Followers

Follow by Email

Tuesday, November 30, 2010

Clear Acrylic Sheet As Kotak Hantaran

Salam peeps!!

Pagi tadi saya baca blog Cik Syahira, tetiba bersemangat balik nak jadi product designer. Tak sure apa yang saya teka dalam blog beliau tuh betul ke tidak. Tapi harapnya entri ni dapat membantu sesiapa yang sedang mencari idea yang sama.


Hantaran designed by Arma Couture. Ramai yang called it kotak kaca kan?


Sekali imbas, memang ianya macam kaca. But tak sure, if Arma Couture betul-betul buat dari kaca. Logiknya, kalau ianya kaca harus berat lah kan, dah lah hantaran ni nak kena angkat-angkat bagai. Memang tak practical. So, sebagai penganti kaca kita boleh buat dengan  menggunakan clear acrylic sheet or dalam bahasa budak-budak product design ialah 'perspek'.


Nih lah rupa 'perspex' or acrylic sheet. Ringan, mudah dipotong dan mudah di glue. Dan ianya juga boleh di bend tapi kena guna heating tool. Kot-kot nak buat selain dari kotak segi empat, boleh je nak buat macam segi tiga or half round. =P 


Where to find the acrylic sheet? Kat area KL, tak sure sangat but my all time favorite place is Multifilla which is somewhere in Balakong. Di celah-celah kilang tapi tak sangka ada kedai art yang agak 'wooowwww' for me. If i'm not mistaken, art students from all over Malaysia, sanggup datang jauh-jauh untuk mendapatkan bahan 'bacaan' mereka di situ. Salah satu sebabnya, maybe agak murah berbanding tempat lain.

Macam mana buat kotak with acrylic sheet ni? Saya tak reti nak explain because i don't have any piccas on how to make it. Kalau explain without piccas, macam susah nak paham kan? So, boleh layan youtube nie untuk dapatkan idea macam mana nak cut dan glue. Sebab dua proses tuh je yang perlu dilakukan.


Cara-cara nak cut the acrylic sheet. Macam-macam method yang ada, so pilih method yang paling senang nak jumpa which is using the cutter. Make sure potong sambil ada guide line and supported by ruler. Steel ruler is better. 


Glue pula, kalau tak jumpa acrylic cement macam dalah video nie, gam gajah yang cair tuh pun boleh lekat juga. Tapi make sure tanya dulu kat kedai yg jual acrylic nie, gam apa yang better. Kang tak pasal-pasal tak lekat 100%.


Sesiapa yang berjaya buat, nanti sila buat entri yer. Jangan lupa let me know. Nak tengok jugak hasil d.i.y kawan-kawan. Selamat mencuba you allsss.........

Perbincangan Anak-Beranak

Salam peeps!!

Last weekend, my parents datang ke KL. So, tak lepaskan peluang yang ada untuk membincangkan hal majlis saya nanti. Banyak lah juga isu-isu yang dikeluarkan especially bab-bab bilangan tetamu dan juga budget untuk jamuan makan kepada tetamu nanti. Bilangan tetamu, mungkin agak ramai. Bab tetamu saya memang tak amik tahu kerana semestinya tetamu yang pergi adalah sanak-saudara, jiran sekampung dan juga sahabat handai kedua ibu-bapa saya. My friends pula, kemungkinan yang pergi ke sana (Jerteh, Terengganu) tak sampai 20 orang pun. Hope lebih lah 10 orang, kalau tak, saya mengamukkkkkkk dengan diorang. Merajuk tak nak kawan. Boleh tak? Hehehehehe..... 

Bab yang paling saya tengah risaukan adalah hal-hal berkaitan dengan kanopi. My mum insist nak sewa kanopi dengan kawan beliau. Ok, saya pun tak kisah jika dia nak sewa dengan siapa sekali pun. Tapi kawan my mum ni sebenarnya baru-baru nak buat business kanopi nie. Dan saya takut nanti, apa yang saya nak, dia tak boleh nak buat. If awal-awal cakap tak boleh nak buat, tak per lah kan. Let say, sehari sebelum majlis or on that day dia kata dia tak reti buat. Memang haru lah kan. Nak marah lebih-lebih, kawan. 


 Basically apa yang saya nak adalah seperti piccas di atas. Basically je tau, and some other part nanti saya akan D.I.Y. So, yang selebihnya tu tungguuuuuu.....


So, ayah saya pun sama dengan saya. Tak berapa setuju nak amik risiko. Saya awal-awal lagi memang nak settle kan hal kanopi nih. I mean, if saya yang bayar, maknanya mereka harus menerimanya. If saya nak itu-ini tapi diorang yang bayar, memang kena bebel selama 44 hari lah jawabnya.

