Followers

Follow by Email

Monday, August 30, 2010

Bertunang Dari Sudut Islam

Salam peeps!!

Dari hari Sabtu lagi saya nampak video ni di FB, malangnya tak boleh nak buka guna BB. So, masuk-masuk office terus saya buka video ini. Nak tahu dengan lebih lanjut sila layan video kat bawah ni. Dengan harapan korang faham lah sikit-sikit bahasa 'ganu'. Lagipun ustaz ni bukan 100% guna loghat 'ganu' pun. ;)




So, kesimpulan dari ceramah Ustaz Azhar kat atas ni, tunang dari segi Islam tak susah. If kedua-dua belah pihak dah bersetuju, memang dah bertunang namanya. Nak nampak situasi bertunang tu macam formal sikit buat lah sesi ta'aruf. Perjumpaan kedua-dua belah keluarga. Nih dalam sudut islam. 

So, pada mana-mana yang sedang berchenta tapi belum bertunang, sila check balik situasi anda. Keluarga-keluarga dah restu atau belum? Tak restu pun, boleh jadi tunang juga. Bila dah jadi tunangan orang, makanya jangan nak bergediksss dengan jejaka lain. =P

Friday, August 27, 2010

Save The Date?

Salam peeps!! 

Ramai yang baca blog ni adalah kawan-kawan blog lama, so kamu-kamu dan kamu dah sedia maklum yang yours truly ni getting married in 2011. Yang close frens pula dah diberitahu bahawa wedding ni akan berlangsung lepas raya. Yakni raya tahun depan yer korang, bukan tahun nie. Pengsan lah kalau tahun ni kan. 

So, saya dah informed my parents suruh mereka pilih tarikh yang sesuai. Saya tak mementingkan tarikh sangat, elok pada parents saya. Elok pada saya juga. Lagipun wedding ni bertujuan nak panggil sanak-saudara dan rakan-rakan untuk datang makan-makan dan berkongsi moment terindah dalam hidup saya, kan? Confirmation date belum ditetapkan lagi, tapi saya boleh bajet yang wedding saya akan berlangsung sama ada raya ke-3 atau raya ke-4. Dan saya memang akan terima kenyataan bahawa rakan-rakan baik saya agak sukar untuk ke Besut pada waktu itu kerana itu adalah hari raya. Most of my close frens are married by that time and semuanya bukan orang Pantai Timur. So, memang tak boleh mengharapkan kehadiran mereka. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Ok-ok dah, tak nak komen lebih-lebih nanti saya sedih.


 Calendar ni amik kat sini. Credit to them.


So, tarikhnya mungkin 02.09.11 atau pun mungkin 03.09.11. Yang 03 tuh pun cantik juga nombornya. Tapi hari Sabtu. Kalau 02 dua tuh jatuh 3 Syawal dan hari Jumaat. So, what do you think? Ada sesiapa yang kenal orang-orang yang boleh suggest tarikh tak? 

Nak cari tarikh ni pun bukan perkara mudah kan? Hanya satu tarikh sahaja yang akan dipilih dan hanya sehari sahaja majlis kahwin saya. Majlis akad nikah dan sanding-sanding pula hanya bertujuan untuk photography semata-mata. Majlis yang simple but yet mesti meriah. Still tak dek idea lagi macam mana majlis yang saya inginkan. Akan cuba membuat lakaran 2D after raya nanti kerana nak dapatkan measurement rumah parents saya di kampung. Kang curahkan idea over-over sekali serabut je tengok sebab banyak sangat decoration. Okeyh lah, tak nak bebel lebih-lebih. So, have a nice weekend to all of you.

Thursday, August 26, 2010

Badanku Gemokk & Berlemak Makk Makk

Salam peeps!!

Petang semalam, sempat ke Celebrity Fitness. Bukan pergi nak work out or training or seangkatan dengannya lah, tapi pergi semata-mata nak timbang berat badan yang ter'latest. 

Ingatkan dah 2 minggu berpuasa, berat turun lah sekilo dua. Malangnya tak turun-turun pun you all. Dah la mesin timbang kat situ tak menipu or ralat. Memang rasa nak hempuk-hempuk je. Pulaknya, mesin kat gym kan boleh analysis badan kita nih macam mana kan. Yang tak boleh blah tuh tang FAT dalam badan. Fat bukan bermaksud gemuk disitu, tapi LEMAK. LEMAK dalam badan saya adalah sangat-sangat tinggi. Air dalam badan adalah sangat rendah. No good. 

Selepas dianalisis, berat saya ialah 45kg. Berat ideal kena cecah 43kg. So, saya lebih 2 kilo di situ. Ikut BMI, saya pada paras normal. Menurut kertas analisis tu, saya perlu kurangkan 4.5kg lemak dan tambahkan 2.2kg muscle dalam badan. Tang muscle tuh saya tak tahu macam mana nak buat. Itu kena serahkan pada Encik Tuney. Yang lemak 4.5kg tuh memang tak boleh blah. Banyaknya lebihan lemak!!! Hahahahahaha.......
 
