....

Friday, January 21, 2011

Paper Lantern Dah Berjaya Dibeli

Salam peeps!!!

Semalam berjaya juga ke Jalan Panggung, Kuala Lumpur. Jumpa juga akhirnya kedai The Basket Shop tersebut. To those yang nak pergi, jika berkenderaan, sila parking kereta di UO. Area situ memang agak susah nak parking dan polis trafik memang ada di mana-mana. Keselamatan diri juga penting yer, sebabnya bermacam-macam jenis orang ada di situ. 

Jika sesiapa yang nak pergi ke The Basket Shop tapi takut sesat, sila tanya orang di mana terletaknya UO or Uda Ocean. Sebelah UO ada Mc Donald, sebelah MC Donald ada terteranya Jalan Panggung. Jalan je sebelah MC Donald tu sampai lah nampak rumah kedai sebelah kiri. Cari lah kedai The Basket Shop tu yer. =P 


The Basket Shop. 


Pelbagai pilihan warna. Siapa yang tema lime green, pink, purple, orange, yellow, red and baby blue. Sila cepat-cepat ke The Basket Shop. Memang mengujakan je semua warna tuh.


Pink adalah wajib dan putih adalah kemestian. LOL..


I think harga dah naik since CNY is coming soon, yang pink tu dalam RM4.50 dan yang putih tu pulak RM8.80. Saya ada pergi ke kedai lain yang menjual lantern, harga yang lantern putih tu dalam RM12.20. Kalau nak berli ratus-ratus biji, mungkin dia kurangkan lagi. Owhh, nak buat apa sampai beratus-ratus biji, bukan leh makan pun. LOL..... 

Semalam, beli tak sampai 30 pieces pun. If tak cukup, nanti akan datang lagi and hope those color still in stock. Kalau tak, guna ajer lah mana yang ada, yer dak?

Wednesday, January 19, 2011

Esok Mahu Pergi Cari Lantern

Salam peeps!!

Proses nak mencari bahan-bahan mendeko dah kena start, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Esok bersamaan dengan public holiday, makanya harus digunakan sebaik mungkin. Dengan harapan kedai yang menjual lantern tu tak tutup. LOL.... 

Menurut entri si Cik Sue kita nie, kedai yang harus saya pergi ialah The Basket Shop. Harap-harap jumpa lah kedai tu. Dan harap-harap juga warna pinky-pinky ada. Kuikuikuikui.... 

Owh pada sesiapa yang mencari tempat jual paper lantern, sila lah baca direction dari entri Sue. Jika ada yang nak pergi esok, jom kita pergi beramai-ramai. LOL.... =P


Piccas credited to Sue.

Bil Follower Dah Cecah 101 & Unique Visitor 200++ Per day

Salam peeps,

Alhamdulillah, blog ni adalah blog ketiga saya dan baru je berusia lima bulan tapi dah ada lebih dari 100 followers. Yang mengujakan saya untuk terus berblogging ialah bilangan unik visitors yang datang ke sini dah cecah 200 sehari. 


This week punya stats from nuffnang.


Saya tahu ramai di antara anda dah pun mempunyai ratusan followes dan juga bilangan unik visitor pun dah cecah ribu-ribu. Tapi, sebagai blogger picisan yang tak glamour, dapat unik visitor more than 200 adalah satu perkara yang sangat mengujakan, okeyh. =)

Tapi apa pun, tujuan saya berblogging adalah nak share my feeling dan juga sharing perkara-perkara yang dapat membantu sesama bloggers. Kalau boleh, sebolehnya akan saya cuba elakkan berblog perkara yang boleh disalah ertikan seperti menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Last but not least, thanks to those yang dah jadi my followers dan yang selalu ke sini. If saya tak pernah jejakkan kaki saya ke blog anda, sila dropkan url anda di komen box. =) 

Tuesday, January 18, 2011

Teringin Nak Ada Bridesmaid

Salam peeps!!