Part yang mengujakan, kemungkinan ayah saya willing nak tanamkan rumput carpet di kawasan rumah saya. Sangat excited. So, baru lah boleh feel garden wedding sikit. Even dekat rumah dan di kampung, siapa kata tak boleh buat kan? Hope sangat ianya menjadi nanti. Dan kena double confirm dengan my atuk, adakah pada waktu itu musim padi baru nak masak. Kalau tak, memang menghijau lah area rumah saya. Rumah saya kat tengah-tengah sawah. ;)   

Part yang sangat tak best adalah, saya mungkin akan bercuti lama untuk majlis saya nanti. So, kemungkinan besar saya akan ambil cuti tanpa gaji. Sangat lah sedih................ Lepas kawin, tak dek gaji lah weyhhh!!! Dan boleh pulak, Encik Tuney buat request, dia tanya boleh tak kalau saya berhenti kerja. Double uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... T______T  

Monday, November 29, 2010

Baju Yuna Di Shout Award

Salam peeps!!

Saya tak sempat nak tengok shout award that day. Tapi terpandang gambar profile Syomir Izwa, Yuna pakai baju yang di design by him. Terus macam, owhhh keterujaannya saya. Dan terus, nak kurus macam Yuna boleh? Syomir punya kelebihan ialah, boleh kasi nampak orang tuh kurus agaknya. Dah dua orang terbukti penghasilannya yang sebegitu. So, mari lah kita layan gambar-gambar Yuna untuk hari ini.


Tak tahu exactly nama untuk pakaian ini but the seluar tuh harem pants kan? Tapi memang sangat cantik menarik dan tertarik. The shoes also.....


Combination color yang sangat lah nampak Yuna looks stunning. Tak silap, harga baju tersebut RM1410 while the shoes RM550.


Nak buat birthday wish list boleh tak untuk baju tuh? Syomir Izwa dah amik order for spring/summer 2011. Agak-agaknya Encik Tuney pengsan tak dengar? Hahaahahahaha.....

Friday, November 26, 2010

Once A Week Harus Jalan Laju-Laju

Salam peeps!!

Apa lah yang jalan laju-laju nie ekh? Hehehe.. For those yang close to me dah sedia maklum yang saya ke ofis berjalan kaki dari LRT Ampang Park. Jarak perjalanan pergi dan balik dalam 2KM. Bunyi macam tak jauh, tapi cuba lah berjalan laju-laju sure berpeluh-peluh hoookeyhh.... *kes jalan kaki ni sebabnya nak simpan duit utk kawin.*




Ramai yang tak sedar dengan cara berjalan kaki boleh membuatkan lemak di dalam badan kita di'burn. Tapi bukan dengan cara berjalan slow motion macam nak pergi pilih ikan di pasar yer. Kena berjalan dengan laju-laju macam ala-ala slow jog dan make sure macam tercungap-cunggap. Jalan laju-laju nie dah macam kita melakukan aerobic dan oleh sebab itu dia boleh membakar kalori dalam badan kita. Even ianya bagus untuk jantung kita juga. Tak reti nak explain in details but i'll make sure my other half blog will update about it soon.

Oleh sebab itu, those yang nak kurus dan save budget for your wedding day, you peeps can try this for at least 3 times a week. Jalan dalam 10-15minutes = 20 ++ kalori berjaya di'burn. If 3 times a week = 60++ kalori. Tanpa kita sedar, dalam sebulan silap-silap boleh turun berat badan. Tapi dengan syarat burn dalam 7500 kalori dulu lah, baru lah hilang 1kg. See, berapa banyak kalori kan? Penat jalan pun baru 20 kalori yang burn. So target lah berjalan hari-hari dan berdiet. So that, lagi cepat boleh burn dalam 7500. 

Okeyh lah kawan-kawan, hope entri nih boleh bagi some idea and inspiration untuk menguruskan badan. Pada yang mampu, mungkin boleh cuba buat personal training. Sekali session, dalam 500-700 calories burnt. So, dalam sebulan memang dah boleh turunkan  1-2kg. Contoh terdekat dan anda boleh lihat adalah The Biggers Loser. That's how personal trainer train you. Tapi diorang memang sepanjang masa dalam 3 bulan tuh training and training tak berhenti-henti. So logik lah losing 20kg and above. 

Thursday, November 25, 2010

Resipi Fruit Cocktail

Salam peeps!!

