Followers

Follow by Email

Saturday, December 31, 2011

To My Dearie Readers

{STICKY MODE ENTRY}

As-salam beauty peeps!!

Seperti tajuk di atas, to all of you yang selalu ke blog ini tapi tuan tanah iaitu saya tak pernah ke blog anda, sila lah tinggalkan your link. Kadang-kadang, ada di antara kalian yang disable your link kat your profile. Macam mana saya nak berbalas kunjungan kan? Ada di antara anda yang rajin tinggalkan komen, pendapat dan juga recommendation, saya amat hargai. So, sesiapa yang nak bertukar link dengan saya please leave your blog url kat kotak komen yer. ;)

To followers blog, thanks for following me. Blog ini hanya blog picisan yang tiada apa yang menarik untuk dijadikan contoh. Dan jangan lah anda bayangkan wedding saya sehebat orang-orang yang berduit. Wedding saya biasa-biasa sahaja, wedding saya akan diadakan di kampung jer you all. Insya-Allah.  ;)

Thursday, December 15, 2011

Year End Promo For Make-Up + Shoe

As-salam beauty peeps!!

Ada sesiapa yang masih mencari-cari MUA dan kasut untuk wedding anda? Why don't you grab my promo which is 2 kali mekap for solemnization & reception + wedding shoes = RM650. Kasut dapat terus yer kawan-kawan, bukan untuk disewa. Jika berminat, cepat-cepat lah book slot anda sebelum 31 December 2011. Anything boleh email terus ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com or boleh dapat contact number di Fb Absolutelygorgeous By Amy.


 Nak tengok mekap boleh ke Beauty Touch of Amyzalini


Nak tengok kasut boleh ke Fb Absolutelygorgeous By Amy

Friday, December 9, 2011

Her Wedding Theme

As-salam beauty peeps!!

Inspired the color by Wedding Inspirasi. Post tu tahun 2009 tapi saya nak guna for 2012. Suka hati lah kan, janji nampak cantik di mata. Color ni tak kira masa atau tahun, kalau ikutkan nowadays pun ramai yang guna color yang saya berkenan ni.


Dusty pink, champagne and dark grey.


Dusty pink, grey and tiffany blue.


Owh dan ini adalah color pilihan hati. Jenuh juga nak dapatkan coding color yang digemari ni. Those 3 colors memang my favorite all the times. Dulu pun decide colors pink-grey-white. Now sebab tak nak white, so kita replace with champagne color pulak.


Okeyh dah dapat warna theme, next is cari kain pula. Tapi if akad nikah baju pink and sanding pun pink macam tak best kan? lol.... Akad nikah nak dusty pink, and sanding kalau boleh nak elakkan diri saya dari wear the grey color. If encik tuney memang nampak smart with grey. But me yang kulit mendung berarak ni macam kurang kick. Any idea?

Thursday, December 8, 2011

Idea For Baju Nikah Please?

As-salam beauty peeps!!


Credited : Arma Wedding Couture.

I love chiffon silk. So, kain nikah dah ada tapi warna putih dan ianya berada dalam tangan so-called-designer, but he's missing in action. So, kalau tunggu dia muncul memang tak kan muncul-muncul dah coz ada client beliau yang dah buat report polis. Baju kawin tak siap sampai ke hari kawin you allss. Nasib la client dia ni dah buat back-up plan.

Back to the topic, baju akad nikah. Saya nak se'simple yang mungkin. Tak nak bling-bling sangat. Macam dalam pics tu pun dah kira niceeee sangat dah. So, lepas nikah still boleh pakai ke wedding atau any majlis. Tak dek lah rasa over top sangat nanti dan yang pastinya saya tak nak putih dah kali ni. Looking for pink. Boleh ke? Hehehehe.... Baru la kena dengan tajuk blog. Boleh tak macam tu? 

Agak-agaknya, kalau baju macam kat atas ni perlukan berapa meter kain yer? And lining apa yang tak mahal sangat tapi selesa dan cantik untuk chiffon silk?

