Followers

Follow by Email

Saturday, October 30, 2010

Grace Kelly Wedding Dress

Salam peeps!!

"Grace Patricia Kelly (November 12, 1929 – September 14, 1982) was an American Academy Award-winning actress and Princess consort of Monaco. In April 1956 Kelly married Rainier III, Prince of Monaco, and became styled as Her Serene Highness The Princess of Monaco, and was commonly referred to as Princess Grace." - Wikipedia

 
Grace Kelly - 1956. 


Grace Kelly married Rainer III, Prince of Monaco. Piccas credited to http://www.celebswedding.com/


So, from the wikipedia baru lah saya tahu nama grace kelly nih diambil dari nama pelakon yang berkahwin dengan putera Monaco. Dan wedding dress beliau menjadi ikutan hingga kini. Currently, ianya menular di Malaysia pula especially buat pengantin melayu kerana baju tersebut berlengan panjang dan sangat practical untuk yang bertudung dan yang bertemakan garden wedding. 


Soooooo chantek kan? Sumber gambar adalah ikhsan dari pak cik google. 


This one also tantekk jugak...


Sebijik macam doll. Okeyh, ada sesiapa dreaming nak jadi cinderella or barbie doll tak? Boleh lah start berangan nak buat dress macam nie. LOL... 


Siapa kata orang bertudung tak sesuai pakai grace kelly dress ni? See, it was proven by Syomir Izwa yang malay brides pun boleh pakai juga. Tantek kan? I want - i want!! *sila lempang diri sendiri. ROFL*


Agak-agaknya, kalau saya request dress macam ni, my ma yang kat kampung tuh ada tak humbankan saya dalam sawah padi? Tapi okeyh jugak kan kalau pengantin bergambar dalam sawah. Hahahaha.....

Friday, October 29, 2010

Come On Girls!!

Salam peeps!!

Apa yang 'come on girls!!' pagi-pagi ni kan? I just teringat kes my cousin yang meluahkan isi hatinya di dada FB. For me, tak perlu lah nak meluahkan isi hati sebegitu rupa. Yang nampak buruknya, kitaaaaaaa jugak. 

Actually, tak leh salahkan beliau jugak nak bising-bising kat FB. Tujuan dia memang sengaja nak 'orang ketiga' yang baca. So, tuh dia yakin dan jitu nak marah-marah kat dada FB. Kononnya, her bf keluar tengok wayang dengan perempuan lain. Dan perempuan itu yang mengajak-ngajak bf nyer. At the first place is, tepuk sebelah tangan, adakah akan bunyi sebarang sound? Tepuk angin, terasa angin jer lah kan? Nih dah dua-dua belah tangan nak bertepuk so berbunyi lah kan. Sekarang nie nak salahkan siapa? Perempuan yang dikatakan orang ketiga atau bf nya sendiri? For me, saya akan salahkan bf tersebut. 

Kadang-kadang saya pelik, orang laki dah buat perangai berkali-kali, tapi still jugak si gf ni sayang dan maafkan. Okeyh, if sekali dia buat hal, mungkin ada kemaafan dan peluang untuk dia cuba perbaiki kesalahan beliau. If berkali-kali, sampai tak terkira. Adakah peluang terus diberikan? Adakah si jejaka tersebut akan berubah? Owwwhh please, come on girls!! He's not even your fiance or husband yet. Please give yourself a chance to meet another guy who is berjuta-juta kali baik dari your bf. 

Kadang-kadang, saya suka jadi 'kawan yang jahat'. I mean, if my friends cerita bf diorang buat hal ke apa. And i'm the first person yang suruh mintak break. Yup-yup, i know saya memang jahat dan kejam. But it's depends on the situation, if dah worse sangat memang saya sarankan perkara tersebut. 

And ada lagi satu kes yang dekat je dengan saya. Kisah husband and wife. Si husband tak berkerja dah almost 2 years. Si isteri bekerja untuk menyara hidup mereka berdua dan juga anak kecik yang berumur setahun. Dan sekarang si isteri tengah kandungkan anak ke-2. Bayangkan lah, how's cruel is it? Memang saya nakkkkkkkkkkk je nasihat si isteri tersebut agar fikir-fikirkan kekejaman si suami itu. File kan lah apa yang patut memandangkan si suami pun kejam siap marah-marah dan kadangkala maki hamun tak tentu hala. Once again, come on girls!! 

Nasib hidup kita ni bukan lah terletak di tangan lelaki okeyh... If ada ujian dari Allah S.W.T, check balik kesilapan atau pun dosa yang pernah kita lakukan. Teruskan hidup dan perbaiki diri agar mendapat keredhaan dari NYA. Ni tidak, asyik marah-marah di dada FB. Solution tak dek jugak. So, fikir-fikirkan lah wahai kaum-kaum ku. Buktikan yang kita bukannya lemah.   

Thursday, October 28, 2010

Real Wedding - Pink & Grey

Salam peesp!!