Last Monday, saya bawa fruit cocktail ke ofis sebabnya kami ada sesi port luck. First time buat fruit cocktail nie dan Alhamdulillah, ianya menjadi. Siap ada yang puji cakap sedap dan ada yang tapau buat balik rumah. Hehehehe..... Okeyh lah, tak nak merepak banyak-banyak. Mari kita mulakan sesi main masak-masak untuk kali nie.



Bahan-bahan (untuk 5-10 orang) :
1 tin fruit cocktail 
1 tin nata de coco
1 1/2 tin susu cair
1 sudu tepung custard

Cara-caranya : 
1. Panaskan susu cair tersebut dan masukkan 1 sudu tepung custard. Kacau sehingga sebati dan pastikan api dalam keadaan yang perlahan. Tunggu sehingga mendidih.

2. Biarkan ianya sejuk dahulu, lepas tuh boleh campurkan fruit cocktail (dan airnya sekali) dan nata de coco (dan airnya sekali). 

3. Untuk kasi lebih kick, masukkan ais. Memang sedap.... ;)


If nak masukkan puding ke dalam air tersebut pun best juga. Cuma panaskan secawan tepung custad + air secukupnya (jangan terlalu banyak air nanti lambat nak likat). Gaul-gaul sampai lah dah betul-betul likat dan berkilat. Then, sejukkan ia ke dalam bekas. Lepas tuh, hiris dadu tapi jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. *gula, depends pada citarasa masing-masing. if yang suka manis-manis, boleh tambah gula masa ianya dipanaskan. pada yang tak suka pada manis-manis sangat, no need gula sebabnya air nata de coco dan fruit cocktail mmg dah terlalu manis.*  

Wednesday, November 24, 2010

Bila Nak Ke Spa Nie?

Salam peeps!!

Tadi saya borak-borak dengan my colleague, biasalah perempuan borak mengenai isu-isu kecantikan. So, tetiba isu spa pun dimasukkan sekali since saya punya plan nak ke spa still tak menjadi-jadi lagi nie. Nak lah juga rasa badan dimanja-manja. Kuikuikui.....

So, google lah spa-spa yang berdekatan. Sekali semua keluar yang mahal-mahal pulak. Ke memang harga spa macam tuh? Hahahaha... Buat malu je nokss. Okeyh-okeyh, let me senaraikan spa yang saya rasa macam best tapi tak tahu lah sebenar-benarnya best ke tidak. If ada sesiapa yang nak buat review, you are most welcome. ;) 




- Kapas Beauty & Spa 
Dataran Glomac Kelana Jaya

- Qaisara Spa & Beauty Salon
Perdana Business Centre, Damansara Perdana

- Khareyana Spa - (selalu lalu depan spa nie sbb dekat je dengan rumah nenek Encik Tuney, memang nampak macam luxury. now diorg tgh buat promotion, apa lagi....)
Petaling Jaya

- Kamphora Spa
Taman Dagang, Ampang

Jalan Pinggiran, Batu Caves
  

Nih bukan promote yer, nih sebagai rujukan buat diri sendiri. Senang nak cari nanti jika terbuka hati nak ke spa. If dah pergi kat mana-mana spa, nanti saya buat review yer. Or any other spa yang nak di recommended?

Tuesday, November 23, 2010

Things To Do For December

Salam peeps!!

Lagi berapa hari je nak masuk bulan 12, then nanti masuk tahun 2011. Tick-tock-tick-tock, sampai bulan September next year. Huhhuhuhu..... Preparation semuanya dalam kelajuan 10km/j. Tak pecut sampai 120-140km/j pun lagi. Harus lah slow-slow sebabnya duitkan kumpul monthly. Kesian..... T_____T

So, bulan 12 nih macam banyak benda nak kena buat. Sebabnya kalau dah masuk bulan 12, means lagi 9 bulan je lagi. Bunyi 9 bulan tuh macam lambat je lagi kan? Tapi kalau boleh nak lambatkan lagi sebabnya banyak je tak prepare betul-betul. Boleh tak macam tu?




Things to do :

- Cincin for me and him (orang kata harga emas turun time Christmas nanti, orang kata lah betul ke tidak tak tau lah pulak)

- Meet the designers (kena depends on our budget)

- Hantaran for him - Watch

- Booking for pre-wedding photoshoot (takut price naik dah for 2011) 

- Design pelamin and living room - design 2D je cukup lah, tak kan nak buat 3D rendering kot. pppffftt...

- Design bilik pengantin - nih pun buat 2D je. this one mmg akan jadi simple-sesimple nya since keluasan bilik adalah tahap 3-4 orang je boleh masuk. LOL...


Tarik nafas, hembus nafas. Macam banyak lah pulak nak kena buat. Huhuhuhu.... Hopefully manage to settle all of its before 2011. Masuk 2011, kita pikir bab-bab door gift pulak. Yang tuh not bad jugak nak spend nih. ppffffttttt.....