Menurut analisis tersebut juga, lemak paling banyak adalah tang bo**** dan pinggang. Memang tak tipu, kat dua area tersebut tetiba je gemuk semacam. Dulu saya tak dek aset bo****. Flat jer dan selalu kena ejek dengan kawan kat universiti. Now, bukan aset je tapi lemak. Hahahaha.... Tang pinggang tuh tak payah cakap lah, dulu 23/24 but now 27.  T______T


 Seksiss pulak gambar ni, tapi nasib baik lah sebagai gambarajah je. Tak dek lah saya ukur sebegitu sekali yer. Saya ukur lemak guna mesin je. Kalau guna caliper mahu lebam perut ku sebabnya tebal sangat kot lemaknya. Hahahaha.... Tapi lemak dalam badan Encik Tuney hanya 10% sahaja. Kurang lemak dalam badan juga tak elok katanya, boleh jadi bodoh dan lembab. So, gemuk-gemukkan diri supaya kita pandai. Kuikuikuikui..... Credit to here.


Another thing, my figure pun out of shape. Sangat menyedihkan. Dulu-dulu, memang tak ambil tahu pun. But now, i have too. Nanti apa pula pandangan orang terhadap Encik Tuney. Dia berjaya buatkan badan orang lain cantik, tapi kat tunang sendiri fail. Hari-hari kena ejek dengan beliau tau. Sangat stress. Memang lah beliau tak kisah, tapi saya kena jaga nama baik beliau juga. 

Btw, before akhiri entri ni, pada sesiapa yang berminat nak belajar muay thai atau kick boxing, boleh lah tinggalkan email kalian kat komen box yer. Kick boxing boleh loss weight dengan sangat banyak sebenarnya selain sebagai seni mempertahankan diri. Jom ramai-ramai memeriahkan kelas kami, insya-Allah after raya akan start dan tempatnya di Petaling Jaya. Dan after raya juga lah saya akan start misi menghilangkan 4.5kg lemak di dalam badan saya ini. Chaiiyokkkk!!     

Wednesday, August 25, 2010

Bulan Shopping

Salam peeps!!

Sepanjang bulan ni, saya berjaya menghabiskan duit saya dan juga duit encik tuney untuk bershopping sakan. Owhh bukan saya memaksa beliau. Tapi beliau yang baik hati untuk memberi. Tak kan nak tolak-tolak pulak kan? Rezeki tak baik ditolak. =P

Entah kenapa sepanjang bulan ni saya beria sangat, maybe sebab nak raya. Kononnya beli atas alasan nak raya tapi saya dah pakai awal-awal lagi. Memang bukan seorang yang penyabar. Hahahaha... Lagipun, ni bulan terakhir nak shopping for kehendak. After this, dah kena saving dan bayar itu-ini untuk wedding thingy. Kena sacrifice untuk shopping. Monthly banyak juga saya kena cut cost for saving. T______T. 

  • One pair of shoes from Vincci. Saya kan loyal customer Charles & Keith, unfortunately design C&K tiada menepati citarasa pada waktu tersebut. 3 kali tau pergi C&K, kot-kot diorang ada letak yang new arrival ke apa, tapi hampagas saja yang ada. Malangnya, harga Vincci pun sekarang agak mahal. Tak pernah beli kasut di Vincci melebihi RM100 for one pair, but kali ni dah pecah rekod sebab dah berkenan sangat.  

  • 2 pasang kain cotton di Jakel. One for me, and the other one for my future MIL. Kain cotton saya dah selamat dihantar ke tailor. Siap ke tak, tak sure tapi saya dah ada 3 pasang baju raya. So, no big deal if baju tersebut tak siap, tapi saya teringin nak pakai since upah jahit mahal oooooo... RM110 ko. 

  • 2 helai tudung from Najjah. Saya beli di butik seperti entri ini.

  • 2 helai baju ruffle-ruffle from Zara. Yang ni encik tuney yang belanja. Terima kasih.

  • Perfume from Body Shop. Now kena berjimat-cermat. Asyik keluar je kan, Anna Sui saya pun cepat habis. So kena cari alternatif yang lain sebagai perfume harian. Anna Sui akan digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.

  • 2 handbags. 1 from Charles & Keith (encik tuney yang belanja). And another one from Seed (sendiri belanja).


Tak dek piccas so ciluk di C&K website. Besar bag ni, kiranya kalau setakat nak letak 2 pampers baby pun mmg muat.


Yang ni pula, saya terpandang di Isetan KLCC. Berkenan sebab design dia ala-ala Coach. Nak beli coach tak mampu you all. So, dapat design ala-ala pun from the cheaper brand kira okeyh lah kan. Tapi malangnya, masa kat KLCC yang display tuh je yang tinggal. Dengan kotornya, so tak jadi ambil. Then, 2 weeks after that pergi Padini Concept dekat Ikano, pun tak dek juga. At last, Padini Concept di The Curve yang ada, tuh pun tinggal yang display. Tapi still elok dan bersih. Masa pergi tuh tak berniat nak beli. Duit ada, cuma tak lah tekad mana nak beli. Tanya sales girl boleh reserve ke tak. Then, the sales girl cakap boleh reserve, so reserve lah. Dua hari lepas tuh, datang balik dan beli. Hahahaha, sangat dasyat kan if dah suka sangat.