Tengah-tengah blog hoping, sekali terjumpa lah tema color idaman kalbu ku. But mine is Pink-White-Grey. Tapi bila terpandangkan combination color-color tersebut telah membuatkan jantung saya berdegupan dengan pantasnya kalah lari kena kejar dengan anjing. LOL..... Over explain pulak. =P 

Okeyh tipu jer lah kan nak berdegupan sebegitu. Cuma tertarik dan teringin nak buat ala-ala macam tuh jugak. Haaaa, real wedding siapakah? I don't know tuan empunya diri ada blog ke tidak. But, izinkan saya tempek gambar anda di sini yer. Saya memuji, bukannya mengutuk. ;)


Combination of pink shades + grey. It's soooooo lovely. 


Even the attires pun nampak sangat sweet kan? Designed by Zery Zamry. Piccas credited for him.


Pelamin tak heavy, they played with colors. Congrats to Ari Wedding Couture for his well done job. Piccas credited for him. Saya sangat berkenan dengan couch tersebut. I want - i want!! *sila lempang sikit*


Itu jer gambar yang mampu saya temui. Hall decorations tak dek lah pulak. Selain pelamin, hall decoration pun memain peranan yang penting. Part hall saya tak kisah sangat since majlis saya nanti kat rumah jer. So, saya hanya perlu fikir living room tuh nak nampak besar jer. That's my routine job, i don't think it would be the big problem. Hehehehe....

Promotion For B2B!!

Salam peeps!!

Pagi-pagi lagi dah ada berita gembira buat bride to be yang sedang mencari photographer untuk wedding dan juga pre-wedding. It's promotion time peeps!! So better you grab this chance since the price is sooooooo tempting. ;) 


Click for larger. Package photography + make-up by Gorgeously Done. For more details boleh ke FB Pretty Peektures. Saya rasa saya ada second thought sekarang but i've already paid my deposit to my OP. T_______T


This one pulak adalah promotion photo shoot dalam studio. So untuk sesiapa yang plan nak buat pre-wedding, harganya sangat-sangat lah berbaloi-baloi. For further detail boleh ke FB Serindit Photo. Tarikh tinggal berapa hari jer lagi, call them asap and make an appointment. Btw, tak sekiranya untuk pre-wedding, untuk graduation ke, family ke, or even gambar dengan kawan-kawan pun boleh jugak.


Okeyh, enough for today's promotion. Will sharing more promotion if saya terjumpa atau ternampak. Sharing is caring kan kawan-kawan? ;)

Wednesday, October 27, 2010

Custom Made W-Ring

Salam peeps!!

Harga emas makin naik dan naik, dan oleh itu saya dan Encik Tuney decided to buy or booking my ring as soon as possible. Takut tunggu harga turun next year, kang nanti makin naik hingga ke RM200++. Nangis lah nanti. 

Most of bride to be idamkan cincin berlian dari Habib Jewel, Poh Kong, Tomei, dan seangkatan. Sama lah, saya pun tak terkecuali. Tapi memandangkan cincin tunang saya yang dibeli di Poh Kong 3 bulan yang lalu sudah bercalar dengan sangat hebatnya. Maka, saya memutuskan untuk custom made my own wedding ring kat Kelantan. 

All my cincins, gelang, dan rantai semuanya emas kelantan and except my engagement ring. So, bila diperhatikan dengan mata kasar, memang ada perbezaan. Alang-alang harga memang tentu-tentu dah mahal, baik kita cari yang betul-betul yang elok kan? I mean dari segi workmanship dan juga tahap ketahanan cincin tersebut untuk diguna pakai harian. Owhh, saya memang jenis pakai cincin hari-hari.

Upah workmanship kat Kelantan pun tak mahal kalau nak custom made tapi kena make sure design tersebut tak terlalu sukar dan not too many detailing. Nanti kang, pengsan nak bayar upah workmanship pulak. Hehehe.... Syukur lah my mum ada ramai kawan yang ada kedai emas, so bab-bab upah workmanship tuh agaknya boleh kawtim sikit lah kot.


Agak-agaknya ada tak macam nie? Hahahaha.... Bersiap sedia lah RMXX,XXX lah jawabnya Encik Tuney. Sure waktu sanding uban dah penuh atas kepala. LOL.....


Adakah macam nie? Kalau korang perasan, saya pilih jenis aquamarine or sapphire dan diamond bukan sebagai main stone but as an accent. Dan agak-agaknya saya pilih warna apa?? =P 

Monday, October 25, 2010

Kursus Kawin Done

Salam peeps!!

Alhamdulillah, weekend yang lepas saya dan Encik Tuney telah menghadiri kursus kahwin dengan jayanya. Yeeeayyy, dah boleh kawin dah. Hahaha.... Gatal lah kan. 

Kami berkursus di Masjid At-Taqwa, TTDI. Kursus kat masjid, so bersolat pun berjemaah lah sepanjang 2 hari tuh. Hehehe.... Btw, at first we both memang booking kat Pusat Bandar Damansara. Tapi atas sebab-sebab teknikal. Dewan kuliah tak leh guna sebab renovate ke apa entah, penganjur call suruh datang ke Masjid TTDI. 