Monday, November 22, 2010

She's Prefer Authentic Rather Than Replica

Salam peeps!!

Semalam pergi rumah nenek si Encik Tuney, then his auntie beria tunjuk replica handbags to me. Dia nak habiskan stocks yang ada. Memang lah menduga jiwa dan perasaan tapi its all fake and i think the grade pun yang A jer kot bukan yang AAA or totally mirror image. Sebabnya zip, part-part yang ada besi macam dah berkarat and stitching part pun macam obviously tak elok. So, i just said yang saya baru je beli 2 handbags masa raya hari tuh. And even right now pun pergi ofis bawa bag pack jer. LOL.... 

For me, i don't really tooooooo excited with designer handbags since I know that I couldn't afford to buy it. Boleh je nak beli but I need to saving the money about 2-3 months. And bear in mind, saya ni kedekut bila bab-bab nak beli yang mahal-mahal over than 300 and above. Unless someone willing to pay for me, then saya dengan berbesar hatinya lah akan merimanya. 

I know, entri ni mungkin akan buat certain of you terkecil hati ke apa, but it's just my two cents about the branding and all. Ramai yang suka beli yang imitation of popular high-end designer handbags, sebabnya nak mengikut peredaran arus fashion tapi not for me. Saya lebih rela beli yang jenama biasa-biasa yang semua orang mampu beli such as Vincci, Seed, Carlo Rino, Charles & Keith, Guess and Nine West. Kalau Guess dan Nine West pun beli time sale jer. 


I want !! I want!! *sedar diri ke tak nie? sila lempang skit...*


Siapa tak teringin nak ada LV, Gucci, Dior and etc.. I think, semua perempuan pun mengidam nak ada for at least sebijik lah kan? Tapi, tak semua orang mampu untuk memilikinya unless buy the replica. Yang replica nih pula ada macam-macam grade kan? Kat PS memang berlambak je, memang menduga jiwa dan raga tapi nasib lah selalu remind myself yang I better get Charles & Keith. Harga yang tiru-tiruan ni pun not bad jugak, RM100-200 kan? Pastuh part zipping and stitching memang hancus. Lebih baik lah beli jenama Malaysia such as Vincci, and Seed. Puas hati juga lah kan sebabnya sah-sah lah original.

Lain orang lain pandangan, so sesiapa yang terkecil hati harapnya maafkan saya. It's just my two cents yang tak paham erti designers handbag ni. I'm just an ordinary peep dan berkawan pun dalam golongan mereka-mereka yang biasa-biasa juga. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya lah selera, dan ukur baju biarlah di badan sendiri. *Peace*   

Sunday, November 21, 2010

His Second Move

Salam peeps!!

I'm so happy since my other half is no more stress and on. He enjoys each day macam tak dek apa-apa masalah pun sedangkan lagi 10 bulan nak kawin. And yes, saya yang stress takut tarikh kawin kami ditunda ke suatu tarikh yang belum diketahui. Why? Because he's too excited with his business and gym, so dia banyak laburkan duit simpanan beliau ke situ. T_____T. Mak(refer to me) rasa dah separuh nafas dah nie tapi I don't want to push him. As long as he's happy and work hard for our future too.

To my readers, those yang email asking about the boot camp and personal training, you peeps can visit this website. Hope you can understand pasal fitness. And ada testimonial di situ, so sila click dan lihat sendiri testimonial tersebut. 

Pada yang berminat dengan kick boxing dan muay thai, boleh ke website ni. Boleh mendapatkan pemahaman tentang muay thai fitness itu sendiri. Some people think, it's for fight, but then again tak semestinya untuk fight sahaja. Untuk mendapatkan tubuh yang langsing pun boleh juga. Trust me. ;)   

To my Encik Tuney : I will give you my 100% of moral support in what ever you want to do unless your love is still strong for me. Insya-Allah, everything will goes well with all the doa yang penting kita tak lupa pada DIA yang satu. 

Okeyh lah, happy weekend all. Nanti saya pergi buat sesi lawatan ke blog anda pula yer? Too busy lately nie. ;) 

Saturday, November 20, 2010

Sesiapa Nak Kurus Dengan Cara Yang Sihat?

[STICKY MODE ENTRY]

Salam peeps!!

Entri kali ni berunsurkan iklan sedikit. Memandangkan ramai yang baca blog ni dari kalangan B2B, so why don't i just spread the news kan? Lagipun untuk kebaikan bersama. Bukan untuk bakal-bakal pengantin sahaja yang nak kuruskan badan kan? Yang sudah berkahwin sudah pasti lah nak mengekalkan bentuk badan yang menawan demi suami terchenta.