Alhamdulillah, saya dah dapat respond positif dari beberapa orang rakan untuk menjadi bridesmaid saya nanti, Insya-Allah. Setakat ni saya invite 8 orang, tapi yang dah confirm dalam 4 orang dan masih lagi menanti jawapan dari 4 yang lain. Ada di antaranya dah berkahwin, maka nya nak kena mendapatkan keizinan suami juga. Hope all of them memberi kata putus yang positif.

Kenapa ramai sangat yer? Okeyh, bukannya apa, kawan-kawan saya sangat beria nak pergi my wedding yang jauh nunnn di Besut. Perjalanan dari KL-Besut memakan masa 7-8 jam. So, I need to give them something yang enjoyable and memorable. Bukan setakat pergi wedding jauh-jauh untuk makan, tengok pengantin dan terus bertolak balik ke KL. I need them to make my wedding yang biasa-biasa ni jadi ceria dengan kehadiran mereka. 

Kalau tengok piccas pun, memang nampak sangat menarik jika dikelilingi oleh bridesmaid yang memakai pakaian yang sama. Sangat sweet.


  Ni masa majlis pertunangan my best fren. Cik Amy pun ada, cuba lah korang intai sebab tak nampak muka pun. LOL.... Owh btw, dulang hantanran tu diperbuat dari kristal. Berat ya ampun...


Pink lagi. Sukaaa..... Credited to google.


Shocking pink and the bride in light pink. Double sukaaaaa..... Credited to google.


Suka jugak...... Credited to Huda.


Pink lagi.... Yang nih lagi triple suka. Tapi baju bridesmaid dia dah macam ala-ala baju pengantin dah nie. Hehehe.... Credited to google.


Nampak gayanya, dah kena start fikir pasal budget untuk kain-kain bridesmaid dan juga warna yang sesuai untuk mereka. Hope lah angan-angan yang indah ini menjadi realiti. Amin.... =)

Monday, January 17, 2011

Alhamdulillah. MUA Dah Booked.

Salam peeps!!

Last week kan meroyan sebab tak dapat book MUA kan? Last Saturday dah pun bayar deposit, mengambil risiko di mana hanya berbekalkan recommendation dan juga gambar-gambar yang telah di make-up oleh MUA tersebut di FB nya. 

Moga-moga MUA saya adalah yang terbaik untuk saya. Malas dah nak fikir-fikir dan pening kepala sebabnya nak mencari MUA di Kelantan/Terengganu bukannya mudah. Tambahan pula saya jauh nunnn di KL. Hope lah dia boleh make-up saya se'sweet yang mungkin.

Cumanya, MUA ni bukannya perempuan noks. So, saya terima dengan hati terbuka. Dah rezeki saya nak berandam dengan jejaka. Janji ada MUA kan?


His touch.

Dugaan Bila Si Dia Lebih Hotter Dari Saya. T__T

Salam peeps!!




Entri kali ni just nak meluahkan perasaan saya yang terbuku dan terpendam. My Encik Tuney bukan lah handsome macam Fahrin Ahmad, kulit pun gelap dan malap tapi saya tak tahu lah kenapa lah kawan-kawan lama or kawan-kawan FB beliau suka norrrrrr mengacau dia. I mean, sometime they commented very the over. 

Contoh nya, Encik Tuney punya status begini, "home sweet home". Then, ada lah minah mana entah komen begini, "nak join". Hati siapa yang tak terbakar kan? Kemain gatal ekh ko wahai perempuan? Ada maruah ke tak dek maruah diri? Nak je komen balik macam tuh. Tapi I don't like to action like that. 

Lagi satu, kawan-kawan ex-colleagues beliau suka norrrrr bercerita masalah mereka dengan beliau di bbm (blackberry messenger). Ok fine, kalau nak bercerita tuh tak salah tapi macam lah my fiance nih bestfren beliau. Tak kan lah tak dek kawan perempuan nak bercerita atau berkongsi masalah? Kenapa nak bercerita problem dekat lelaki yang dah ada tunang? Don't you think his fiancee akan jealous? I know, you will say, "like I care?".