Sesi shopping tak habis lagi, now still 25th of August kan? This weekend nak beli Crocs shoes for Encik Tuney and my dad. Beli online je you all. Murah tau, boleh ke sini. Katanya original, hope memang original lah.

Tuesday, August 24, 2010

Ke'blur'an Barang Hantaran

Salam peeps!!

Orang sibuk duk shopping raya, saya pula sibuk tanya pasal barang hantaran pulak. Bukannya nak shopping sekarang pun, cuma nak list'kan perkara-perkara yang perlu dibeli di kala YES nanti. Make-up dan perfume memang patut di beli masa YES nanti, cumanya saya tak suka beli those thing dalam jangka masa yang lama (8-9 months). Nanti ada sedikit lari baunya. Make-up pun tak elok, orang kata lah. Anyone boleh betulkan saya?? Cik Puan make-up artis??

Ingat-ingat nak beli jam. Harga jam dan design memang akan cepat drop or bertukar ke? Saya selalu usha Guess, harga macam tak dek sale je unless pergi cari kat kedai jam selain butik Guess. Design pun sama je since last few years. Lari pun sikit jer lah. Memang dah lama nak pakai jam Guess tapi mak tak mampu nak beli. Tang jam, saya kedekut sedikit sebabnya tak pernah beli jam sendiri. Hehehehe..... I love my Rado. Wore it since 2004 till now without any scratches and turun warna. =)

Untuk jam pihak lelaki pula, which brand yang ok dan affordable yer? Orang lelaki memang suka demand jam mahal-mahal ke ekh? Tension okeyh.... If jam less than RM1K should be no problem, if more than that, memang mahu pengsan lah kan. Senang-senang beli jam couple je. 

Owh tak sabar pula nak start beli barang hantaran. Kami akan start beli sikit demi sikit. Harapnya rezeki makin bertambah so that memudahkan lagi majlis kami. Amin....

Saturday, August 21, 2010

Iftar Di Pannaz

Salam peeps!!

Hari Khamis yang lalu, berbuka di Pannaz, Damansara Perdana. Kat situ ada disediakan buffet. Harganya RM39.90, tapi for me tak berbaloi. Pilihan makanan tak banyak seperti di Vistana Hotel tapi kuih-muih dan dessert di Pannaz sedap jugak. Even ayam masak lemak pun not bad. Tapi tuh la, choices of food tak banyak. Rasa macam rugi je. Dan ada sedikit rasa bersalah pada Encik Tuney. 


Piccas taken from here. You peeps can go there too for better review.


But, the foods was not bad. If nak makan bukan buffet untuk berbuka, kena call dan tanya lah. Rasanya better makan yang bukan buffet. Harga pun berbeza lah kan. 

Owh btw, saya bukan boikot Pannaz, cumanya pandangan peribadi. Terpulang pada masing-masing nak nilai its worth to spend or not. For me, sure i'll say nope. Tempat buffet yang best adalah di Villa Felda atau Dewan Perdana Felda. Sangat-sangat worth it.

Okeyh lah, update cerita lain later. Asyik pasal buffet je, bosan jugak. Tapi sepanjang bulan posa ni memang banyak aktiviti men'google' tempat makan. Hehehehe.... =)
    

Thursday, August 19, 2010

Package Buffet Terbaik

Salam peeps!!

Sepanjang bulan puasa ni memang saya asyik makan kat luar. Hanya sekali je dapat berbuka di rumah. Yang bagusnya berbuka di rumah sebabnya tak perlu nak rushing cari surau atau masjid atau balik rumah nak kejar solat maghrib dan isyak-terawikh. Kalau makan kat luar, memang badan agak penat sikit sebabnya nak rushing situ-sana-sini. Dengan maghribnya, solat terawikhnya. 

So far alhamdulillah, even makan kat luar, kami makan dekat-dekat area rumah tak pun kat area Bangsar Village. Situ ada surau dan juga masjid. Tapi bila je ada undangan nak berbuka makan buffet, memang agak merisaukan juga sebabnya takut susah nak bersolat dan terkejar-kejar. Sayang juga nak tinggalkan terawikh. 

Pagi tadi, lalu depan Tabung Haji Jln Tun Razak. Dah berhari-hari dah perasan ada banner ala-ala makanan. Thought that banner pasal pasar ramadhan, rupanya banner pasal buffet ramahdan. Yang bestnya, harga buffet kat situ murah dan packages dia include sekali dengan solat maghrib, isyak dan terawikh berjemaah. Diorang siap provide air zam-zam dan juga buah kurma. Best kan?? For me, setakat nih buffet yang terbaik lah kat Tabung Haji ni. Mana nak dapat air zam-zam kan? For berbuka pula tuh. 


 The promotion details. Piccas taken from here


Sedap ke tidak, saya tak pasti. Insya-Allah, saya akan cuba ke situ. Nanti saya update pasal tempat tersebut. Or else, ada sesiapa pernah ke situ? Boleh tolong review untuk saya. Hehehe... Sharing is caring kan? Ohw btw, saya ada list kan few tempat yang provide buffet, u peeps can visit here. ;)



p/s : hari ni pakai baju baru from Zara, thanks Encik Tuney sebab sangat sweet belikan saya 2 helai baju baru. sayang, sayang abang... woottt wooottt.... =P

Wednesday, August 18, 2010

Kenapa Buka Blog Baru?