Ramai di antara kita yang suka ber'jogging' dan pergi ke gym. Tapi tak kurus-kurus jugak kan? Saper yang menghadapi masalah yang sama sila angkat tangan? Same goes to me. Hehehehe.... Yang sebenarnya kenapa tak menjadi workout yang kita buat tu sebabnya cara kita tak betul. Nak kurus bukan senang, kecuali makan hati hari-hari sure boleh kurus. Tapi saper nak makan hati hari-hari kan? So, kalau dekat gym, diorang memang sarankan untuk meng'hire' personal trainer bagi merealisasikan impian untuk kurus or untuk fitness or untuk muscle toning. Tapi harga personal training di gym sangat lah mahal, selalunya 12 sesi iaitu dalam tempoh sebulan mencecah RM1200-1500. Tak termasuk monthly membership punya harga, selalunya dalam RM150-RM170. So sebulan dalam RM1350-1670. Nak kurus, selalunya makan masa 3 bulan. Sebulan pun boleh, tak mustahil tapi dengan syarat tak makan nasik for one month. Boleh ke??? Diet memang kena betul-betul dititik beratkan. Dan personal trainer akan pantau corak pemakanan anda juga.

So, if sesiapa yang nak buat personal training tapi within your budget you peeps can contact me now. Nak lebih murah lagi, boleh buat personal training in a group of maximum of 5 peoples. Boleh ajak kawan-kawan ataupun keluarga while tempat dan masa boleh ikut keselesaan anda. If dalam grouping, just only RM250/per person and you get 12 session means 3 times per week. Murah banyak okeyh berbanding nak bayar PT kat any gym in Malaysia. For your info, workout in group sebenarnya lebih effective jika dibandingkan berseorangan. Dan workout kat outdoor pun much more effective rather than terkepung dalam gym. Berminat or any other inquiries? Boleh email terus ke saya kat mizzamyzalini{at}gmail{dot}com. I will give you the trainer phone number. Nak tayang kat sini macam kureng sesuai pulak kan. 


 One-on-one training. 


In group training.


So peeps, selain berdiet, workout juga penting untuk kekalkan bentuk yang cantik. If berdiet sahaja, nanti certain part kat badan kita tak firming betul-betul. So, kulit yang lebih tuh nanti buatkan ianya lebih tak cantik. Sebab tu ada yang sanggup buat laser treatment untuk tegang-tegangkan kulit. Much more costs kan? So, lebih baik guna cara yang semula jadi dan the best thing is good for your health too. Jom-jom!! And please spread the news to your frens of frens too ya!! ;)


Sales Is Everywhere Peeps!!

Salam peeps!!

Today dah start YES kan? So, it's time to shop for the barang hantaran and so on. Me? Already bought mine last weekend. Now just looking around for his stuff pulak. And those who are looking for coach, ada berita baik since coach is on sale right now. Hehehehe.... 


 Sale start from 19 November till 1 December.

 
Luxury sale start from 22 November-24 November 2010.

Brands Offered 
- Jimmy Choo
- Charles & Keith
- Shanghai Tang
- Coach
- Chloe
- Pedro
- Samsonite
- Fragrance
- Naf Naf
- Bugatti
- Salvador Dali
- BHPC
- Disney (kids’ fragrance)
- and more

Products Offered 
- Luxury Watches
- Perfurmes & Cosmetics
- Shoes
- Fashion Apparels
- and much more


Harap-harap ada jam lelaki dan harap-harap si dia tak mintak yang bukan-bukan. Dan harap-harap ada yang mampu dibeli. LOL.....

Tuesday, November 16, 2010

Kad Kahwin Design By Me - Part 1

Salam peeps!!

Busy-busy buat design katalog untuk ofis, tergatal tangan design kad-kad kahwin lah pulak. And of course, my design is more to modern or english style. Design je moden tapi jati diri masih tersemat kukuh dengan ciri-ciri gadis melayu. Ceeewaaahhh...... 

So, mari lah kita lihat design-design yang tak seberapa dari saya yang buta graphic ini. Butttt.... if ada yang berminat nak design-design yang dipamerkan kat bawah ni please let me know. I will give you my illustrator file but you need to pay me sikit lah around RM10-15 sahaja. If nak amik jpeg or pdf file, free of charge sahaja. Hehehehe.... 


Kad-1. Bride tuh terseksi sikit. Oppps, kena tambah kain dan pakaikan dengan tudung baru betul nie. Tak per, 1st idea kan. ;)


Kad-2. Simple je but the border tuh macam trend je sekarang nie.