 Masjid At-Taqwa.


Penceramah-penceramah yang hadir semuanya best-best. Banyak juga pesanan-pesanan yang diulang oleh setiap penceramah. Dan ada juga ilmu-ilmu baru yang mana sebelum nie macam agak confuse tapi malu nak bertanya. Kesimpulannya tak sempat nak mengantuk pun tapi cuma badan letih lah kan sebabnya dah lama tak hadiri sebarang kursus atau class seharian macam tuh. Dengan tak bangun-bangunnya kecuali time rehat. Memang menduga betul lah kan.

Owhh, saya sangat terkilan sebabnya tak sempat nak merasai nasi arab yang dijual di masjid tersebut. It's sooo tempting. Memang nak kena datang lagi dan cuba nasi arab tersebut. Rasanya harga tak lah mahal mana. Nama pun cafe kat dalam masjid kan, biasanya harga still reasonable lah. Minuman-minuman arab pun ada.

Pada mana-mana yang nak pergi kursus kahwin kat tempat sama, boleh lah usha website ni. 3 tempat yang berlainan tapi di bawah penganjur yang sama dan penceramah yang sama. ;) 

Friday, October 22, 2010

He Said NO To Foursquare

Salam peeps!!

Saya tak pasti antara kalian pernah dengan ke tak dengan Foursquare. Mana-mana yang tak pernah dengar boleh ke sini, boleh tengok interface dia macam mana. It's can be used untuk phone like BB, Iphone and HTC. 

Foursquare digunakan untuk check-in mana-mana tempat yang kita pergi, and sometime dia boleh list kan senarai tempat makan yang berdekatan dengan kita. Kira macam membantu lah if tetiba kering idea nak makan kat mana kan. And bila kita review tempat tuh, some people ada yang bagi tips or recommended or even bad review pasal tempat tersebut. It's help in kind of that way. Tapi keburukannya, we're open to public kat mana kita berada. So, dari segi keselamatan agak tak terjamin sikit lah. Sometime main foursquare ni rasa macam main game sebab ada badges and points. So, boleh lawan-lawan with frens saper paling banyak badges, means dia banyak explore tempat. 


 Foursquare nie boleh direct terus ke FB and even Twitter. 


Petang semalam, my Encik Tuney tetiba said, " I tak benarkan u main foursquare dah". Haaaaaa..... Tak benarkan okeyh!! Bukan tak bagi. Arahan dia tuh tak menahan betul, dah feeling-feeling jadi suami ke? Ahaksss.....  

I can't argued with him, sebabnya memang tak bagus pun. I mean dari segi keselamatan. Kang ada pemerhati dari jauh which is dia dah perhati dari segi timing tiap-tiap hari kat tempat sekian-sekian, and tak pasal-pasal kena culik. Nak ke? Nauzubillah..... 

So, no foursquare for me from now on. Rindu lah jugak nak check-in seperti biasa tapi apakan daya. Si dia lebih mementingkan keselamatan tunangnya. And forget to story, last Monday saya dapat email from stranger. He or she tetiba je email tanya, " Hi amy, Awk tggal di KJ ke? ". Tetiba email tanya tinggal kat KJ bagai, means macam ada kaitan jer dengan foursquare. Dan risau tuh, dia tahu my name okeyh!! I just replied kat dia, " saper nie? ". Terus dia tak balas. If orang nak tanya apa-apa sure dia reply kan? Nih macam ada udang di sebalik mee je kan? Huhuhuhu..... takutttt!!!! 


 Hari-hari check-in kat situ kan, and sila tengok timing kat both piccas. Memang agak bahaya kan?


So, pada mereka-mereka yang ada foursquare sila berhati-hati. Jangan sesekali put yout phone number kat situ. People can directly call you, pernah terjadi to my friend. Dapat phone call, tanya siapa, then orang tuh cakap dia saja-saja call and he call directly from foursquare. So, fikir-fikirkan..... ;)

Thursday, October 21, 2010

Garden Wedding Concept With Pomander Ball

Salam peeps!!

Buka-buka jer FB pagi tadi, terus ternampak piccas kat  De Classaflora. Mereka uploaded few latest wedding piccas, memang sangat-sangat chantek dan tertarik. Especially on garden concept. Jom kita layan......


Simple but nice, isn't it?


I'm thinking of to use garden as my concept but yet i'm still not finalize about those budget and all. Tapi....... garden wedding sangat awesome kan? Cuma tang fresh flowers jer yang tak menahan harganya tuh. Tapi kan, if d.i.y certain things like pomander balls macam kat dalam gambar kat atas tuh, boleh cut cost jugak kan? So, i found d.i.y video on how to make a pomander ball.



Step 1 :
Soak the floral foam in water until it is well saturated.

Step 2 :
Wrap your satin ribbon around the foam sphere and create a loop at the top (to serve as a handle). 

