Followers

Follow by Email

Thursday, November 25, 2010

Resipi Fruit Cocktail

Salam peeps!!

Last Monday, saya bawa fruit cocktail ke ofis sebabnya kami ada sesi port luck. First time buat fruit cocktail nie dan Alhamdulillah, ianya menjadi. Siap ada yang puji cakap sedap dan ada yang tapau buat balik rumah. Hehehehe..... Okeyh lah, tak nak merepak banyak-banyak. Mari kita mulakan sesi main masak-masak untuk kali nie.



Bahan-bahan (untuk 5-10 orang) :
1 tin fruit cocktail 
1 tin nata de coco
1 1/2 tin susu cair
1 sudu tepung custard

Cara-caranya : 
1. Panaskan susu cair tersebut dan masukkan 1 sudu tepung custard. Kacau sehingga sebati dan pastikan api dalam keadaan yang perlahan. Tunggu sehingga mendidih.

2. Biarkan ianya sejuk dahulu, lepas tuh boleh campurkan fruit cocktail (dan airnya sekali) dan nata de coco (dan airnya sekali). 

3. Untuk kasi lebih kick, masukkan ais. Memang sedap.... ;)


If nak masukkan puding ke dalam air tersebut pun best juga. Cuma panaskan secawan tepung custad + air secukupnya (jangan terlalu banyak air nanti lambat nak likat). Gaul-gaul sampai lah dah betul-betul likat dan berkilat. Then, sejukkan ia ke dalam bekas. Lepas tuh, hiris dadu tapi jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. *gula, depends pada citarasa masing-masing. if yang suka manis-manis, boleh tambah gula masa ianya dipanaskan. pada yang tak suka pada manis-manis sangat, no need gula sebabnya air nata de coco dan fruit cocktail mmg dah terlalu manis.*  

7 comments:

K.I.N.A said...

nyum2..kina tambah telur kuning..^_^

~dARlee zURiS~ said...

best.suka fruit cocktail
amboii..dah praktis ek.ehemmm ;)

iedayah said...

wa..sukenye i tgk..terliur rsnye..

~LP Lum~ said...

salam amy~

sagat sedap nmpaknya... tp skang sy ngah semput xblh nak mam bnda2 yg sejuk2.. :(

anaztasias aira said...

okeh. sangat sedap :D

masmOna said...

drooling dah ni..yum2!

ashra said...

wah..da btul2 sedia nak kawin ni.hehe.
lama kita tak wat cocktail..le try resepi amy lak la..

Google Analytics Alternative