Kad-3. Berkonsepkan birds.


Actually ada few of my besties requested to design their thank you tag, and banner. Dah dua kali berjaya tolong kawan-kawan. And ada lagi satu request untuk bulan Januari ni. Hope she will like it since saya pun tengah excited mendesign untuk diri sendiri. Hehehe....

Okeyh lah you all, if ada yang berminat boleh email me mizzamyzalini{at}gmail{dot}com. Will update soon with a lot more designs. ;)

Monday, November 15, 2010

Blackberrry Media Card Error?

Salam peeps!!

Semalam, tetiba je memory card blackberrry saya tak boleh nak read. Maybe salah satu sebabnya adalah kerana suka-suki je main install link-link yang di forward okeh kawan-kawan bbm. So, pengajaran dari situ adalah jangan sesekali klik or install any other application yang dirasakan ianya agak cool. End up, memory card ku yang cool dan keras kejung.
So, google sana-google sini, found out yang media card error boleh dibaiki tanpa perlu format dahulu card tersebut. Mana tahu kot-kot boleh diselamatkan, kalau tak banyak kot gambar-gambar yang belum sempat di back-up.




If it happen, you can try do this :
 
1. Connect your phone to your PC and enable Mass Storage Mode. Do not run Desktop Manager 
2. Open My Computer on the PC and right mouse click the BlackBerry disk   
3. Select Properties  
4. Select Tools and then Error-Checking.  
5. Check BOTH boxes and then Click Check Now 
6. The utility will now check the BlackBerry Media Card
    Remove the Media Card from your phone and put it into an adapter and plug it into the PC. Repeat steps 2 - 6.

    If this does not work, then copy all the data from the card (while it is connected to the PC) and then Format the Media Card in the BlackBerry - not in the PC.


    How to Format? Go to Options (in your blackberry), Media Card, Press Menu and select Format Card. - Thanks to Crackberry for the tips.


    Hope it will help to those yang alami nasib yang sama. Mine works well and tak perlu format ke apa. Syukur sangat. Kesimpulannya jangan install application yang entah apa-apa such as facebook chat yang telah saya cuba that day. Padahnya jadi lah macam gambar kat atas tuh. ;) 

    Merajuk = M.A.C For Hantaran Done

    Salam peeps!!

    Last Saturday ke KLCC, memang meriah dengan sale sana-sini. Plan nak jenjalan membawa hati nan lara sebabnya sang tunang terchenta terlalu busy dan telah mengabaikan saya. T_______T 

    Sedih tau, sebabnya we both selalu berjumpa. Boleh dikatakan everyday jumpa, suddenly for this few weeks dia busy sesangat. Biasa lah, baru-baru nak bertatih dengan business sendiri but then saya amat-amat lah kecik hati. T______T . Okeyh-okeyh, saya salah sebab saya yang terlalu sensitif sedangkan beliau tengah bertungkus-lumus untuk kesenangan dalam hidup especially for me. Tapi at the same time, saya merajuk-merajuk dengan beliau. My bad!! T_____T 

    So, oleh kerana merajuk ku melampau-lampau pada hari itu, saya telah membawa diri ke KLCC untuk mencuci mata dan self-therapy. Makanya, jalan situ-jalan sini, M.A.C telah mencurit hatiku nan lara ini. At first memang nak beli brushes set sebabnya tengah ada promosi special edition. Memang berbaloi-baloi dalam RM250. If not untuk set brushes tuh maybe more than RM500. Ada 3 jenis set yang berbeza dan ketiga-tiga itu mengiurkan saya. T_____T 

    Then, teringat yang Zila Ziman nak buat kelas make-up. Terus terdetik yang saya perlu beli apa yang patut untuk persediaan ke kelas beliau.So, belek itu-belek ini kat M.A.C, sekali saya telah berjaya shopping till drop. T_______T 

    Elok-elok lepas shopping, dah masuk dalam kereta boleh pulak terdetik, apakah yang sedang berlaku ini? I'm getting married soon and i've spend my money for few hundreds just because of merajuk with him? Giloshhh..... Dan-dan tu saya call my best friend and asked her logik tak beli barang make up sekarang untuk buat hantaran? And thanks god, dia bagi respond yang positif which is logik je if I tak usik langsung and let it be in the box. Hahahahaha..... 

    Tak pasal-pasal dah terbeli barang make-up untuk hantaran, sedangkan at the first place memang tak terdetik untuk dibuat hantaran. Terlalu awal rasanya nak beli barang make-up. But then, duit ku melayang banyak lah jugak on that day and I need to claim it back with him. Hehehehe.... 