Salam peeps!!

Ada a few bloggers tanya kenapa saya buka blog baru? Memang sebenarnya saya amat sayangkan blog lama. Mana tak sayang, banyak cerita ada dalam blog tersebut since 2007 lagi. Tapi apa kan daya, ramai pula yang tak diingini tahu pasal kewujudan blog tersebut. Kalau yer pun mereka lupa URL nya, mereka google saja 'mizzamy' dan akan terus ke blog tersebut. Tak ke tak best namanya? 

Lagipun, saya tak nak kisah-kisah lama saya dibaca oleh Encik Tuney. Saya tak nak beliau jealous or whatsoever. Even beliau tak tahu URL blog baru, tapi beliau tahu akan kewujudan blog ini. Cuma, dia tak dibenarkan membacanya. Saya akan malu tahap kuasa empat juta jika beliau baca nanti. 

Kewujudan blog ini adalah mengenai kehidupan baru saya. Cerita lama adalah diari lama, dan saya perlu menutupnya rapat-rapat. Past is past kan? Now, diari baru dan saya akan cuba sedaya-upaya untuk lebih matang dalam penulisan blog. Kadang-kadang mood English, kadang-kadang mood 'pasar', dan kadang-kadang mood 'skema'. Harapnya ada yang sanggup melayan karenah entah apa-apa saya ni.Bye-bye peeps!! ;)


p/s : semalam 1st time berbuka di rumah. teruk kan? asyik makan kat luar je. T____T

Tuesday, August 17, 2010

Berbuka Di Vistana Hotel

Salam peeps!!


Hari Ahad yang lepas, Encik Tuney tiba-tiba je excited nak berbuka makan buffet. So, saya laju-laju buka my blog via my blackberry. Bagus juga ada blackberry sebabnya boleh nak google-google or buka blog tak kira di mana anda berada. So, buka blog sendiri dan cari buffet yang paling murah dan senang nak pergi.

So, decided to Vistana Hotel. Memang tak pernah pergi pun dan tak tahu pun di mana letaknya Vistana Hotel itu. Nasib lah blackberry ku boleh google map. So, berjaya juga sampai di situ. 

Makanan yang disediakan memang banyak tapi tak sebanyak di KGPA dan Felda Villa. Harga di Vistana Hotel pun murah, so tak boleh highly expectation lah kan. Harga buffet di Vistana Hotel RM39++, after tax dalam RM45. So, not bad lah kan. The taste, main menu memang sedap especially rendang ayam dan daging. Ayam masak merah dia pun sedap. Ada nasi putih, nasi tomato, dan tak sure pula yang lain tu sebab saya nampak nasi tomato sahaja. LOL... Cuma kuih-miuh dan desserts tak berapa nak sedap. Saya suka Felda Villa punya kuih-muih dan desserts. Memang sangat yummyyy siap ada coklat celup-celup.    


Malu nak snap over-over sebabnya ke situ dengan future FIL. Kang snap gambar makanan, tercekik plak bakal Baba saya tuh. Ingat bakal menantu dia nih sengal ke apa.


Sebelum balik, future MIL sempat nak bergambar. So, saya tumpang sekaki lah dengan camera phone saya. Kononnya cakap nak letak kat FB. LOL..... memang ada letak kat FB pun, so tak kira menipu lah kan. 


Yang belah kiri tuh adik ipar Encik Tuney. Yang tengah tuh pulak my future MIL. Yang berbaju hitey itu adalah Encik Tuney terchenta-mental. 


Now, saya dah panggil future PIL saya dengan nama Mama dan Baba. Erm, ambil masa juga lah nak biasakan diri dengan panggilan tersebut. Hehehehe... Ohw ya, pada sesiapa yang nak tahu list Ramadhan buffet yang agak affordable, boleh ke entry saya yang ini. Saya ada membuat penambahan beberapa restoran. Harap dapat membantu sesiapa yang sedang mencari tempat berbuka puasa. ;)


p/s : hari khamis ni akan berbuffet lagi. still tak tau nak pergi kat mana. ermmm......

Monday, August 16, 2010

Shopping Tudung Di Najjah

Salam peeps!!

Pagi Sabtu yang lepas, tangan tergatal buka Najjah.com. Then, found out yang Farah Adeeba pengacara TV9 dah buka butik beliau di The Strand,Kota Damansara. Usha-usha kat website, then memang ada berkenan di hati. Lepas je habis kerja kat ofis dalam jam 1pm, terus ke Kota Damansara seorang diri. Kalau bawa Encik Tuney, susah sikit sebabnya citarasa kami ni ada sedikit berbeza. Apa yang dia suka, mesti saya tak berkenan.

Pusing punya pusing kat The Strand, at last jumpa juga butik Najjah ni. Betul-betul bersebelahan dengan Giant and Gulatis. Kat The Strand dah ada Gulatis, Ariani and now ada Najjah. So, tak payah susah-susahkan diri ke Jln TAR lagi kot. If nak those brand la, if nak cari yang murah-murah memang kena ke Jln TAR jugak sebabnya memang berbaloi-baloi you all. 


Kena cari betul-betul sebab butik Najjah kat 1st floor bukan ground floor.