Step 3 :
Begin adding your main flowers into the foam until the sphere is completely covered. (Sandy uses purple daisies).

Step 4 : 
Fill in your arrangement using filler flowers of choice, such as statice and baby's breath. This allows you to add more color to your arrangement as well as fill it any empty spaces.


Macam senang je kan? Selamat mencuba buat mereka-mereka yang nak men'd.i.y. Kalau ada yang dah cuba dan berjaya, please blog about it. Nanti dapat lah share idea kalau-kalau ada extra tips ker? ;)

Wednesday, October 20, 2010

Beautiful Blogger Award From 3 Beautiful Bloggers

Salam peeps!!

Setelah 2 bulan berblog di The Pink Dress Diary, tak ku sangka-sangka akan mendapat award. Ceeaaaa, macam ucapan artis pulak. Hahahaha.... Sila lah muntah hijau yer. Btw, thanks to Renee, Rilla dan Aley for the Beautiful Blogger Award. Sangat-sangat terharu kerana kalian sudi memberi award tersebut kepada saya. =P 



SYARAT2

1) Thanks the person who give you this award (thanks to Renee , Rilla dan Aley)
2) Link that person at your blogroll (already linked both of you at my frens list blog.)
3) Spread to 15 blogger which you think awesome (wah..... so many haa? )

http://kandadindawithlove.blogspot.com/   (bagi balik jugak dekat Rilla)
http://willbemrs.blogspot.com/   (bagi balik jugak dekat Aley)

4) Tell 7 things about yourself

7 things about myself :
- saya adalah seorang perempuan yang suka berdikari. to be truth, since I got to know my fiance, sejak itu saya macam tak reti nak berdikari. owhh, please i have too coz hidup ini kita tak tahu penghujungnya macam mana.
- saya adalah seorang yang tak kreatif langsung. tapi kerjaya saya menjurus ke arah kekreativitian.
- saya adalah manusia yang suka memerhati. tak kira perhatikan orang ataupun apa-apa jer yang ada disekeliling saya. jangan salahkan saya jika kadang-kadang saya nampak benda-benda yang cuba disorok oleh kamu-kamu dan kamu kerana saya dapat detected. =P
- saya adalah pendek dan gemuk. sila jangan percaya dengan gambar jika gambar-gambar saya menunjukkan saya tinggi dan kurus. sila jangan percaya!!
- saya adalah gelap. so sila jangan percaya jika gambar saya nampakkan saya cerah. kuikuikuikui.....
- saya adalah apa yer??? hahaha..... lima sudah lah ekh?? =P


Okeyh, done with one award. Got another one, nanti saya update yer. Agak busy sikit lately nie, dengan katalog company nya nak kena settle. Tak pasal-pasal jump terus jadi graphic designer. Never mind lah, seronok juga kadang-kadang buat kerja yang tak sama macam kerja harian kan? ;)
 

Tuesday, October 19, 2010

Kad Kahwin, What Say U?

Salam peeps!!

Entri d.i.y yang semalam tuh ada yang teka ianya kad kahwin. Sebenarnya bukan kad yer. Terlalu awal nak buat kad kot. Kalau 6 bulan sebelum mungkin dah boleh start hantar printing or d.i.y. 

Okeyh bercerita mengenai kad, saya rasa saya lebih tertarik nak buat dan design my own wedding invitation card. Just yang simple-simple sahaja, tapi untuk family and close friends akan cuba buat yang special sikit. 

Dah nama pun nak design kad sendiri, banyak benda juga nak kena study. Firstly ialah bajet, nak kena make sure budget sekeping kad hanya akan habis beberapa sen sahaja. Then, size kad tak boleh nak main hentam keromo jer. Make sure boleh muat dalam sampul kad yang dah sedia ada dijual di kedai. Sampul pulak, kena make sure ianya murah. Kang harga kad + harga sampul + printing cost = RM1. So, lebih baik pergi order je sendiri di kedai kad kahwin. 


Menarik bukan? Okeyh, saya orang kampung so dvd version sangat tak sesuai. =P
Piccas credited to craftzine.


Wahai kawan-kawanku, selalunya kalau d.i.y invitation card ni diorang print using their own printer yang biasa tuh atau mereka-mereka ni pergi hantar ke kedai printing jugak? Kalau hantar ke kedai printing, which place yang murah ekh? Hope ada any suggestion. And one more thing, kalau tak nak d.i.y, kat tempat mana yer offer better price for kad kahwin? Nampak sangat tak survey apa-apa pun lagi towards kad kawin. =P 

 
p/s : i'm okeyh now. cuma tengah memanjangkan rajuk. kadang-kadang seronok jugak main tarik tali nie. ;)

Bila Hati Sudah Pecah

Salam peeps!!

Pagi-pagi hari, bangun dengan senyuman melangkah ke station LRT. Berjalan pula dari station LRT ke opis, tiba-tiba on phone dengan seseorang. Dan tak pasal-pasal beliau tinggi-tinggikan suara marahkan saya. Mood pagi terus hancur-sehancur-hancurnya dan hati pun turut hancur. 