Tuesday, December 6, 2011

Her 1st Make Up Class

As-salam beauty peeps!!

Last Saturday berjaya buat kelas mekap yang pertama kalinya. Bak kata orang, tak cuba kita tak tau yer dak? Alhamdulillah. Boleh dikatakan berjaya lah kelas mekap tersebut coz everyone was happy and enjoy the class. Hasil mekap mereka pun agak memberangsangkan juga.

Saya dijemput oleh Iza who is my blogger fren back then in 2007 to come to her house. Dia yang arrange everything, kumpulkan her mum and aunties for the class and even siap masak breakfast for us. Thanks Iza. 


Semasa sesi belajar mekap. Masing-masing dengan cermin masing-masing. Ekh comel tak cermin saya yang petak tu? Ala-ala vintage gitu. 


Hasil mekap oleh my students tapi macam tak nampak sangat la pulak, maybe terang sangat kot pencahayaan. Actually ada 5 orang tapi lagi sorang sibuk bersiap ke meeting dan lagi sorang pula dah kena masuk ke dapur.




Ni hasil from yours truly. Natural make up for day look. Thanks to Syira coz sudi jadi model of the day. Macam patung dah dia diam je sepanjang kelas. hehehehe...



Gambar before tak sempat nak snap. As usual, saya memang tak teringat nak snap photo. 


My next class is on 17/12/11 ni di Platinum Walk jam 2pm-6pm. Harga bayaran untuk kelas make over ni, RM50 sahaja. Hanya 5 orang sahaja per class coz saya tak nak ramai-ramai sangat takut nanti tak ter'handle. Now hanya ada 4 seats left. If berminat sila text or call saya yer 013-7694136.


Monday, December 5, 2011

Isu Tarikh Again.......

As-salam beauty peeps!!

My side dah decide tarikh, and nak dapatkan confirmation from his side. Encik Tuney memang bersetuju sangat-sangat dengan tarikh dari pihak kami but his family not agree with it. Katanya time tu macam tak sesuai and bla bla bla... Kesimpulannya ada yang tak bersetuju. And again, tarikh kena tukar lagi. And again, saya rasa malas dah nak pikir. Okeyh, sekian terima kasih. 


Gambar latest dari kami berdua. Hikss, suka tudung baru nie.

Wednesday, November 30, 2011

Busy To The Max - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Busy dengan mekap on weekends. Cu teka siapa yang bertudung brownish tu? Haaaa, tu Puan Zila Ziman kita. Will update soon pasal kisah kami bekerjasama nie yer. =)


While on weekdays pulak busy dengan kasut-kasut ku. And Mia pulaknya demam ajer memanjang. Nak tumbuh gigi dan nak membesar agaknya, so jadi SUPER MAK la pulak saya nie. Cu tengok betul-betul dalam pic ni, ada botol susu baby ok!! Ekhh, saya tak dek anak lagi, but Mia is my niece. Dah macam anak sendiri juga la. Dia demam tak lalu makan, saya pun x makan seharian sebab kesian tengok dia.

Wednesday, November 23, 2011

Mekap For Fashion Show - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


My mekap touch for all the models except for Lisdawati dan jejaka tersebut. 7 orang straight aways in 4 hours. Sangat berpuas hati dengan hasil sendiri. Ok bye. =P

Tuesday, November 22, 2011

Nak Belajar Mekap?

As-salam beauty peeps!!

Since ramai yang tanya saya ada buat kelas mekap ataupun tidak, so saya rasa yang saya harus kongsikan ilmu yang tak seberapa ni dengan rakan-rakan yang berminat. Yes, saya akan buat kelas mekap iaitu pada 10/12/11 bersamaan dengan hari Sabtu. Ada dua sesi which is boleh pilih nak sesi pagi 9am-1pm ataupun 2pm-6pm.