    Apa lah yer agak-agaknya? Ada 5 kotak which is I think ada 16 different items ke semuanya. So, memang berbaloi if beli yang special edition ni. 


      I love the brushes more than others. Lalalalalala.... Sila dapatkan segera sebabnya brushes from M.A.C memang laku macam pisang goreng. For more info and detail please click here. I'm waiting for chapter 2 soon. Will grab another set of lipglass. Pengsan.


    Now, bila dah decided untuk dibuat barang hantaran, terus tak sure nak pergi kelas Zila Ziman ke tak? Haahahahahaha.... Nak pergi tapi barang tak complete unless saya guna bahan-bahan yang dibeli itu. LOL..... Tapi kalau buat hantaran, nanti-nanti memang obviously lah kan nih S.E yang Nov-Dec 2010 punya barang kan? Adeh..... T_____T

    Friday, November 12, 2010

    Pulut Kuning Sebagai Hantanan & Door Gift

    Salam peeps!!

    Mungkin ramai yang tak tahu saya ni berasal dari Pantai Timur, anak jati Kelate but my parents house is in middle of Kelantan-Terengganu. Ramai kawan-kawan saya keliru rumah saya kat Kelantan atau Terengganu. Kesian.... Dua-dua negeri pun negeri saya. Lahir di Kelantan kat rumah arwah moyang, dibesarkan di Pulau Pinang selama 6 tahun, then back to Kelantan , and masa form 5 my parents decided nak buat rumah di Besut, Terengganu. So, logik tak saya kata dua-dua negeri pun negeri saya. LOL.... 

    Back to the point, adat di pantai timur memang akan reserved kan satu dulang hantaran untuk pulut kuning. Jangan tanya kenapa sebabnya my mum pun tak leh jawab. So, tak nak kena bebel lebih-lebih, reserved kan saja lah. Saya tak pernah ambil berat hal-hal pulut kuning ni, so saya memang tak tahu design-design pulut kuning untuk hantaran macam mana. 

    Google sana-google sini, jumpa lah blog-blog yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat pulut kuning untuk hantaran ataupun apa-apa occasion. Jangan pandang pulut kuning ni perkara remeh okeyh, tak semua orang boleh buat pulut kuning dengan sedap. Thanks god, my neighbor, my Mak Ngah dan my nenek boleh buat pulut kuning dengan sedap. Hopefully, they can do for me. Jangan tak tahu, lepas je habis kenduri, hantaran pulut kuning tu yang menjadi rebutan di kalangan-kalangan mak-mak dan pakcik-pakcik. 


     Heart-shaped pulut kuning. Piccas taken from Singaporean blogger, click here.


     I think, the idea letakkan pulut kuning dalam bekas cupcakes tuh macam menarik je kan? It's unique. Piccas taken from Singaporean blogger juga, click here


    This one i like!! I want - i want!! Tantek kan? Piccas taken from here.


    After googl'ing here and there, now i'm thinking of to give pulut kuning + serunding + telur sebijik as my door gift to the guests. I think my parents pun tak kan bantah banyak kot, and i'll cater the pulut kuning untuk door gift ni to my third 'Ma'. She is my SIL's mother and dia bahasakan dirinya 'Ma' with me. Pelamin pun, kemungkinan besar akan amik dia punya pelamin. Hopefully, dapat harga family-family. Hehehehehe.... ;)
     

    Nice kan? Truly, people will eat dan pembaziran tak kan berlaku. Worth the money and untuk orang jauh-jauh yang datang ke wedding pun boleh makan sambil driving. Tapi no goods-nya, pulut boleh menyebabkan kita mengantuk. LOL....

    Pameran Pengantin!!

    Salam peeps!!

    Macam setiap bulan je ada pameran untuk bakal-bakal pengantin kan? For this month ada Pameran Pengantin 1 Malaysia dalam omputihnya 1 Malaysia Bridal Fair. Untuk keterangan lanjut boleh klik di sini. I think I should go since his side nanti macam majlis untuk 1 Malaysia juga. His friends ramai Chinese, Indian, Sarawakian, Sabahan, dan mat saleh. Warna-warni lah nanti kan? Hehehehe.....


    Time to looking up for invitation cards.


    Next is Pameran Pengantin Malaysia 2011 organized by Urban Vibe. Kali ni di Ampang Point. 2 tahun lepas pun ada pameran pengantin di situ. For me macam crowded sikit sebab ruang yang agak sempit untuk booth-booth especially yang siap ada pelamin bagai. For more infor mengenai pameran kali ini sila ke sini


     Hopefully ada promosi untuk kad-kad ataupun banner. And looking for pre-wedding photo shoot promo too.