Okeyh enough yang tuh. Ada lagi satu kisah yang sangat-samgat lah saya tak leh terima sampai sekarang nie. Ada lah sorang minah ni, dulu mereka memang agak rapat but once he got to know me memang dia dah tak rapat dengan that girl. Dulu memang perempuan tu suka mengambil kesempatan kat Encik Tuney contohnya bab-bab suruh hantar ke sana-sini dan juga bab pinjam duit. Ok fine, itu dulu before kami berjumpa dan berchenta. But after kami dah pun berchenta, minah tuh keep calling and asking for pinjam duit. Kalau lah 5 bulan sekali nak pinjam duit tuh, boleh lah terima lagi kan. Nih macam tiap-tiap bulan call, dan 1st benda dia cakap nak pinjam duit. What the??? Seriously, kenapa kah ada kaum saya yang sebegini? Tak malu kah beliau? Kenapa perlu pinjam duit dengan Encik Tuney? Your boyfren kan ada, why tak pinjam dengan ur boyfren? Ke memang jenis kaki kikis ekh? Tak kisah lah siapa pun, janji dapat duit. To be truth, my Encik Tuney ni pemurah tak tentu hala. Orang nak pinjam, dia kasi je. But for this girl, saya dah bagi warning jangan nak menggatal nak kasi-kasi pinjam duit. Sampai masanya, saya akan talk to this girl NICELY yang pinjam-pinjam ni WAJIB bayar melainkan si pemberi pinjam tuh kata HALAL. Memang sampai ke sudah tak bayar-bayar pun. Aishh, pelik kan manusia ni. 

Haaa... Nasib lah saya ni jenis bersabar dan fikir positif. Kalau ikutkan cemburu buta, memang dah berperang besar dah tapi saya harus percaya pada dia. Kalau dia memang jodoh saya, dugaan yang seteruk mana pun datang, insya-Allah dia tetap jodoh saya juga. Alhamdulillah, kami ni selalu berjumpa. Kalau kami nih jauh beratus kilometer, memang curiga tuh ada juga. Apa-apa pun, kepercayaan dan kesetiaan itu pentingkan? Dia nak berkawan, tak elok nak menghalang. Tapi I hope that dia tahu batas-batas dalam berkawan. That's it.

Saturday, January 15, 2011

Gaya Tudung Moroccan, Arabian & Egyptian Untuk Pengantin

Salam peeps!!

Selain baju, tudung juga adalah elemen yang penting dalam menampakkan si pengantin lebih chantek dan stunning. So, pemilihan tudung yang sesuai dengan bentuk muka harus dititik beratkan.

Selain dari tudung bawal dan tudung segera or tudung instant, banyak lagi jenis-jenis tudung yang boleh diperagakan contohnya tudung jenis morocco dan arabian. Furthermore, lately ni pun theme morocco menjadi pilihan pengantin dan jenis pemakaian dress makin digemari.

Mari kita cuci mata dengan gaya-gaya tudung morocco dan arabian ini. Mana tahu, anda akan mendapat idea yang lebih menarik for your wedding day nanti? 


Egyptian or Morocco style. Credited to here.


This one tak tau nak classify dalam morocco or arabian or egyptian.  Tapi chantek kan? Credited to here.


Egyptian or Morocco style. Credited to google.


Arabian style. Credited to here.


 Morocco style. Credited to here.


Tudung Bienda pun ala-ala Morocco style.


As simple as this pun menarik juga kan? This one pun morocco style. Sumber dari google.


Actually nak letak a lot more piccas tapi enough lah for today. Nanti jika terjumpa lagi gaya-gaya tudung yang menarik, akan ku share di sini. ;)

Friday, January 14, 2011

Kisah MUA

Salam peeps!!

Buat readers yang tak tahu wedding saya akan diadakan kat mana, my side which is in Besut, Terengganu while his side is in PJ, Selangor. So, for my side nak mencari MUA bukan lah satu perkara yang mudah. Memang upah make-up kat sana murah which is rate dalam RM150-200 sahaja. Silap-silap boleh dapat dalam RM100 jer tapi saya tak berpeluang untuk bercuti panjang dan berjalan-jalan di sekitar Kelantan-Terengganu untuk buat make-up trial. Tak kan nak main book jer dari KL and hanya percaya piccas yang di snap. 