Saya hanya akan ajar basic mekap iaitu untuk me'make over'kan diri anda sendiri. Walaupun basic tapi teknik kena lah betul yer dak? Kalau teknik tak betul, muka nampak macam tak mekap je kan? Pakai bedak compact mahal-mahal pun tak nampak apa. Still berminyak jugak yer dak? Owhh, tu saya masa dulu-dulu la. Before pandai mekap. Now dah pandai mekap, jadi pemalas ya ampun lah pulak nak mekap diri sendiri. Hehehehe....

Jika ada yang berminat, so sedikit info untuk anda :


Tarikh : 10/12/11 - Sabtu
Masa : 9am-1pm @ 2pm-6pm
Lokasi : Platinum Walk, Danau Kota
Bayaran : RM50
Contact : mizzamyzalini@gmail.com


Limited seats only, now dah ada few yang bertanya. So, cepat-cepat booking your seat. =)

Wednesday, November 16, 2011

Her Favourite Touch - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Selalu sangat terlupa nak snap before the makeup. Tapi ni pun amik pic sebelum touch up tang kening. My bad. Asyik terlupa je memangjang. T_____T. Cantik tak korang? Hehehehe... =P
Visit my blog mekap Beauty Touch Of Amy Zalini

Tuesday, November 15, 2011

She's Getting Married!!

As-salam beauty peeps!!

Semalam, both parents dah berjumpa dan berdiskusi. Keputusan adalah, majlis akan diadakan semasa cuti sekolah bulan 3. I wish 09/03/12. I wish..... Tapi nak kena consider his side which is from PJ, mungkin ada yang kerja or anak sekolah, so maybe nak bertolak ke Besut petang Jumaat. Never mind, i dont even care about the date as long as semua orang setuju dan senang hati nak menjayakan the event. 

Since tak sampai pun lagi 3 bulan, of course lah nak booking OP,MUA, videogprapher yang best-best tu dah tak available. So, saya decide nak booking kawan-kawan je. Hopefully mereka pun masih available. Yang paling penting adalah, nak booking TOK IMAM/TOK KADI dulu before i book benda-benda lain coz takut nanti berebut tok imam la pulaknya. Hahahahaha..... Kata pun buat time cuti sekolah kan? Haruslah wedding berlumba-lumba. Adeh.... 

Monday, November 14, 2011

070112 - Less than 2 Months

As-salam beauty peeps!!

070112 tu apakah? 07 January 2012 yer kawan-kawan, bersamaan dengan birthday saya yang ke 28. Omo!! Dah tua dah beta. Dan tetiba, semalam Encik Tuney bbm "jom nikah". Beria pulaknya dia ber'bbm cerita pasal hal nikah bagai ni. Then, kemungkinan i'm back on track for my wedding preparation tapi simple-simple jer lah coz i dont have sooo muchhhhh money to spend on the wedding. Budget seriously ciput giler. 

Dan kemungkinan, which is tarikh ni tak discuss lagi with the both parents sebenarnya. Hopefully mereka bersetuju dengan 070112 ni. Tapi dalam masa less than 2 months ni, apaaaaaaaaaa punnnnnn tak dek lagi. Mampukah saya? Hope sangat segalanya dipermudahkan. Amin.............. 

Thursday, November 10, 2011

Jangan Jadi Terlalu Bridezilla Boleh Tak?

As-salam beauty peeps!!

Dah lama tak update blog kan? Padahal saya bekerja sendiri and have a lot of time to blog and all but then again, entah-apa-yang-jadi malas sangat nak update. Lagipun makin hari makin berkurang yang datang dan komen, so rasa macam bercakap sorang-sorang pun ya jugak. 

