Followers

Follow by Email

Monday, August 16, 2010

Shopping Tudung Di Najjah

Salam peeps!!

Pagi Sabtu yang lepas, tangan tergatal buka Najjah.com. Then, found out yang Farah Adeeba pengacara TV9 dah buka butik beliau di The Strand,Kota Damansara. Usha-usha kat website, then memang ada berkenan di hati. Lepas je habis kerja kat ofis dalam jam 1pm, terus ke Kota Damansara seorang diri. Kalau bawa Encik Tuney, susah sikit sebabnya citarasa kami ni ada sedikit berbeza. Apa yang dia suka, mesti saya tak berkenan.

Pusing punya pusing kat The Strand, at last jumpa juga butik Najjah ni. Betul-betul bersebelahan dengan Giant and Gulatis. Kat The Strand dah ada Gulatis, Ariani and now ada Najjah. So, tak payah susah-susahkan diri ke Jln TAR lagi kot. If nak those brand la, if nak cari yang murah-murah memang kena ke Jln TAR jugak sebabnya memang berbaloi-baloi you all. 


Kena cari betul-betul sebab butik Najjah kat 1st floor bukan ground floor.


Diorang tak banyak collection lagi, tudung pun ada a few type je. Saya berkenan dengan warna-warna tudung di situ tapi malangnya kena tengok warna kulit sendiri dulu la. Dah gelap namanya, nak ber'color'ing pun susah. T_______T 


Dua color dan dua jenis tudung yang berbeza. Ikut hati nak beli lagi 2 color yang sama jenis dengan tudung kelabu, tapi teringat peringatan dari Encik Tuney, "shopping tuh shopping gak tapi jangan membazir". T_____T


Yang kelabu tuh memang sedap pakai dan ringan je. Yang pink tuh pulak macam tak berapa nak selesa sangat sebab material dia tak selembut material yang kelabu. Tapi oleh disebabkan nak nampak chantek ada beading besar-besar tu, so kena lah sacrifice sikit. Tapi tudung yang pink tu senang nak kasi nampak bujur. So, tak dek lah bulat sangat kan? Tip tak nak kasi bulat ialah, make sure jangan ketatkan inner anda. Seboleh-bolehnya cari inner yang sedikit longgar. Jangan lah longgar sesangat pulak, nanti rambut senang terkeluar. 

In thought, akan ke situ lagi before raya kerana nak menambahkan lagi koleksi tudung raya. Jangan tak tau, yang dua kat atas tuh dibeli alasan kerana nak pakai untuk raya. Tak dan-dan dah pakai awal-awal. Hehehehe...... Alahh... Bukannya ada orang tahu pun kan? Siapa yang baca ni sila simpan rahsia saya tau... ;) 


3 comments:

ashra said...

owhh..farah adibah bukak butik tudung ek..haruslahh gi tgk ni.tuk raya.hehe
cantik tudung amy beli..

~dARlee zURiS~ said...

shhh..kunci mulut rapat2.
hehee...

zuris pun sejak reti pakai tudung awning nih,asyik nak beli je
gatai je tgn nih.huhuu..

Super Nia Hana said...

wahh..meraiha la raya taun ni amy

Google Analytics Alternative