Diorang tak banyak collection lagi, tudung pun ada a few type je. Saya berkenan dengan warna-warna tudung di situ tapi malangnya kena tengok warna kulit sendiri dulu la. Dah gelap namanya, nak ber'color'ing pun susah. T_______T 


Dua color dan dua jenis tudung yang berbeza. Ikut hati nak beli lagi 2 color yang sama jenis dengan tudung kelabu, tapi teringat peringatan dari Encik Tuney, "shopping tuh shopping gak tapi jangan membazir". T_____T


Yang kelabu tuh memang sedap pakai dan ringan je. Yang pink tuh pulak macam tak berapa nak selesa sangat sebab material dia tak selembut material yang kelabu. Tapi oleh disebabkan nak nampak chantek ada beading besar-besar tu, so kena lah sacrifice sikit. Tapi tudung yang pink tu senang nak kasi nampak bujur. So, tak dek lah bulat sangat kan? Tip tak nak kasi bulat ialah, make sure jangan ketatkan inner anda. Seboleh-bolehnya cari inner yang sedikit longgar. Jangan lah longgar sesangat pulak, nanti rambut senang terkeluar. 

In thought, akan ke situ lagi before raya kerana nak menambahkan lagi koleksi tudung raya. Jangan tak tau, yang dua kat atas tuh dibeli alasan kerana nak pakai untuk raya. Tak dan-dan dah pakai awal-awal. Hehehehe...... Alahh... Bukannya ada orang tahu pun kan? Siapa yang baca ni sila simpan rahsia saya tau... ;) 


Friday, August 13, 2010

My Engagement Ring

Salam peeps!!

Dah lama dah nak update pasal engagement ring ni, tapi asyik terlupa dan terus terlupa. Sebelum tak tercerita langsung baik saya cerita di kala-kala saya sangat rajin nak ber'update ni. Kalau perasan, saya asyik update blog je kan? Biarkan..... Angin rajin datang pula tiba-tiba, padahal drawings banyak menanti ni haa... Hehehehe.... 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadddaaa

White gold ring. Sila abaikan tangan ku yang gelap gumpita itu.


Masa mula-mula pakai cincin tu memang tak selesa sangat sebabnya kat bahagian penjuru yang pegang diamond tu sangat tajam. Boleh merosakkan baju dan tudung. My mum bagi petua, suruh saya gosokkan bahagian penjuru cincin tu dengan tempat-tempat yang soft macam atas katil atau bantal or anywhere yang soft. Jangan gosok kat tempat yang rough pulak kerana boleh rosak cincin kesayangan tu nanti. Alhamdulillah, selepas 3 minggu cincin saya dah tak tajam sangat. I mean, ianya tak kan melukakan diri sendiri dan juga pakaian saya. Hopefully tak kan merosakkan baju raya saya nanti. Hehehe.... 

So, if sesiapa yang ada masalah yang sama, sila lah ikut tips dari ibunda saya. Memang menjadi. Saya suka gosok cincin saya time sebelum nak tidur. Hehehehehe....



p/s : rajin sungguh, setiap hari ada 2 entri. memang rajin....

Perubahan Pada Diri Ku

Salam peeps!!

Dah lama tak bercerita mengenai diri sendiri, I mean membebel pasal berat ringan badan, jerawat ker and bla bla bla... This few couple of weeks, saya memang bertukar menjadi perempuan yang pemalas. Pemalas dari segi nak ber'make-up' ke ofis dan ke mana jua. Sebelum ni, kalau keluar je rumah pastinya akan menempelkan foundation dan bedak. But now, memang agak-agak jarang nak guna foundation. Unless bedak sebabnya tak nak kasi nampak kusam sangat muka ku itu. Blusher ke, eyeshadow ke, eye liner ke or maskara ke memang dah tak sentuh lama dah. 

Alhamdulillah, make-up less telah mengurangkan jerawat di muka. Memang ada lah positifnya kan. Even nampak pucat macam orang sakit tapi for the long term, muka saya dah become better. Muka saya memang jenis muka berjerawat dan kesan jerawat pulak memang lah amat susah nak hilang. Makan berbulan-bulan lamanya. But now, dah kurang sedikit kesan-kesan jerawat tersebut. Syukur.... 

Now dah berani keluar rumah tanpa make-up. Dulu macam ada sedikit rasa low self-confidence.



So, sesiapa yang berkulit sensitif sila make-up less. Banyak kebaikannya saya rasa. Even muka pun dah tak berminyak sesangat. Nak makan ubat Dr Nathan, kerisauan pulak sebabnya next year dah nak kawin. Syarat makan ubat tersebut, tidak boleh mengandung dalam jangka masa 5 bulan. If berterusan makan ubat, maknanya bertahun lah kot tak leh pregnant. Nak tak nak, kena lah jaga muka dengan cara tersendiri. T____T

Ohww btw, perubahan lain yang paling ketara pada diri ku ini ialah berat saya berjaya cecah sampai 45KG!! Makkkkk aaaaiiii....... Tak pernah-pernah seberat itu. Dan semua orang tegur sebab saya sudah berisi. Mr Fiance pulak hari-hari ngejek saya gemuk. Sangat lah tension kan. Dulu kurus dalam 38kg semua orang bising kurus sangat. Now dah berat 45kg pun orang bising sebab berisi sangat. Nampak macam belon sebab bulat gedempol. So, bulan puasa ni saya akan cuba sedaya upaya saya untuk dapatkan balik berat sebelum saya bercinta dengan Mr Fiance iaitu 42kg. Then lepas puasa, saya akan giat ke gym. Mr Fiance cakap, dia tak sanggup nak buat personal training dengan saya. Memang tak kan menjadi nanti. So, he will asks his friend untuk men'training kan saya yang memang terror bab-bab ngelat nih. Saya tak nak kurus kering, saya nak nampak slim tapi ada aset macam J-LO. Opppsss..... OFF TOPIC!! Hahahaha..... 



p/s : hari ni dah jumaat lah, happy weekend you all...   