Btw, just a bit reminder to those yang bergelar bakal pengantin. Jangan lah terlalu obses dan terlalu fussy dan terlalu melampau menjadi bride to be. Ok, tak salah nak fussy coz semua orang pun nak perfect untuk wedding mereka. But then again, jangan lah sampai ke 'obsess'an anda mungkin  meyusahkan sesetengah pihak. Contohnya ialah menyusahkan vendor, adik-beradik dan mungkin parents anda sendiri. Ingat, wedding ni bukan anda sorang-sorang jer yang akan make it happen. Ianya melibatkan banyak pihak. So, sila lah tolerate sikit yer. 

Since 7 months saya melibatkan diri dengan dunia wedding, i means on wedding shoes. Memang macam-macam ragam yang saya jumpa. Tapi mostly semuanya baik-baik dan sangat tolerate in certain things dan senang bekerjasama. I love my customers, baik-baik belaka.

Just my nasihat dan tip untuk mereka yang bergelar bakal pengantin, if anda nak hantar email/sms to the vendors, jangan lah asyik nak update your latest 'angan-angan' once you dah proceed everything earlier. Bukan anda sorang je yang jadi customer/client to the vendors. Banyak lagi customers/clients yang diorang nak layan. So, sila lah jadi firm sikit dengan keputusan anda. Kalau nak tukar itu-ini masa awal-awal, like 6 months before the wedding, mungkin masih diterima. If tinggal 2 weeks from the date line, ingat ada orang nak layan ke? Memang anda yang bayar dan istilah 'customer is always right' tu pun memang betul, but then again, sila lah tolerate sikit. Dan silah lah beri kerjasama yang sebaik mungkin dengan vendors anda because if anda ni dah annoying awal-awal, ingat hasilnya nanti akan cantik ke? Mungkin hasilnya pun agak annoying untuk anda juga. So, be nice to people, and people will doing the same things too.

Enough for today. Just a bit reminder to readers and to myself. Kadang-kadang kita tak realize apa yang kita buat tu orang suka ke tidak. So, kalau vendors suka anda, mana tahu vendors tak berkira, so dapat lah gifts or whatnot on your wedding.

Friday, October 28, 2011

Videography Promotion By Motion Peektures

As-salam beauty peeps!!


Murah kan? Sangat tempting and the worse part is i'm still x decide my date lagi. kuikuikuikui.... Nak book tapi x dek tarikh, boleh ke? Ahaksss.... Visit their FB for more details.


Monday, October 24, 2011

Video : Pre-Wedd Yasmin Hani & Sha'arin

As-salam beauty peeps!!

Terkejut sesangat masa buka Oh!Bulan tengok-tengok si Sha'arin yang ensem dan si Yasmin Hani yang cantik tu dah selamat bergelar husband and wife. My Encik Tuney sangat suka dengan Sha'arin coz he loves with all of Black Rose punya lagu. Yes, Sha'arin ni bekas pemain drummer Black Rose dan juga ex-husband Ida Nerina. Siapa Black Rose dan lagu apa yang best sila dengar kat sini. My lovely song forever. Hiksss....  

Okeyh-okeyh, back to the title. Video pre-wedd mereka sangat sweet, harus share kat sini. Tersenyum-senyum sesorang saya tengok video mereka. Hiksss.... =)

Thursday, October 13, 2011

Real Wedding : Miza & Boy Garden Wedding

As-salam beauty peeps!!

Last weekend sempat ke wedding kawan saya si Miza, kawan saya masa bersekolah di MRSM Terendak. Beliau dan husband bercinta since form 4 di MRSM Jasin then further study di Dublin sama-sama and now dua-dua pun doktor dan berkihdmat di one of the hospital di Dublin. Haaaa, ni betul-betul berjodoh kan?


Pasangan yang secocok. I lover her mekap. Sangat-sangat natural.


Tema adalah garden wedding. Her dress sangat simple tapi sangat exclusive gitu.


Pengantin pun ber'photo booth. See the mekap, natural je kan? Tapi she look stunning.


Tuan tanah with Suzie and Fiza. Dah macam duduk dalam penjara je ekspresi muka. lol...


