Followers

Follow by Email

Monday, October 25, 2010

Kursus Kawin Done

Salam peeps!!

Alhamdulillah, weekend yang lepas saya dan Encik Tuney telah menghadiri kursus kahwin dengan jayanya. Yeeeayyy, dah boleh kawin dah. Hahaha.... Gatal lah kan. 

Kami berkursus di Masjid At-Taqwa, TTDI. Kursus kat masjid, so bersolat pun berjemaah lah sepanjang 2 hari tuh. Hehehe.... Btw, at first we both memang booking kat Pusat Bandar Damansara. Tapi atas sebab-sebab teknikal. Dewan kuliah tak leh guna sebab renovate ke apa entah, penganjur call suruh datang ke Masjid TTDI. 


 Masjid At-Taqwa.


Penceramah-penceramah yang hadir semuanya best-best. Banyak juga pesanan-pesanan yang diulang oleh setiap penceramah. Dan ada juga ilmu-ilmu baru yang mana sebelum nie macam agak confuse tapi malu nak bertanya. Kesimpulannya tak sempat nak mengantuk pun tapi cuma badan letih lah kan sebabnya dah lama tak hadiri sebarang kursus atau class seharian macam tuh. Dengan tak bangun-bangunnya kecuali time rehat. Memang menduga betul lah kan.

Owhh, saya sangat terkilan sebabnya tak sempat nak merasai nasi arab yang dijual di masjid tersebut. It's sooo tempting. Memang nak kena datang lagi dan cuba nasi arab tersebut. Rasanya harga tak lah mahal mana. Nama pun cafe kat dalam masjid kan, biasanya harga still reasonable lah. Minuman-minuman arab pun ada.

Pada mana-mana yang nak pergi kursus kahwin kat tempat sama, boleh lah usha website ni. 3 tempat yang berlainan tapi di bawah penganjur yang sama dan penceramah yang sama. ;) 

8 comments:

didieadila said...

wah ok lah amy..dpt pceramah yg best2..xla menguap sokmo kan..hehehe..

iedayah said...

wa..1 part da selesai...epy preparing amy..

~dARlee zURiS~ said...

so pasnie blh lah nikah anytime je ek.hehee

ashra said...

syiokkan gi kursus kawin.hehe.. =)

anaztasias einz said...

thanks sharing info. saya pun tgh survey nak wat kat ne ni =)

meo said...

wah... taniah...

kursus kahwin dah lepas.

kursus kurus lak.... huhuhu :p

Zumie said...

ohh tak saba rasanye..bila la my turn yaa..jeng jeng

luvira said...

ira tak g lagi..tapi maybe palnning bulan 18/12 nih kot..tuh je satu-satunya minggu yang free...hope everything will be ok on that day...

Google Analytics Alternative