Followers

Follow by Email

Tuesday, October 5, 2010

Tip Memilih MUA/ Mak Andam

Salam peeps!!

Dari minggu lepas lagi saya cuba untuk mencari MUAmake-up artiest/mak andam di Kelantan/Terengganu. Tapi usaha google saya nih agak limited agaknya. Tak jumpa-jumpa pun lagi. Sila lah kesiankan saya. T_____T. If sesiapa nak recommend mana-mana MUA/mak andam di sekitar Kelantan/Terengganu please let me know. ;)


Ada a few tips yang saya jumpa while google'ing. Tips memilih MUA/mak andam :

- 1st thing first, pemilihan mak andam/MUA boleh dilakukan 6 bulan sebelum majlis. Especially MUA yang terkenal. 

- Sila pastikan agar Mak Andam anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama. Ini adalah kerana, terdapat ramai Mak Andam yang suka mengambil kesempatan dengan menerima tempahan pelanggan sehingga 4 orang dalam satu masa. Apabila ini berlaku, bakal pengantin juga yang menerima padahnya. Kerana apabila Mak Andam tergesa-gesa dan terkejar-kejar melaksanakan tugas, sudah pasti ada banyak perkara yang dibuat secara sambil lewa dan tidak teliti. Bukan sahaja anda tidak berpuas hati, malah sudah pasti penampilan anda tidak kena gaya.

- Bersikap cerewet terutama di dalam memilih warna solekan dan juga jenis hiasan sanggul mahupun cara pemakaian tudung. Nyatakan terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini amat memudahkan mak andam untuk merealisasikan penampilan anda seperti yang dikehendaki. Bukan sahaja anda akan berpuas hati, malah Mak Andam juga pasti gembira apabila melihat anda gembira. Oleh itu, perbincangan yang telus perlu dibuat sepanjang masa. 

- Kesilapan besar yang perlu dielakkan semasa memilih Jurusolek/Mekap Artis atau mak andam. Pastikan anda tidak dimekapkan seperti Drag Queen. Perlu berhati-hati jika tidak mahu merosakkan hari bahagia anda seterusnya memalukan diri sendiri. Sebaiknya, cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dengan Mak Andam atau Jurusolek/Mekap Artis yang bakal menyolekkan anda. 



 Piccas by : Chalet Chinta 
Make-up by : Ian Sham
 Tuan empunya diri, sorry yer saya buat awak jadi model. She's my bestfren and piccas diambil semasa beliau bertunang.


7 comments:

♥♥ eija ♥♥ said...

jom kita sama cari MUA yang terbaik hehe..

Anonymous said...

red glow?

sharifuddin N shakina said...

wah..ur friend ek amy..cantik..masa bertunang da cantik..masa kawen mst lg cantik..huhu..kina nak kak awyn tu jd MUA tp die xtau lg dpt g kuantan or tak..huhu..da la muke ni byk nak kena tutup..

~LP Lum~ said...

salam amy~

yup2... sgt betul.. kalo boleh, test make up dulu sebelum conform ngan MUA/mak andam.. :)

bukan ada yg wat sekali pakej ke amy??

Renee Meow said...

hye all..im a silent reader.. i linked n followed ur blog.. hope u dont mind.. :)

btw, thanks for d info about pemilihan MUA.. :)


Renee Meow
http://reneemeowwedding.blogspot.com

:: fAzRa :: said...

amy try tgk gbr akak tunang...amy suke tak dgn mekap dia?kalau amy suke....try tgk kat website dia....www.dpweddingplanner.blogspot.com

akak amik pakej tu sume dgn dia...hehehe

:: fAzRa :: said...
This comment has been removed by the author.
Google Analytics Alternative