Sensitiviti saya amat tinggi. Pantang orang tinggikan suara atau marah-marah. Pastinya saya akan nangis dan merajuk. Yes. Now dah menangis dan sesi mendamaikan hati sedang berlaku. Sorry, saya sedih sesangat. Jika tiba-tiba saya buat keputusan yang di luar jangkaan, jangan salahkan saya. Yer, saya benar-benar maksudkannya. T____________________________T


Monday, October 18, 2010

Her 1st D.I.Y Project - Part 2

Salam peeps!!

Cubaan pertama untuk project d.i.y yang pertama telah berjaya disiapkan dalam masa sejam. Sejam hooookeeyyhh!! Dugaan sungguh bila tiba bab-bab kreativiti mengikat reben. Memang failed yer, but after all i managed siapkan dengan jayanya. *Clap-clap*. 


It's pink-white theme. 


Oleh kerana cubaan pertama ku berjaya, esok akan sambung buat lagi. Sehari dapat siap satu pun dah kira okeyh sesangat. Jangan tak tahu, sempat mencuri masa di opis pulak tuh. Hehehehe....

Malam ni pula, jika tidak ber'kick-boxing, saya nak buat project d.i.y yang kedua. Dengan harapan adik ipar ku sudi membantu. Takut blank tak tahu nak buat macam mana nanti. ;)

Her 1st D.I.Y Project - Part 1

Salam peeps!!

Tak ku sangka, blog ni agak bersawang setelah beberapa hari tak ber'update. Nak kata busy tak dek lah busy sesangat, tapi idea nak blogging tak mari agaknya. =P 

Last weekend, saya berjaya settlekan a few things untuk hari pernikahan. That wasn't a major part, but at least still ada some progress, isn't it? Apa lah agaknya yer? Still keep it as secret, nanti dah tiba masanya akan saya tunjuk untuk tatapan kawan-kawan sekalian. ;) 


Mesti ada yang dah boleh teka, kan? Sangat lah terang lagi bersuluh tuh haa....


Yang 1st dan 3rd adalah hasil rembatan di Nilai 3. Ye-ye, semalam saya sempat ke Nilai 3 bersama Encik Tuney dan juga Mama(future MIL). Actually tak plan pun nak pergi, tiba-tiba je mama ajak both of us berjalan-jalan melihat alam. Dah alang-alang kat situ, saya tak lepaskannya begitu saja lah kan. Beli apa yang patut untuk bulan ini.

Yang 2nd pulak hasil rembatan di Mydin Subang Jaya pada hari Sabtu yang lalu. Mydin je you all, boleh beli secara borong dengan harga yang sangat-sangat murah dan affordable. Just grabbed 60 pieces jer untuk tetamu pada pagi akad nikah. 

Oleh kerana dah pergi ke Nilai 3, memang agak teruja nak beli kain langsir dan juga cadar pengantin. Tapi harga cadar memang mahal ekh??? Semuanya RM500++, yang murah ada tapi tak chantek sangat. But then again, saya prefer yang plain tanpa ada sebarang sulam-sulaman dan juga berkain cotton. Mana yer boleh cari yang simple-simple begitu? Agaknya kalau beli yang dekat Sogo yang brand Elle or Jean Perry or Akemi tuh lagi berbaloi kot kan?



p/s : lunch time nak pergi kedai d.i.y nak beli hot gun. =P

Thursday, October 14, 2010

Color Trend For 2011

Salam peeps!!

Pada mereka-mereka yang sedang mencari warna tema untuk majlis pertunangan ataupun majlis perkahwinan tahun 2011, boleh lah cuba-cuba usha those colors. Hope this entry will help you peeps. Mana tahu kot-kot still ada beride to be yang sedang pening memikirkan warna yang sesuai untuk your big day nanti. Color ni sebenarnya penting dan sebolehnya biarlah ianya sesuai di pakai pada tahun tersebut dan semestinya bersesuaian dengan si pemakai. ada gaya nak jadi fashion designer tak? sila lah muntah hijau yer.


I love pale red-violet. Maybe i'm using that color for my family attire. Piccas credited to A Wedding Sketchbook.


While oyster grey for his family attire. Piccas credited to A Wedding Sketchbook.


While mine and him, I'm still considering white as our base color and maybe a liltte bit pink. Just wait and see the actual output soon. ;)

Wednesday, October 13, 2010

Sedih Kerana Lambat Booked

Salam peeps!!

Kan entri semalam cakap pasal nak booking OP. Malangnya, OP pilihan hati telah di booking oleh orang lain on my day. At first email him tanya on 3rd of September, and now dah tukar to another date yang lain. Dan tarikh tuh kiranya dah confirm dan kedua-dua belah pihak memang puas hati, tapi OP pulak yang tak available. 

Memang sedih sangat tapi apakan daya. The OP suggest another OP which is still under his company tapi............ Saya kena study betul-betul dulu hasil tangan orang lain. Biar puas hati nak bayar mahal-mahal dengan output nya nanti. 

