Followers

Follow by Email

Thursday, July 28, 2011

Dulu Kurus Nak Gems, Skang Gems Nak Kurus

As-salam beauty peeps!!

Dua tiga tahun yang lalu, saya ni boleh dikategorikan dalam mereka yang kurus. Berat pada masa itu dalam 37-38kg. Masuk tahun 2010, berat naik dalam 2kg, so jadinya 40kg. Itu satu pencapaian yang amat menggembirakan saya. No more dengar orang bising kata muka saya cengkung lah. Kurus sangat lah. Macam makan hati lah. Bla bla bla.... Kadang-kadang stress okeyh bila orang komen pasal kita kurus.

Then, after I met my Encik Tuney. Berat naik bagaikan dipam-pam. Dari seringan 40kg terus naik mendadak dalam masa beberapa bulan ke 48-49kg. Paling berat pernah saya perasan adalah 49kg. Sangat gemuk untuk saya yang serendah 149cm ini. Tak pernah terbayang yang akan mecapai pencapaian ke tahap itu. Paling berat pun pernah turn to 45kg time cuti semester masa di universiti.


Before = 40kg. After = 48kg.

Lengan yang paling ketara di situ. Dan di bahagian peha. Perut tak payah cerita lah. Berlipat-lipat bagaikan apa je. Dulu, seluar biru itu tidak lah terlalu seksi untuk ku nak berjogging. Now, nak pakai pun memang tak muat.

Oleh kerana Encik Tuney ni memang concern pasal berat badan. Dia dengan rela hatinya nak bantu saya untuk kurus kembali. Tapi, saya ni memang pemalas bab-bab nak work out. Ambil mudah je isu berat badan pada masa itu. Sampai satu  masa, Encik Tuney dah feed up. Tapi he keep remind me yang dia tak suka if saya gemss. 

Now, setelah menyedari yang saya ni sebenarnya sudah gemuk. *tu pun sebab semua orang bising kata saya gemuk*. Baru lah menginsafkan diri dengan menjaga corak pemakanan. From 49kg now dah turn to 45kg. Sukaaa..... 

Saya ni adalah pemalas nak berjogging bagai. So, saya memang mendisiplinkan diri dengan corak pemakanan. Untuk malam, saya seboleh-bolehnya tak ambil nasi. Menu dinner saya adalah ikan bakar sahaja. Lunch pun actually jarang makan nasi. More on mihun, fast food. lol.... Owh fast food dan daku bagai tak boleh dipisahkan. Tapi.............. Berat still turun. Cuma kena pandai-pandai kira kalori yang diambil. =P

Saya tengah aim badan lama saya yang seperti dalam gambar before tuh. Time tu dalah 40kg sahaja. Haiisshh, 5kg more nak kena buang ni. Rasanya, nak tak nak, saya memang kena start bersukan. So that, lemak-lemak dalam badan dapat di burn dan kulit kembali firm. Kalau kurus sebab diet je, takut nanti kulit menggelebeh. Lagi scaryyyy...... 

Sesiapa yang nak join misi saya, nanti saya dapatkan tip cara diet yang berkesan yer. Dan akan saya dapatkan juga tip cara-cara nak work out sendirian dengan lebih efektif.

15 comments:

~ NANA ~ said...

48kg???? i consider tu kurus lagi kot! hahaha...i yg tinggi 154cm ni pon berat 60kg tau! blh imagine x? hihi

Hunny Kitty said...

haah 48 tu ringan dari ai tuh....ai dulu pun penah merasa 45kg tapi lepas xcident.....terus gebu! hahahhahaa

nana - tak nampak mcm 60 pun~!

neeza the gojes said...

Salam, hai...

anyway, pasal berat badan nih i pun ngah mengalaminye :( sejak bertunang ni, badan naik mcm di pam2x angin tau! sedih lah. Nk turun punye lah susah. So, i puase dah start this few weeks. Till end of Ramadhan. Hopefully membantu k..

Love n hugs,

neeza

UyaRayza said...

nk joinnnn hehehe...uya skang makan sekali sehari jer heheh..tue pn nasi n sayur sahaja hehehe...

Renee Meow said...

pls share...!!! i pun nak kurus ni..xnak mokmok camni untuk wedding ni..huhu T_T

K.I.N.A said...

sama la..susah betul nak tgglkan fast food..nak turunkan 3 4kg je..

sweethOneY said...

Amy, kite pun tengah diet gak ni. jom reramai diet sebelum hari bahgia :)

zimie said...

sobss.i lah tu yang mengemok.sedih.dahlah rendang,berlebihan berat pulak tu.taktau nak diet camne lagi.skrg i amalkan dance fitness je under paul eugene.tengok dekat utube.nak beli cd malas.wuwuw

cplud miera said...

Salam kenal n salam Ramadhan. adooi, sy pon cenggitu. cmne ni nk turun blik ke berat asal. sy sgt tidak berdisiplin. harap Ramadhan ni membantu sy ;)

Dayu said...

amy kasik kongsi
nanti kasik share eh..

meo said...

after lagi sihat...

before tue mcm tak sihat je. ringan sgt :p

Nadya Zahid said...

owh.entry yg menarik...nad baru kawen 3 bulan dah naik 6kg!!haiyooooo...
xtau cmne dah nak kurus..now berat dah 55kg dan ni n tinggi nad 153cm je..pendek kan?n gemssss...!!!
skang kalau kengkawan jumpe nad suem org mesti tgur..apsal gmok sgt?
aiyoooo..cmne nak kurius??share pls...

rowena ridzuan said...

Hi! 48 kg untuk 149 cm memang bukan kategori gemuk. Tetapi untuk orang yang pernah kurus memang tak selesa kalau berat badan bertambah 8 kg.

Saya pun dalam proses nak turunkan berat badan, sebab badan dah naik lebih 10kg start kerja. Stress agaknya.

Mula-mula diet tak nak makan nasi, tapi sekarang macam dah rasa rugi tak makan nasi. So saya pun start hiking!

Saya harap awak dapat hilangkan those 5kg!! Good Luck!!

Anonymous said...

Hello kakak. just found your blog and its fun to read your words :)

My name is sarah.

Nak tnya, me berat 40kg mcm zaman lama lama kakak dulu and rmai yg ckp keding lah cengkung lah apa lah and im not love to hear that.

so pls share mcm mana akak boleh from 40kg and naik berat badan thankssss :)

meo188 said...

nak join the club...

nak isi borang skrg jg :D

Google Analytics Alternative