Followers

Follow by Email

Wednesday, March 30, 2011

Konon Nak Bergurau Hal Cincin Tunang

As-salam beauty peeps!!

Last night, keluar dinner dengan Encik Tuney. Mood agak kurang baik sebab saya agak kemengantukan ketika itu. Mana tak mengantuk, petangnya berjogging lebih 3km. Tak sabar nak berjogging lagi petang ni. Okeyh sambung cerita, tengah makan tu mesti lah ada borak-borak kan? Dia duk cerita aktiviti seharian dan segala bagai and tetiba.....

Him : Ada kawan muay thai ajak gocoh. Dia duk tanya kalau nak terima cabaran dia. *gocoh di situ bermaksud lawan muay thai*

She : Haaa?? Tak boleh!!

Him : Sekali ni je. Please.....

She : U pilih nak fight or me?

Him : Fight. *ceaa dengan berlagaknya*

She : Ok fine. Take back your ring. *sambil buka cincin and kasi kat Encik Tuney*

Him : Alaaaa.....*dia tarik my hand and sarungkan balik cincin*

She : Kan dah tahu yang I memang tak kasi. Body builder punya tournament pun I terpaksa rela redha if u nak bertanding, tu pun atas alasan u nak cari market for your business.

Him : *buat muka masam sebab jawapan adalah muktamad*


Then lepas makan, Encik Tuney hantar saya ke rumah. Dan berlaku lagi perkara yang sama tapi cerita yang berbeza.  T___________T

Him : Nanti-nanti I kaya, I tak nak kasi duit kat u. *dia bergurau sebab saya nih sangat kedekut dengan beliau. memang pun, tak tau kenapa, memang saya kedekut dengan lelaki*

She : *gelak-gelak*. Owhh tak jadi lah nak kawin dengan awak. Nah ambil balik your cincin. *sambil keluarkan cincin dari jari dan kasi kat Encik Tuney*

Him : Betul nie? Sumpah tak nak cincin ni? *huhuhu. siap bersumpah tak tahan*

She : Kenapa nak kena sumpah-sumpah pulak ni? 

Him : Cakap dulu sumpah awak tak nak cincin ni. 

She : Saya tak nak cincin tu.

Him : Betul? Tak nyesal? 

She : *senyum tanpa kata apa-apa*

Him : *terus berlalu pergi dengan keretanya*

She : *still lagi menunggu kat bawah rumah kot-kot dia patah balik*


Memang sampai ke sudah dia tak patah balik. Ada lah sampai 15 minit menunggu. Konon ingat macam dalam drama tv3 lah kan. Then lepas tu call him berkali-kali, kali ke berapa entah baru lah dia angkat call. Saya gelak-gelak je sambil say sorry. Yer lah, actually nak bergurau je tapi tak sangka pulak sampai dia merajuk hati. Tapi masa menunggu dia tuh memang tetiba hati jadi sayu sebab cincin kat tangan dah tak dek. Rasa macam kehilangan sesuatu je. I don't know, but sangat susah nak explain the feeling. Masa on phone dengan Encik Tuney tu, dah nangis-nangis suruh dia datang hantar cincin tu semula. Sekali dia kasi ayat, "sebagai pengajaran untuk awak yang suka sangat nak menguji kesabaran kita". Lagi lah menangis meraung-raung. lol..... Dan sampai sekarang, cincin tunang still lagi dengan dia. Malam ni lah jawabnya baru boleh dapat semula. T__________T. Seriously, saya tak boleh tidur dengan lena. I want my cincin back!! 

Kesimpulannya, jangan buat main dengan hal-hal cincin tunang ni okeyh. Actually nak bergurau, nasib lah ending semalam tak jadi perkara yang diluar jangkaan. Kalau tak, bengkak mata lah jawabnya pagi nie.

9 comments:

Nadya Zahid said...

hahhhaa,u same mcm i...
i pon dulu kalau gaduh dgn tunang i..sllalu kuarkan cincin pastu ckp kt en tunang..nak amik cincin ni balik..hahahah :)

LisaLisut said...

haha.kalau tunang i dia kata OK,dia simpan terus.laki2 kdg sensitif tp kita tatau.

br beberapa hari lps i main2 kata cincin hilang sj nk tgk reaksi.sbb nk get attention kononnya. reaksi dia?

" oh ye ke?dh cr satu rumah?"->muka relax.

"takpelah nk buat mcm mana..dh hilang.."

i was like, eh ko tak nk marah aku ke?rupanya dia mmg semualajadi mcm tu.tak guna nk meroyan marah cincin hilang.bukan bole dpt balik.hoh.

so kalau hilang pn i sorg je la kot yg gila sorg2.haha

Super Nia Hana said...

huuhhuhking pun kenkadang dh warning awal awal

jgn uji dia selalu kalo tak dia fed up.
mcm kepantangan la

mcm kita la jugak kan
mcm org tak percaya or syg kita

~mspija~ said...

x elok tau main2 dgn cincin tunang..hehe..kan itu sbgai tanda. x moh buat lagi tau!

aNis LeMoN aBu said...

amy, i setuju yang 1st part tu. memang dia yang cari pasal. i sapot u! (plus, i plk yang hepi bila dia sarungkan cincin tu kat jari u. aww. so sweet! ;D)

tapi..

yang 2nd part tu, u da sedikit over the limit. so i sapot en tuney u.

pesanan penaja: sayangilah cincin tunang u tu. tapi paling penting, sayangilah tunang u ;)

~ NANA ~ said...

hihik dasyat jugak u ni ek main cabar2 camtu??? i x brani kot.. haha

tp mesti hati x tenang kan slagi dia x dtg balik? :P

rose said...

huhuhu..bab2 cincin ni mmg lelaki sensitiv kot..tunang sy pn mcm tu..pdhl sy tanggal jp je sebab rse x slesa jari mcm berpeluh..dah kne tegur..

sabar ek tgg cincin..pas ni ley tdo lena balik.. =)

nida-razak said...

huhu...cincin tunang ni sensitif...tambah2 org kata, banyak dugaan time bertunang..nnti benda kecik jadi besar..mcm cik rose ckp, lelaki mmg sensitif..tunang nida pon sma..ble call je, mesti dia tnya, cincin tunang mna..huhu...pasni, jgn tanggal2 da tau.. =)

Wawa Yusoff said...

kasarnye kamu bergurau.. :)

not good la dear. jangan buat lagi. en.tuney rasa tercabar tu..

by the way. take care anda sabar banyak2 kalau en.tuney kamu tu merajuk lagi :)

sweet la kamu ni :)

Google Analytics Alternative