Garden wedding with chiavari chair + transparents canopy diselang-selikan dengan canopy biasa. Nice.


Sebelum balik sempat berborak sekejap dengan Kak Halina. Siapa tak kenal sila angkat keyboard? Ni wife kepada Dr SMS kita lah. And she was my senior back then masa bersekolah di MRSM Terendak. Masa akad nikah beliau pun saya diundang. Hahaha, sebab masa akad nikah tu ramai sangat orang.


Yang sedihnya tak sempat pun nak bergambar dengan pengantin. Yer lah, wedding malam then kat Putrajaya pulak nyer. Takut juga nak balik lambat-lambat. Sedikit info mengenai wedding ni kat bawah. 


Venue : Taman Botani, Putrajaya
Photo booth : Crazy booth by Loulpop

Tuesday, October 11, 2011

Her Current Fav Aerobic

As-salam beauty peeps!!

My blog readers ramai yang concern about diet and fitness. So, i just nak share my current favorite aerobic called as Tae-Bo. Apa itu Tae-Bo? Tae-Bo ni aerobic tapi nama dia adalah dari gabungan taekwando + boxing and nowadays fitness instructor dan mix kan dia dengan macam-macam benda. So, let's workout together-together, laju tau tapi 12minit 45saat ni pun dah cukup letih. T_____T 



Tengah buat entri ni sambil peluh-peluh sebab baru abis ber'tae-bo.


Saya adalah sedikit over sebab ber'hand wrap bagai. Kata nak buat shadow boxing, so feeling mesti kena lebih lah kan?

Friday, October 7, 2011

Tempahan Kasut Pengantin

As-salam beauty peeps!!

Sorry, ini mungkin dikategorikan sebagai entri iklan. Bukan tiap-tiap hari pun kan? Sebulan sekali pun tak jugak. Hehehe..

Btw, those yang mencari tempat untuk menempah atau custom made your wedding shoes boleh lah visit ke Absolutelygorgeous By Amy. So far, memang dah banyak design untuk dipilih malahan anda juga boleh provide your own design. Mana lah tahu kot-kot berkenan dengan kasut Christian Louboutin or any designer shoes tapi memang sah-sah lah berpuluh ribu harganya kan? So, Absolutelygorgeous By Amy akan realisasikan impian anda. Haaa, tak dapat pakai jenama CL, dapat pakai design macam CL pun jadi lah.


Puteri By Absolutelygorgeous By Amy


Sophie with roses


Rosie flat shoes.


Beside heels, Absolutelygorgeous By Amy ada juga buat flat shoes dan juga wedges. Untuk nak tengok more design dan info sila ke blog Absolutelygorgeous By Amy atau terus ke FB Absolutelygorgeous By Amy kerana dekat FB lebih banyak pictures.


p/s : ada tak sesiapa yang nak buat entri iklan produk or anything kat my blog? let me know ekh, then kita saling tolong menolong lah which is nanti you buat entri iklan my kasut pulak. Macam mana, ada yang berminat tak?

Fadhilat Al-Quran

As-salam beauty peeps!!

Di hari Jumaat yang indah ini, just nak sharing mengenai fadhilat membaca Al-Quran semasa kita. I know, semua dah tahu mengenainya cuma saja nak ingat-mengingati untuk diri sendiri dan juga readers yang selalu ke sini.


Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Hadith riwayat Tirmizi)

Ya-Allah, banyaknya pahala membaca Al-Quran, kalau kita dapat baca satu dua muka surat setiap hari pasti banyak pahala yang dapat dikutip kan? Saya rasa saya tak nak tunggu resolution 2012, right now juga saya nak berazam untuk membaca Al-Quran setiap hari. =)

Thursday, October 6, 2011

Mekap Bertunang RM150 & Mekap Pengantin RM250

As-salam beauty peeps!!