Siapakah OP pilihan hati ku? Ya-ya, kat belah Kelantan-Terengganu yang paling superb buat masa ini ialah Photoaura. For me ya. Lain orang lain citarasa dan pandangannya.


I love the way he edit the piccas. Nampak mulus je dah macam dalam magazine kan??


Memang keterujaan je bila tengok gambar-gambar beliau but then again, he was booked by other people. T___________T


Any other suggestion untuk OP belah-belah Kelantan-Terengganu? Saya memang nampak Photoaura jer. Kesiankan? Sampai terbawa-bawa ke mimpi tau. Kesian okeyh........... Balik kerja semalam masam mencuka je tau. Orang tegur pun saya buat dekkkk jer. Haaaaa, sangat lah bridezilla. T_________________________T

Tuesday, October 12, 2010

Sesi Booking In Progress

Salam peeps!!

Actually banyak benda nak update tapi tertangguh sebab saya tak dek gambar-gambar yang perlu diceritakan. So, tunggu kawan-kawanku upload dulu lah yer. 

Btw, last weekend adalah weekend yang sangat-sangat hectic. Pergi sana, pergi sini, but then that's nothing yang saya sempat grab for my w-day preparation. Nasib 'duit saving untuk kawin' tetap tak tersentuh. Yang risaunya jika ke sana- ke sini tak beli apa, tapi duit mengalir macam air. Huhuhuhu..... Nasib tetap remain je. 

Even hampa tak beli atau buat apa-apa yang patut, but semalam saya rasa saya dah jumpa tailor/designer untuk baju akad nikah dan juga baju sanding saya nanti. I know - i know, it's still early lagi nak decide pasal baju kawin. Tapi, oleh kerana dah jatuh cinta tahap termimpi-mimpi dah semalam, maka nya nak kena pergi berdiskusi secara details lagi. And he's sooooo excited if i'm willing to hire him. That's the most important thing lah kan. Tak dek lah dia nak pandang kita remeh or malas nak layan. And perkara yang paling-paling-paling penting adalah price beliau adalah within my budget. For me, it's soooo affordable and his design soooooooo chantek and simple.

For now, it's better remain secret dulu. Nanti kalau dah officially hire beliau then i'll let you peeps know. Hehehehe.... Aci tak? 

For today, nak kena call OP for the confirmation. Hope he's not sooooo busy like last few weeks. Dah lepas musim orang kawin dah rasanya. Bila call je, "maaf deh, kito tengoh takap gambar". Hahahaha.... Nak call malam takut macam tak sesuai lah pulak. Hope will get the feedback and confirmation soon. Kalau dah settle hal OP dan baju, dah kurang sikit pening kepala. Next to think is door gift. That's another major thing to do. Pppppffftttt...... 

Friday, October 8, 2010

Kickboxing Class To Lose Weight

Salam peeps!!

Entri kali ni saya nak share mengenai kelebihan kickboxing kepada kaum-kaum hawa. Since saya berlatih kickboxing every week, i've been through a few benefits. Hope boleh membantu to those yang nak lost weight. 

Apa itu kickboxing? Kickboxing ni sebenarnya originally a Thai martial art dan lebih dikenali sebagai Muay Thai. Ianya telah dipraktikkan di Thailand dari generasi ke generasi dan kelebihannya adalah sebagai seni mempertahankan diri.

Pandangan orang terhadap kickboxing ni adalah lebih kepada kaum lelaki. Sebenarnya tanggapan itu sangat-sangat lah tak boleh diterima. Kat dalam Malaysia ni sebenarnya dah ada pun fighter perempuan yang masuk bertanding di peringkat kebangsaan or even international. Btw, I dont mean to masuk bertanding ke apa but then again, nowadays women can do anything, right? 


The main benefits of kickboxing are : 
  - awesome fitness  
  - increased strength  
  - increased confidence through knowing self defense and working with people  
  - toned arms  
  - toned and firm legs  
  - toned and firm butt muscles  
  - faster weight loss  
  - explosive power  
  - better balance

    No doubt about it since i've been through this kickboxing class for two weeks. Even berat tak menurun secara mendadak lagi but then again, it's toned my arms and my fitness energy become better. And lagi satu perkara yang paling penting, hari-hari harus membuang air besar. Hahahaha.... No need to makan pil-pil for lost weight kan? 

    Where to find the cheapest kickboxing class in town? Yes, you can join me and we training in group for only RM50 per month. You can come every night at 8pm-10pm. Where the place? Kat Arena Rakan Muda, PJ Old Town, Petaling Jaya. Just google map jer. If nak tahu further details, please email me at mizzamyzalini{at}gmail{dot}com. Jom-jom!! 


    Saper kata just untuk lelaki?? 


    Kakak kat atas ni memang dah berjaya lost weight. Dari berat lepas bersalin *tak ingat berapa kg*, now dia kurus sesangat dalam 38-39kg. Okeyh, sebab dia rasa seronok semua orang puji dia kurus, she prefer looks sooo skinny. Aishh, tak nak lah skinny sangat kan?



    p/s : my target is 40kg. now dalam 45-46kg. chaiyokkk!!!