Zila, curik your piccas and credited to Zila Ziman. =)



So, my first choice si Zila Ziman. She's my fren back then in Kolej 11, UPM. At first, tarikh mula-mula yang dicadangkan memang Zila available sebab beliau berhari-raya di rumah mertuanya di Terengganu. Then, after some changes, my mother asked me to tukar tarikh which is lewat 2 minggu dari tarikh sebenar. Then, bila dah tukar tarikh, Zila couldn't make it sebabnya beliau berhari-raya di Singapore pada masa itu. T_____T

Oleh yang demikian, makanya kena lah mencari yang lain lagi. Until I saw Zara's wedding, make-up beliau sangat-sangat sweet dan chantek terus saya terbekenan dengan si MUA beliau who is Raja Feena. Ber'BBM dengan beliau, tanya this and that, sekali rupanya my wedding date tuh time beliau tengah berpantang. Double sedih... T____T

Then, proses mencari diteruskan. Buka website OP area Kelantan-Terengganu, find out Kak Jai from Harharah Bridal pun not bad juga. So, message beliau di FB. Jawapan negatif juga kerana on my wedding date beliau dah di booked. Frust tertonggeng-tonggeng dah ni. 

Kakak cleaner kat ofis nih bagi suggestion, suruh saya pergi belajar make-up. Then, nanti saya boleh make-up diri sendiri. LOL... Even if i'm a MUA pun, I'll hire another MUA to make over myself. Nak la juga muka ini di touch oleh orang lain. Yer dak? 

So kesimpulannya, saya masih tak booking MUA. Dan masih mencari-cari yang sesuai. Pada rakan-rakan blog or even silent readers, if you peeps ada suggestion MUA yang best-best with an affordable price and kalau boleh area pantai timur lah kan, sila suggestkan untuk saya yer. Sharing is caring!! ;) 


p/s : buat Fira, always tanya akak stay mana, akak stay area Kelana Jaya. ;)  

Thursday, January 13, 2011

Do Bride Need Shoes For Akad Nikah?

Salam peeps!!

Dalam entri semalam saya ada bertanyakan yang perlu ke kasut semasa akad nikah? Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak. It's actually base on your situation and place. 

Kalau akad nikah berlangsung di masjid, maka nya kasut tuh perlu sebabnya nak berjalan keluar dari rumah ke masjid nak pakai apa kan? Tak kan selipar jepun pulak. LOL... Cumanya bila dah masuk dalam masjid, memang tak perlu lah nak pakai kasut. Bagi pengantin lelaki make sure pakai stokin yer. Dan pengantin perempuan jugak digalakkan untuk memakai transparent sock. Bukannya apa, nampak proper sikit rather than nampak kaki yang mulus itu. 




 Pengantin lelaki dengan black socks. Pengantin perempuan tak pakai socks kot. Piccas credited to Photolicious. 


Kalau majlis akad nikah berlangsung di rumah, pengantin lelaki akan membuka kasut dan mereka akan berstokin sahaja semasa duduk di atas bantal nikah? Manakala pengantin perempuan pula ada yang berstokin sahaja dan ada juga yang memakai kasut semasa mereka duduk di atas bantal nikah. Part nie saya pun tak boleh nak cakap which one is better. Mungkin depends on selera masing-masing agaknya. Tapi for me, nak nampak proper sila jangan tak pakai stokin yer jika kamu tak nak berkasut. 


Pengantin perempuan berkasut. Credited to Photolicious.


Both berkasut semasa sesi bergambar. Credited to Photoaura.


Selalunya selepas akad nikah memang akan ada sesi bergambar kan? Ada yang sediakan mini pelamin or pelamin yang untuk majlis resepsi. Untuk nampak lebih perfect, better pakai kasut seperti gambar di atas. Kalau lah OP snap your piccas same as above, tapi tak berkasut, agak-agaknya cacat tak ur piccas tu? Rugi tak rasa-rasanya jika dah bayar OP mahal-mahal tapi diri sendiri yang spoilkan everything? 