Tajuk siap letak harga, ok as a key untuk si peng'google. Kasi dia senang jumpa terus masuk my blog. lol.... Ok, actually just nak update kat blog ni yang saya dah start mekap pengantin. Yeeeaaayyy!! Alhamdulillah, last weekend berjaya mekap untuk pengantin dan juga bakal pengantin(tunang).


Mekap Kak Teri for her resepsi belah suaminya. Harap maaf lah yer sebab malam, kamera makcik ni kamera tepon BB ajer. Hahahaha....


Mekap Nabila for her engagement. She's one of the b2b blogger. Visit her blog ya.


Kalau ada yang masih mencari MUA boleh lah ke blog Beauty Touch Of Amy Zalini. Boleh tengok my portfolio kat situ yer. Last but not least, thanks to Kak Teri dan Nabila sebab put trust on me. Hope tak menyesal lah yer hired saya. Hehehehe....

Tuesday, October 4, 2011

Kasut Kahwin Memey

As-salam beauty peeps!!

Perkahwinan semahal RM12M, tak nak review ataupun gossip tentang perkahwinan mereka sebab saya tidak berminat nak ambil tahu cuma saya looking for her shoes. Jimmy Choo buat pulak tu, harus lah nak tengok kan?


Nama desgner tu macam susah plak nak baca, is it Ezwan Ismail? Picture sourced : Annas Easkey


Penuh dengan beads. Dari segi praktikal, macam tak berapa sesuai coz takut kang nanti kain melekat-lekat kat beads, yer dak? Kalau kat kampung, jalan atas tanah kang ada rumput-rumput kering yang melekat tak pun terheret. lol... 


Yang ni from Jimmy Choo. Simple jer, tak berserabut tapi harga tak tau lah berapa belas or puluh ribu. Owh lupa, ada pearl and must be from Reflesia so harga mungkin cecah ratus ribu.


Close up picture tak jumpa lagi setakat ni. Tapi nampak macam cantik and of course from Jimmy Choo. Ada pearl juga and it must be from Reflesia. Pictures sourced : Annas Easkey


Dari hasil google, itu sahaja kasut yang dijumpai. If sesiapa ada terjumpa design lain, boleh lah dikongsikan bersama. Mana tahu ada yang terminat nak buat design kasut from Jimmy Choo ke, then boleh dijadikan reference.

Monday, October 3, 2011

Inglot Cosmetic - Eyeshadow Review

As-salam beauty peeps!!

Pernah dengar jenama Inglot? Inglot ni actually baru je buka cawangan di Malaysia, brand ni from US. Kalau sesiapa yang selalu ke Sunway Pyramid, then maybe anda pernah terperasan akan kewujudan kedai ni.

Saya suka baca makeup review, then found out yang Inglot ni not bad juga coz Inglot ni boleh dikategorikan setanding dengan MAC dari segi kualiti dan juga pigmented. Mungkin MAC much more better lah pada pandangan saya.


Keterujaan kerana color for eyeshadow dia sangat banyak dan sangat heavennn... MAC pun tak sebanyak ni okeyh. Sourced piccas : Here.


Ini hasil rembatan di Inglot. 

Actually dia jual refill then casing tuh asing, dan ini namakan Freedom System which is kita bebas nak beli any colors and then put it in the casing. Harga for 1 color refill RM28, dan casing for 4 eyeshadow is RM27. So total lost for 4 eyeshadows are RM139. Kalau beli kat MAC for 4 eyeshadows are RM272. Dari segi harga, memang Inglot jauh lebih murah.



Hasil tenyehan di tangan sendiri.


So far, saya suka Inglot ni tapi mungkin saya suka MAC lagi. Hehehe... Now dalam proses nak try and test the product. Kalau best, saya akan keep review it once i buy another color soon.



Review from Marlena-Makeup Geek.




Siapa Pengguna Himalaya Purifying Neem Facial Wash?

As-salam beauty peeps!!