Thursday, August 12, 2010

Sesi Luahan Perasaan =(

Salam peeps!!

Mood hari ni memang totally down, semuanya gara-gara 'politik dalaman' rakan sepejabat. Rasanya memang dah lama tak bercerita atau meluahkan isi hati yang tak best dalam blog. Malangnya, hari ni macam-macam hal pulak berlaku. Perkara kecil je tapi kecoh bagaikan perang dunia ke-3. 

Kalau ikutkan hati, memang dah lama chow dari sini tapi I masih waras lagi. Titot tuh monthly nak kena bayar. Tak berbayar, tarik lah jawabnya. Kalau dah kena tarik, jalan kaki lah ke mana-mana. Nak harapkan Mr Fiance, he's busy with his work unless time tu beliau free. Ermmm.... Mengenangkan nasib yang agak malang tapi tetap bersyukur kerana rezeki masih ada kan. Yer lah, setiap bulan dapat gaji. Boleh makan, minum, bagi parents, jenjalan, shopping and bla bla bla..... 

Tapi kenapa lah rezeki ku di sini? Tempat ala-ala jin bertendang. Oppss... Tengah-tengah bandar KL kira jin bertendang ke? Kalian fahamkan sendirian berhad jer lah maksudnya. Dengan tidak dibenarkan bersolat, hari Sabtu kerja, dan banyak lagi perkara yang tak best. Kesian kan kami-kami tak boleh solat kat sini. Tapi most of muslims solat jer cuma kami cari port sendirian berhad dan zip mulut rapat-rapat. Alhamdulillah, so far memang semuanya still under control. I got my own room for solat. If one day nak kena tukar bilik lain or floor lain, memang agak mendatangkan masalah besar lah. Hopefully tak dek lah macam tu sekali.

Aishhhhhh..... Apa pun, saya bertahan di sini sehingga urusan wedding ku selesai. Then after that, kena fikir haluan hidup yang baru. Nak further study atau kerja sambil belajar atau seangkatan dengannya. Malas nak fikir buat waktu ini. Minda ni letih. Nasib jiwa tak letih okeyh..... 

Okeyh lah, habis sudah sesi luahan perasaan yang entah apa-apa. Selamat berbuka puasa buat kawan-kawan blog ku. Malam ni Insya-Allah malam ketiga terawih bersama insan terchenta. =)

Ramadhan Buffet 2010

Salam peeps!!


Masuk je bulan ramadhan ramai je yang planning nak berbuffet with family dan friends kan? So, saya ada google-google few tempat. Hope entry ni dapat membantu sesiapa yang mencari-mencari buffet yang affordable sepanjang bulan ramadhan kali ni.  Selamat berpuasa semua, berbuffet tuh berbuffet juga tapi jangan sampai membazir. ;) 

Restoran Cerana                                                                                  
Adult RM49.50 nett, Children RM27.50 nett                                            
Location : Batu 7, Lebuhraya Cheras Kajang 43200 Cheras, Kuala Lumpur   
Phone: 03-90803715                                                                                 
Website : http://cerana.com.my/index.php  

Strudels Cafe                                                                                         
Adult RM20.00 nett Child 5-12 years old RM12.00nett                                     Location: Lot 17, Ground Floor, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Phone: 03-4257 8323 
Fax: 03-4257 8323  

Vistana Hotel
Adult RM 39++ , Children RM28++                                                         
Location : 9, Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Phone: 03-40428000
Website : http://www.vistanahotels.com/vkl_main.php    

Chakri Xpress 
Adult RM42.90++, Children RM24.90++                                                  
Location : G&S, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct1,62000,Putrajaya
Phone: 03-88901616
Website : http://www.chakri.com.my/  

Dewan Perdana Felda 
Adult RM50 nett
Location : Felda D'Saji Sdn Bhd, Blok J Anjung Felda, Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur
Phone : 03-2698 8302, 2693 0008
Website : http://www.feldadsaji.com.my/  

Restoran Felda Villa 
Adult RM58 nett
Location : Felda D'Saji Sdn Bhd, Blok J Anjung Felda, Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur Phone : 03-2698 8302, 2693 0008
Website : http://www.feldadsaji.com.my/  

Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)
Adult RM48+, Children RM24+
Location : Bukit Kiara, off Jalan Damansara, Kuala Lumpur                         
Phone : 03-7957 3344 / 03-7957 5310
Website : http://www.kgpagolf.com/  