Sometime kita lupa benda-benda yang kecil, same goes to me. After I gone through all the piccas from few wedding OP, baru saya tahu yang kasut perlu disediakan. Ianya bukan untuk apa pun, khas untuk bergambar. Alang-alang dah upah OP kan, so melaram lah puas-puas. =P

Wednesday, January 12, 2011

Baju Nikah Dah Tempah

Salam peeps!!

Lagi 8 bulan 3 hari je lagi tapi baju nikah awal-awal dah tempah. Actually, bukan lah tempah bermaksud si designer terus buat baju. Sizing tak berukur pun lagi, bulan 4 ni baru nak pergi mengukur and all. Design dah ada cuma tak sure lagi kot-kot tetiba nak tukar idea ke apa nanti. Lagipun, Encik Tuney yang request tak perlu ukur lagi sebabnya dia nak menguruskan tunangnya ini. Haaaa..... My weight 47kg and tinggi 149cm, so agak berisi lah kan. Setahun yang lepas, berat dalam 40kg okeyh. Aissshhh... Senang hati agaknya. 

Baju dan veil memang serah bulat-bulat pada designer, while tudung untuk nikah pula kena lah cari sendirian berhad. Now kena start google-google pasal tudung jenis apa yang sesuai dan kat mana nak cari. And one more thing, untuk akad nikah memang perlukan kasut yer? I mean kalau buat akad nikah kat rumah nak kena ada kasut ekh? If that so, nak kena start google-google pasal kasut juga. Or maybe beli je yang ada di mall.

Baju melayu untuk si dia tak tempah lagi. Kain pun tak beli lagi. Ada sesiapa tahu kat mana nak tempah baju melayu untuk si jejaka saya? Mana tahu ada tempat yang korang rasa memang best dan berbaloi. Sharing is caring kan?  

Tuesday, January 11, 2011

Her Very 1st & Last Time As Bridesmaid

Salam peeps!!

Last saturday, saya meet up with my bestfren who is Zila & Naim at The Curve. Actually planning nak berjumpa dengan ramai lagi tapi last minutes cancel so yang berjaya menghadirkan diri adalah saya dan juga Encik Tuney. Tujuan si Zila & Naim nak berjumpa adalah kerana nak mengagihkan kad kawin mereka. And saya sangat-sangat lah suka their wedding card. 


Sedang gigih menulis akuan kehadiran ke wedding Zila. Wajib hadir katanya, no excuse. =P


Me with Zila. Sila abaikan saya yang muka sememeh dengan tak make-up nya. 


Zila approached me to be her bridesmaid for her wedding reception at KGPA. Dengan berbesar hatinya saya terima dengan ke'excited'kan sebabnya ni lah kali pertama jadi pengapit. Kesiankan? Orang lain dah berkali-kali jadi pengapit dalam hidup dia, and me dah 27 tahun baru lah sekali nak merasa. And maybe this is the last time kot.

So, on the same day saya pergi berjumpa with my lovely tailor who is Chinese lady. And you know what? After saya explain to the tailor yang saya akan jadi bridesmaid to Zila terus dia pun keterujaan more than me. The tailor memang kenal both of us since Zila yang introduced me to her. Told the tailor yang saya nak buat kaftan, tapi dia tak bagi. Katanya me too young to wear the kaftan. LOL... *i think i should tell her my age.* So, I asked her to give an idea what to wear with the plain satin given by Zila. The tailor dengan penuh keterujaannya mendesign dress for me. At first, rasa macam over the top pulak nokss. Then, she convinced me yang my dress is just a simple dress and Zila's wedding dress should be more extravagance. I don't think that I should put the piccas of the dress sketches but the dress nak lebih kurang macam piccas di bawah.


 Something like this tapi mine mestilah yang long sleeve.


Rasa-rasanya over the top tak? Agak kerisauan juga jika terlalu over. Dan risau juga jika buat yang terlalu simpe sebabnya wedding reception beliau di KGPA and it's a garden wedding. Malam pula tuh, selalunya people not to wear baju kurung kan? More on dress, jubah or kaftan. Haiiissshh.... If over the top, I should call my tailor and buat kaftan sudah.   

Google Analytics Alternative