    Thursday, October 7, 2010

    Tailor Di Ampang Park

    Salam peeps!!!

    Update fresh from the oven lagi ni tau. Over kan..... Hehehe... Lunch tadi sempat ke Ampang Park, memang bertujuan nak ke butik yang jahit baju pengantin. And I just thought hanya ada dua je, rupanya ada few more lagi ekh?? Yang tertinggal tuh akan di update later. 

    So, every time lalu depan Dorra Boutique & Bridal memang saya akan mengintai-ngintai baju-baju di dalamnya. Intai je lah, nak masuk tak berani lah puloqs.. So, tadi memang bertujuan nak bertanyakan harga and nak survey-survey. Alhamdulillah, pemilik kedai kat situ ramah-tamah. Harga untuk jahit baju akad nikah bermula dengan RM800. Dan mereka ada menawarkan package yang menarik iaitu RM3.8K for baju akad nikah (L+P), baju sanding (L+P), veil, kasut (sewa), dan full aksesori (sewa). Kain adalah kena beli sendirian berhad. But the price is sooo tempting untuk empat pasang baju, okeyh!! For the detailing like beadings, memang sangat-sangat memuaskan. I've seen a few collections from them. If kain yang dibawa tak menarik, mereka akan tolong jahitkan beading kasi meletopsss... Pesanan pemilik butik tersebut, jika nak hantar tempah sila hantar sekurang-kurangnya enam bulan sebelum the date. Katanya nak jahit baju pengantin ni bukan senang, ada yang makan  masa selama 3 bulan. Haaaa...... Ok lah kan, tak kelam kabut dia menjahit. Hasilnya pun tak lah kelam-kabut juga. 

    The other butik is De Couture. Kedai ni memang glamour agaknya sebabnya Unlce Raja keep saying Man Kajang and few wedding planners ambil kain kat situ. Siap tunjuk gambar Dato' Siti lagi tuh.Kain mereka made in India rasanya, sebab Uncle Raja said diorang ada factory kat sana. Tapi bab jahitan macam agak tak berapa ok, agak tak berapa lah. Ini hanya pada pandangan mata kasar. *i'm very particular bab-bab jahit baju*. Price untuk baju akad nikah RM1.9K siap dengan kain+veil. If nak beading simple-simple dia kasi murah sikit lah dalam RM1.2K gitu. Bak kata Uncle Raja, harga boleh negotiate depends on our budget. Range harga kain tak tertanya lah pulak kan. If murah banyak, boleh je beli kat situ nanti tapi.............

    Boleh tahan juga kan nak jahit-jahit baju kawin nie? Dengar baju kawin je price naik mendadak. Boleh tak saya pergi hantar tailor cakap nak pakai untuk dinner or bridesmaid. Agak-agaknya price tuh kurang tak sikit? Hehehehe.... A lot more butik yang nak diterjah dan di survey. Sabar yer, kita cari yang paling budget dan hasilnya chantek dan puas hati. Tak gitu??

    Wedding Of The Year 2010

    Salam peeps!!

    10.10.10 ni mesti ramai yang sedang menghitung hari, detik dan waktu. And even me yang tak dek kena mengena dengan tarikh tersebut pun turut excited kerana mendapat 3 jemputan. Macam mana agaknya nak rushing from Putrajaya-Gombak-Kelana Jaya yer??? Yang wajib pergi adalah Gombak dan Putrajaya. Tuh pun pagi-pagi hari lagi saya kena keluar dari rumah agaknya. 

    Yang Gombaknya adalah wedding my friend, Dina. Tak sabar nak tengok pengantinnya nanti. Hehehehe... Dan yang Putrajaya nya pula adalah Dr Sheikh Muzaffar & Dr Halina. Thank Miza, Dr Halina's sister yang menjemput saya for the akad nikah. Fyi, Dr Halina was my senior back then masa sekolah menengah. Sangat adore with the flawless skin yang dimiliki oleh Dr Halina and her lil sister. Jealousss...... 

    So, everyone is talking about Dr SMS wedding. And yang latest adalah mengenai pre-wedding piccas mereka. Sangat lah awesome. Soooooo chantek ala-ala di kayangan. Wedding photo nanti tak tahu lah chantek macam mana pulak kan? 


    Lokasinya adalah di Bukit Broga. Rasanya bukit ni sangat menjadi idaman setiap photographer since nak mendaki bukit itu pun dengarnya macam boleh pancit jer. Piccas credited to Saiful Nang's FB. 


    Haaa..... Siap terbang-terbang ke langit you all, dah nama pun angkasawan. Tapi spotted that Dr Halina wearing the sport shoes. Adakah disengajakan atau tidak. Macam weird lah pulak... Piccas credited to Beautiful Nara.