    Thursday, November 11, 2010

    Rezeki Nak Kahwin

    Salam peeps!!

    Tajuk tuh membuktikan tuan blog memang agak fail dalam bahasa melayu. SPM dapat B3 jer. Hahahahaha.... Buat malu kaum kerabat je. T_____T

    Alhamdulillah..... Syukur sangat sebabnya rezeki datang mencurah-curah buat me dan terutama sekali Encik Tuney. Actually, Encik Tuney telah membuat keputusan di mana keputusan yang dibuatnya agak mencuakkan saya. Mana tak nya, beliau mengambil keputusan untuk memulakan his own business dan full time freelancer. Siapa tak cuak kan? Lagi 10 bulan je nak kawin dan duit pun belum cukup lagi yang pastinya a lot more money need to save. Nih tetiba nak buat business sendiri bagai, siapa tak cuak. T________T 

    Dan syukur sangat, keputusan yang dibuat olehnya itu sebenarnya agak tepat kerana tiba-tiba beliau mendapat projek dan clients. Alhamdulillah....... Tapi he still need to work hard and of course I need to give him a 100% moral support. Tak pasal-pasal sekarang ni saya menjadi his secretary and his accountant. LOL...... Hopefully, cita-cita beliau nak buka sendiri his own gym tercapai. Amin.... *bab-bab bukak gym tuh tunggu lepas kawin lah. mak ni risau kang mak kena tangguh kawin tahun 2012 pulak kang*

    Owhh for my part pulak. Rezeki datang bergolek untuk majlis perkahwinan nanti. Alhamdulillah..... Cuba teka apa?? Hehehehe..... 
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *


    Gadget baru pemberian adikku si Heri. Tapi macam share-share guna lah kan. Tapi............. kamera nih datang body sahaja. Lenses + memori kad + bateri kena beli sendirian berhad. Lenses agak mahal kan? Adeh..... Lagipun, camera ni tak sure still boleh guna lagi ke tak. Model lama ni tapi tapi tak tahu lah pernah digunakan ataupun tak. Dapat free, amik jer lah kan? LOL..... 


    Lunch or balik nanti mungkin ke Ampang Park or KLCC, nak pergi kedai kamera and nak try godek-godek kamera nih still boleh guna lagi ke tidak. Tengok dari luaran memang still berkilat macam baru but the inside tu yang paling important. Kuikuikuikuikui....

    Wednesday, November 10, 2010

    I LOVE COOKING

    Salam peeps!!

    Sila pengsan dulu yer dengan statement di atas. Hahahahahaha.... Kalau my parents dengar pun sure pengsan jugak. LOL....

    This few days memang saya agak rajin di dapur. Masak yang simple-simple je macam ikan masak kicap, ayam masak merah dan seangkatan dengannya. Yang heavy-heavy like masak lemak or gulai -gulai tuh tunggu lah lepas kawin lah. Persiapan nak kawin tengah rancak kan? So persiapan untuk selepas kahwin such as masak and so on pun kena ada juga. Especially nak kena tahu apa yang dia suka dan tak suka. Macam saya dan Encik Tuney, berbeza dari segi pedas dan tak pedas. I like pedas while him tak suka pedas. So, from now nak kena masak secara balance. Tak boleh nak syok sendiri jer, sebabnya nanti nak kena hidup berdua. 

    Bab masak pun, he love western and italian more to masakan melayu. Especially pasta. Maybe dia more on diet kot so masakan melayu lebih banyak guna santan dan nasik pula banyak karbohidrat kan? If i'm not mistaken masakan western and italian banyak fiber. So, saya pun kena lah belajar sedikit sebanyak masakan-masakan western dan italian. Orang kata senang je, tapi tak pernah cuba lagi. I'll try it one day tapi kena google resepi dalam bahasa melayu terang tang-tang takut tak paham bahan-bahan yang diperlukan. LOL....  

    Ramai yang tahu saya tak pandai masak, tapi sesungguhnya kawan-kawanku, percaya lah yang saya ni suka google resipi even saya tak paham apa pun dan saya jugak suka tengok rancangan AFC. Hahahahahaha.... Seriously I don't even know bahan apa yang digunakan tapi cara dia masak tuh membuatkan saya tertarik untuk mencuba juga. Okeyh actually dah lama saya suka tonton AFC ni tapi saya akan tengok time saya sorang-sorang kat rumah. Motif? Takut kena ejek or kutuk oleh adik ku. Sebab dia tahu kakak dia ni buta masak. T____________T


    p/s : malam esok nak masak ikan siakap stim. kalo jadi, nanti saya buat entri pasal tu ekh? hehehehe...

    Google Analytics Alternative