Tajuk adalah panjang tapi isi entri adalah sikit sebab just nak bertanya di kalangan readers ada tak yang pakai the same product as mine since I couldn't find it at my nearest drugstore. Adakah product ni dah dipupuskan ke? Dah 4 drugstores yang berhampiran saya terjah tapi none ado. T_____T


 Ni lah rupanya. Kalau ada ternampak kat mana-mana let me know ekh.


Dah nak masuk 2 years pakai dan sangat serasi dengan kulit saya yang sensitif + berminyak + berjerawat. Walaupun dia tak dek lah effective 100% tapi dia mengurangkan jerawat saya yang tebal. Now still berjerawat tapi tak dek lah seteruk dulu. Lagipun saya tak pakai complete set dia. Parut jerawat je yang susah nak hilang, entah lah kenapa.

Now macam nak nangis sebab dah seminggu saya hidup tanpa dia. Mana nak cari ni? Nampaknya terpaksa terjah kedai Himalaya yang kat OU tak pun KLCC semata-mata nak beli pencuci muka. Hope lah ada stok. Kalau tak dek, nampaknya kena lah cuba yang baru. T_______T

Wednesday, September 28, 2011

Her Business Card Design - Wordless Wednesday

As-salam beauty peeps!!


Business card ni actually buat utk both side which is belakang depan. Depan for mekap dan belakang for kasut. Esok nak pergi print bendalah kat atas ni kat opis my best fren some where in Setapak. Sorry yer, memang sengaja save dalam revolusi yang rendah.

Tuesday, September 27, 2011

Keterujaan!!

As-salam beauty peeps!!

Tak pernah ku sangka blog ni ada readers. Ingatkan membebel seorang diri since komen pun dah makin berkurang dari hari ke hari. Yer la, saya dah jarang blog walking melainkan jika ada yang datang mengomen then saya reply kunjungan. Takut orang kata kita sombong. If yang datang sini tapi saya tak komen blog anda mungkin kotak komen anda ada problem. Yes, saya ada pergi blog anda and better double check your kotak komen yer. Nanti saya pergi lagi dan komen. Hehehe...


Owh bukan pasal komen-komen yang saya nak perkatakan. Saya dah matured enough pasal hal komen-mengomen ni sebab itu hak masing-masing. Saya pun suka jadi silent reader juga. LOL... Then, yang saya keterujaan ni ialah, saya dapat catching up bilangan users yg online di blog saya. Tak pernah saya dapat catch seramai itu. Selalunya 13 macam tu jer. Then today baru perasan sampai dah ke 15 orang. Hikksss... Sukaaaa...


Suka!!


Ok fine, tu pun nak kecoh satu Malaya ke? Hehehe... Alah, kasi chan lah sikit nak feeling blog ni ada readers. And thanks to those yang selalu membaca di sini. Btw, korang lebih berminat nak saya bercerita tentang apa yer? Blog ni dah jadi blog 5 in 1 dah rasanya. Ke nak stick dengan pelbagai benda. Then, tak dek lah boring sangat kan?

Kim Kardashian Wedding Shoes

As-salam beauty peeps!!

Saya baru berkesempatan nak belek-belek blog Kim K. And I found about her wedding shoes. Sangat lah gorgeous and all of its were custom made from Giuseppe Zanotti.


3 pasang you allss... Source : Kim K


Yang ni dia letak beads bukan letak crystals. Nice kan? If nak tempah kasut macam Kim K ni, boleh lah dapatkan info kat Absolutelygorgeous By Amy.


Yang ni pulak dia buat closed-toe with crystal heel. Cantik kan? Owh if nak tempah kasut macam ni pun boleh juga ke Absolutelygorgeous By Amy.


Then last one, yang ni cuma plain sling back peep-toe. Tapi tetap cantik kan? Sources : Kim K


Monday, September 26, 2011

Make-Up Artist Untuk Sanding Memey

As-salam beauty peeps!!