Restoran Sri Melayu 
Adult RM70++, Children RM40++, 15% off for senior citizen
Location : No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Phone : 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Website : http://www.serimelayu.com/  

Istana Bambu
Adult RM49 nett, Children RM28 nett
Location : Lot 841-842, Jln Hulu Kelang - Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
Phone : 03-4251 4717, 012-371 4204
Website : http://www.istanabambu.com.my/

Desa Paku Cafe & Restaurant
Adult RM35 nett, Children (below 12 years old) RM21 nett, Children (below 2 years old) FREE
Location : Desa Paku Cafe & Restaurant, J-G-07 & I-G-06, Taipan 2, Jalan PJU 1A/1, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Phone : 03-7842 6634 / 03-7842 6637


Pannaz
Adult RM39.90 nett, Children 21.90 nett
Location : LOT G-8, Ground Floor, JLN PJU 8/3A, D19 Damansara Perdana, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya. 
Phone : 03-7710 0099
Website : www.pannaz.com.my


The Apartment 
Adult RM55.90++, Children RM19.90++
Location : Lot 72, 73 & 74, 152, Ground and first floors, Western Courtyard, The Curve Shopping Centre, Mutiara Damansara / Lot G48 & 139, Ground and first floors, Suria KLCC, KL.
Website : http://www.atheapartment.com/

Aseana Cafe'
Adult RM59.90++, Children RM29.90++
Location : G11-G20, Ground Floor, Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Phone : 03-2382 0395
Website : http://www.melium.com.my/

Marche' Restaurant 
Adult RM58 nett, Children RM28 nett  *buffet price is not inclusive of beverage*
Location :  G87 Ground Floor, The Curve, Mutiara Damansara
Phone : 03-7727 8461 / 03-7728 9200
Website : http://www.marche-malaysia.com/ramadhanbuffet.html
 
TaHa @ Tabung Haji
Adult RM38 , Children RM21
Location : Dewan Besar Tabung Haji, Jln Tun Razak & Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
Phone : 012-710 0084 - Mr Ezra Rizal.
*the complete Iftar package includes tazkirah by guest Ustaz, complimentary Zam Zam water & tamar. solat maghrib, isyak and terawikh in jamaah*


Enough for today, I will update later on if I found another Ramadhan buffet dinner offer. And the details of cuisine, you need to visit their website or it's better have a phone call because the menu is different each day.  



p/s : semalam berbuka makan nasik goreng kampung je you all. i'm sooooo not in the mood to makan-makan. trust me, i'll lose 2-3kg this month.

    Wednesday, August 11, 2010

    1st Time Terawikh Together

    Hello peeps!!

    Alhamdulillah, last night managed to do 8 rakaat for terawikh at Masjid Jamik Sultan Abdul Aziz, PJ. Don't laugh at me, I know it's only 8 rakaat tuh pun nak kecoh kan? But then again, still grateful for the opportunity that Allah gives me. Is there any chance of another year? Wishing that I'm still breathing and get the chance. You peeps too.


     That's nothing I could say, I am really grateful that I found him.


    After the terawikh, on the way sending me home, Mr Fiance looking for something to eat for his sahur. Then, he bought 3 burgers at Otai Burger. OMG, I could not imagine how he managed to settle down those burgers this early morning. He ate a lot lately while me losing my appetite and losing my weight a little bit. But I'm happy if I could reach back my 42kg. 



    p/s : tak mengantuk pun and still not soo lapar. yeeeaaayyy...

    Wedding Budget? Help Me!!

    Ramadan eid mubarak arrived and happy fasting you all , and not only a month then follow by Shawwal. Then raya, yipppiiieee.... For me, the 'day' is coming closer even though its actually a year from now. But for those who are called bride to be, they have started come to think of their functions and all.

    But for me and mr fiance, we're not decide or think anything yet. Even on duit hantaran, 'save the date', or  even our theme, we really have not decided yet. And the most basic things before bride to be start planning to their big day is all about the budget needed are still not on our mind because we are still not yet counting this and that.

     
    Indeed, I was a bit blur on the budget. What is the budget required for a simple wedding? Asked a few friends and they advise to have or saving some money which at least Mr Fiance must have around RM30K. It's soooo banyak and I'm not sooooo sure RM30K can be saved within a year. Let us together pengsan and only just a dream to reach 30K. Hahahahaha .... But I think it's a trend now which is bride to be will spend that much of money. It's there anyone who can help me to give an idea of budget? It seemed that I want to become a wedding planner back then, but I don't know anything. Poyo je lebih kan.


    Ohww btw, last month we went to Kerja Kawin exhibition and usha-usha a few bridals and wedding planners. I was quite impressed with the package of ReinZaid. For me, his package a bit cheaper rather than others. But in this such matters Mr Fiance should be discuss with his family first.


     RienZaid's package. Piccas taken from RienZaid Facebook.


    On my side, I will consider all by myself such on the idea and all. Even on money, I should think it also because I have my own tastes, and may be a bit contrary with my mother, and so I have to pay what I want. It's sound is soooooo hard because I need to pay it. But for makan-makan thingy will all depends on parents. I don't want to kacau. Hehehehe.... Owhh my, I should start saving for the wedding. Promise myself to maximize it but yet still shopping here and there. Ohhhwwww..... My bad!! T_____T 



    p/s : nak berbuka makan apa yerk nanti?? 
     