    Memang boleh dikategorikan wedding mereka ni sebagai wedding of the year since siap dapat masuk TV3 live lagi. Dan ramai lah kakak-kakak dan makcik-makcik frust menonggeng. Hehehehe.....

    Wednesday, October 6, 2010

    Warna Baju Akad Nikah & Sanding

    Salam peeps!!

    Hari ni dah Rabu, tak sabar nak tunggu hari Jumaat nanti coz nak pergi pameran pengantin kat KLCC. Ok, lari dari tajuk. Sebenarnya my wedding planning dah lari a bit. At first nak buat majlis akad nikah dan kesyukuran. Means that tiada majlis persandingan. Sanding tetap sanding but untuk bergambar dan tatapan keluarga je lah. So, i just need one pair baju sahaja. Now, planning dah lari, makanya baju kena ada dua. For akad nikah dan juga untuk sanding. 

    Warna idaman buat waktu ini hanya putih atau pink. Kalau boleh nak pakai untuk akad nikah warna putih. Sooooo suci murni gitu kan? Tapi saya nak pakai warna putih untuk sanding juga. Haaaa..... macam mana tuh? Dan kemungkinan besar, belah Encik Tuney pun warna putih juga. So, tiga-tiga majlis tak kan nak pakai putih je kan? 

    So, for my side kena salah satu bukan putih. Whether warna pink untuk akad nikah, dan putih untuk sanding. Or sanding pakai pink. Tapi................. pesanan Encik Tuney, beliau tak nak pakai pink. Dan sesungguhnya kulit beliau cannot be match with pink. Hahahahaha.... Suka hati je kan kutuk tunang sendiri. But then again, i need to respect his wish too. 

    Or else, saya pakai warna putih and a little bit silver beading untuk akad nikah. Tapi untuk sanding saya pakai putih and pink beading or dekat bahagian bunga-bunga lace tuh warna pink. So, nampak perbezaan warna juga kan? Tak dek lah nampak, "ekhh pengantin ni pakai baju yang sama ke?". Uwwaaa.... T____________T  


    One of my favorite design. Design by Syomir Izwa, and harga for the baju is all about RM3K. Termasuk kain. Piccas taken from SI FB fan.


    And I like this colors combination. Sweet kan? Piccas taken from mr google.


    For his side, his mother yang tentukan semuanya. Kemungkinan besar, I wear white and he wears black suit. Mungkin........ Bila dah betul-betul confirmed warna baju, nanti mesti pening fikir designer or any tailors yang best-best. Now sebab nak buat dua baju, so bajet nak hire designer memang dah lari ke laut........... T____________T


    Tuesday, October 5, 2010

    Tip Memilih MUA/ Mak Andam

    Salam peeps!!

    Dari minggu lepas lagi saya cuba untuk mencari MUAmake-up artiest/mak andam di Kelantan/Terengganu. Tapi usaha google saya nih agak limited agaknya. Tak jumpa-jumpa pun lagi. Sila lah kesiankan saya. T_____T. If sesiapa nak recommend mana-mana MUA/mak andam di sekitar Kelantan/Terengganu please let me know. ;)


    Ada a few tips yang saya jumpa while google'ing. Tips memilih MUA/mak andam :

    - 1st thing first, pemilihan mak andam/MUA boleh dilakukan 6 bulan sebelum majlis. Especially MUA yang terkenal. 

    - Sila pastikan agar Mak Andam anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama. Ini adalah kerana, terdapat ramai Mak Andam yang suka mengambil kesempatan dengan menerima tempahan pelanggan sehingga 4 orang dalam satu masa. Apabila ini berlaku, bakal pengantin juga yang menerima padahnya. Kerana apabila Mak Andam tergesa-gesa dan terkejar-kejar melaksanakan tugas, sudah pasti ada banyak perkara yang dibuat secara sambil lewa dan tidak teliti. Bukan sahaja anda tidak berpuas hati, malah sudah pasti penampilan anda tidak kena gaya.

    - Bersikap cerewet terutama di dalam memilih warna solekan dan juga jenis hiasan sanggul mahupun cara pemakaian tudung. Nyatakan terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini amat memudahkan mak andam untuk merealisasikan penampilan anda seperti yang dikehendaki. Bukan sahaja anda akan berpuas hati, malah Mak Andam juga pasti gembira apabila melihat anda gembira. Oleh itu, perbincangan yang telus perlu dibuat sepanjang masa. 

    - Kesilapan besar yang perlu dielakkan semasa memilih Jurusolek/Mekap Artis atau mak andam. Pastikan anda tidak dimekapkan seperti Drag Queen. Perlu berhati-hati jika tidak mahu merosakkan hari bahagia anda seterusnya memalukan diri sendiri. Sebaiknya, cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dengan Mak Andam atau Jurusolek/Mekap Artis yang bakal menyolekkan anda. 



     Piccas by : Chalet Chinta 
    Make-up by : Ian Sham
     Tuan empunya diri, sorry yer saya buat awak jadi model. She's my bestfren and piccas diambil semasa beliau bertunang.


    Google Analytics Alternative