Jenjalan di Oh Bulan, penuh gambar pernikahan dan persandingan Memey dan Norman. First thing yang catched my eyes is mekap. Memang cantik!! Owh puji mekap jer tau, bukan puji lebih-lebih dan tak bermaksud saya suka dengan Memey. Tapi saya suka tengok mekap beliau dari drama-drama lagi. Memang cantik ajer.


Siapa setuju yang mekap beliau cantik, sila angkat keyboard? Source : Oh Bulan!


Make-up Artist yang memekapkan semasa pernikahan dan persandingan Memey ni adalah Tiar Zainal. Memang superb lah, i likeeeee. Rate beliau saya tak sure lah pulak. Ada sesiapa tahu? Boleh dikongsikan bersama, mana tahu ada yang berminat nak hire beliau yer dak?

Friday, September 23, 2011

Her New Style

As-salam beauty peeps!!

Tajuk adalah tak boleh blah. Style lah sangat kan? Hahahaha... Btw, before raya hari tu memang saya sibuk nak beli tudung/shawl kat entri ni. Then, google sana-sini sekali tertarik pada jetcirclescaft by Yuna. Then, sebelum raya tu siap pergi beli 2 kali kat kedai Yuna di Subang Jaya.


Inilah hasilnya. Both scaft from Jetcirclescaft by Yuna. 


Ni pun from Jetcirclescaft. Easy to wear, tak perlukan brooch or any pin pun. Scaft tu susah nak terjatuh unless ditiup angin yang kuat then dia jatuh lah ke belakang.




Jetcirclescaft ni dia ala-ala macam kain batik. Cuma dia shawl yang telah dijahit. So selain pakai macam saya kat atas tu, dia juga boleh dipakai as turban. Boleh tengok tutorial dari Yuna cara pemakaian turban menggunakan jetcirclescaft ni kat sini.




Dengan kekreatifan sendiri, cari shawl yang cantik-cantik then hantar kedai jahit suh dia jahit macam jahit kain batik then taddaaa... Seperti gambar di atas adalah bukan dari kedai Yuna. Tapi shawl ni ketebalan sikit so kureng sesuai, maka nya saya pakai time malam-malam sahaja or jika ke tempat ber'aircond since Malaysia is hot babeyh.


Btw, i love the satin inner too. Satin inner tu bukan dari kedai Yuna but from Tudung Mel. Now, saya ada 3 inner tersebut but i think i need to buy more especially black inner sebab warna lain macam kureng sesuai dengan saya. =)

Thursday, September 22, 2011

Video : Danny X-Factor & Lin's Solemnization

As-salam beauty peeps!!

Ramai-ramai artis, rasanya Danny ni yang paling low profile bab kawin. Tak dek lah sampai kecoh semalaya orang sponsor juta-juta. Tapi tetap kawin juga. Solute lah kat dia. Very humble and simple solemnization. Selamat pengantin baru buat Danny dan isteri.


Her Kinda Sexy Lipstick!!

As-salam beauty peeps!!

Entri semalam kan beria-ia nak beli lipstick MAC Kinda Sexy kan? Then, time lunch keluar ke Sunway Pyramid so dah alang-alang kat Sunway tu terus lah ke kedai MAC. 


Finally!! Dapat juga. 


Taddaa!! Ini lah hasilnya. 


Oleh disebabkan nak mekap si Suhada ni for her dinner event terus laju-laju pergi beli lipstick kinda sexy. So that boleh try test tengok hasilnya macam mana. Tapi before that dah minta permission tuannya nak try test dulu tengok sesuai atau tidak, if tak sesuai kita topup with red lipstick color sikit. Dan hasilnya tidak menghampakan saya, tak perlu topup apa-apa since ianya memang nampak pink natural. Kulit Suhada ni sama like me which is kalau produk MAC NC42-45(geng-geng kulit gelap).

Btw, kalau nak tengok hasil mekap yang lain boleh ke blog saya Beauty Touch Of Amy Zalini. Kalau sudi nak follow, sila-silakan lah yer. =)

Google Analytics Alternative