    Tuesday, August 10, 2010

    Happy Fasting You All

    Tomorrow is the first day of Ramadhan, I would like to wish happy fasting to all Muslims. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. A year has passed so fast, isn't it? 


    Indeed, I am sooooo excited to wait for the Ramadhan, seriously I have that feeling since early of the year and I don't know why. Apparently, what I've been waiting for months already answered, Allah give me a chance to fast with my beloved fiance. Alhamdulillah....


    1st Ramadhan together.







    We both plan to 'bertarawikh' together at the mosque, perhaps a nearby mosque in Bangsar Village. Mr fiance need to do training in the gym after tarawikh and as his 'future wife', I should accompany him. It's sooo poyo, but then only if I am sooo rajin lah then I'll accompany him.

    Before I started the crap session, preferably I finish this entry here. Ohhww btw, HAPPY FASTING TO ALL. Do not forget your sahur ya my friends. Sahur is a must for me and one more thing, I don't buy a date yet. Should I try Yusof Taiyoob?


    Last but not least, I paste an advantages to the first night of tarawikh:
    "Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan".


    p/s : what should i eat for sahur ekh? nasik? oat or bread?

    BlackBerry Is Going To Ban? Ohhhwww NOOOO!!

    Hello peeps!! 


    Piccas taken from google


    For those who watched news on TV last night must have been aware of the Malaysian government is considering to ban Blackberry phone. They are reviewing the safety of the Blackberry and its status is still unknown.

    As a user of Blackberry, I feel very aggrieved since I am addicted to it. If the use of Blackberry Messaging (BBM) is not safe as what they said, they did not need to ban the Blackberry phone. Just ban some applications such as BBM like what Indonesian government did. If the ban confirm, I was very surprised that just bought a blackberry phone a few months ago, I think two months ago.


    I have to pray a lot, hoping that the decision in favor of a blackberry user. The government should also think about the 'rakyat' who have bought its at a very expensive price. Its not just one hundred ringgit gadget. 


    To the Blackberry, please be taken accordingly in order your business not going to fall down.


    p/s : sorry peeps, trying hard to upgrade myself in English. 

    Monday, August 9, 2010

    Welcome Ehemm Ehemm

    Hello peeps!! 

    Welcome to my new blog "The Pink Dress Diary" *nama adalah tak boleh blah...sila gelak secara berjemaah yer...*Concepts and themes in the blog is still obscure. Even the name of the blog also just hentam keromo jer. Just give me some times to manage a little bit on the background and the widgets. So peeps, hope you will keep coming and read my craps and all. 




    Thanks again from Amy with love... ;)

    Monday, August 2, 2010

    ~ It's Plus-Minus A YEAR Left ~

    Salam everyone!! Penat lah google pasal bridal kat Kelantan. Not soo much lah, or i just didn't google it in details. Ada a few jer, tapi tuh lah sebab sikit je yang ada so tak dapat nak mencuci mata banyak-banyak. Memang nak kena spend time jalan-jalan area Jerteh, Pasir Puteh, and of course Kota Bharu untuk melihat sendiri the bridals.


    Pasal bridal ni, actually mak mertua Heri pun buat. Cuma, I just want to find another option which suite my theme and all. Sebab theme apa pun tak tau lagi ni. Hehehe... Just want to survey it first.


    Actually, i don't feel like to think about the wedding preparation. Entah lah, sangat lah tak excited. Serious, tak tipu!! Yang excited keterujaannya adalah nak beli rumah. Haaaa.... Boleh tak macam tuh? Dah beli rumah nanti, sah-sah la both of us dah tak dek duit nak saving untuk kawin kan? Hahahaha...... So, padan muka saya...


    Sebelum keterujaan nak beli rumah tuh meluap-luap and terbayar booking or down payment. Baik i start google or think about my wedding preparation. Hehehehe... Actually, about the booking nak beli rumah nih almost berlaku yer. Encik tunang tuh ter'over excited. Adooooiiii.... Nasib mak on the right mind. I just said, "we are buying a house, not buying a t-shirt my dear". Pheeewwwwww.... It's sounds sooooo not cool at all. Nak beli rumah ni, banyak benda nak kena kaji dulu. Nak kena google map dulu. Jalan-jalan area situ camne, facilities camne plak. Then, high density or low density residential area. If time hujan ribut-petir camne. If area lembah-lembah macam Bandar Tasik Permaisuri and area kiara toll, memang sangat petir kedebomm-bomm. If area betul-betul kat KLCC nie memang jarang petir nak sambar-menyambar. Of course lah mak tak mampu nak beli yang dekat area KLCC kan? Hahahaha.... Owwhh bukan apa, i nih penakut ya ampun dengan petir dan guruh. Al-maklum, nak jadik ibu kena lah kuat semangat kan? Kang ada je anak yang cool down kan mak dia di bawah comforter. LOL....


    Opppsss, sebelum termerepek about perkara-perkara yang tak sepatutnya, better i just stop all those craps. If anyone knows pasal bridal-bridal yang terdapat di Kelantan. Yang recommended yer, please let me know. I can sharing it here once i got a bundle of link. ;)

    Google Analytics Alternative