Followers

Follow by Email

Thursday, August 12, 2010

Sesi Luahan Perasaan =(

Salam peeps!!

Mood hari ni memang totally down, semuanya gara-gara 'politik dalaman' rakan sepejabat. Rasanya memang dah lama tak bercerita atau meluahkan isi hati yang tak best dalam blog. Malangnya, hari ni macam-macam hal pulak berlaku. Perkara kecil je tapi kecoh bagaikan perang dunia ke-3. 

Kalau ikutkan hati, memang dah lama chow dari sini tapi I masih waras lagi. Titot tuh monthly nak kena bayar. Tak berbayar, tarik lah jawabnya. Kalau dah kena tarik, jalan kaki lah ke mana-mana. Nak harapkan Mr Fiance, he's busy with his work unless time tu beliau free. Ermmm.... Mengenangkan nasib yang agak malang tapi tetap bersyukur kerana rezeki masih ada kan. Yer lah, setiap bulan dapat gaji. Boleh makan, minum, bagi parents, jenjalan, shopping and bla bla bla..... 

Tapi kenapa lah rezeki ku di sini? Tempat ala-ala jin bertendang. Oppss... Tengah-tengah bandar KL kira jin bertendang ke? Kalian fahamkan sendirian berhad jer lah maksudnya. Dengan tidak dibenarkan bersolat, hari Sabtu kerja, dan banyak lagi perkara yang tak best. Kesian kan kami-kami tak boleh solat kat sini. Tapi most of muslims solat jer cuma kami cari port sendirian berhad dan zip mulut rapat-rapat. Alhamdulillah, so far memang semuanya still under control. I got my own room for solat. If one day nak kena tukar bilik lain or floor lain, memang agak mendatangkan masalah besar lah. Hopefully tak dek lah macam tu sekali.

Aishhhhhh..... Apa pun, saya bertahan di sini sehingga urusan wedding ku selesai. Then after that, kena fikir haluan hidup yang baru. Nak further study atau kerja sambil belajar atau seangkatan dengannya. Malas nak fikir buat waktu ini. Minda ni letih. Nasib jiwa tak letih okeyh..... 

Okeyh lah, habis sudah sesi luahan perasaan yang entah apa-apa. Selamat berbuka puasa buat kawan-kawan blog ku. Malam ni Insya-Allah malam ketiga terawih bersama insan terchenta. =)

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

nak buat camne
tu je rezeki yg ada buat masa nie
sabar ye amy
zuris faham perasaan tu
persekitaran keje kat sini pun camtu gak
kata tempat jin2 bertendang kan
hihii..

Anne M. said...

gilak lah.
sabar.
dat all i can say.
btw,
if u manage to study while working go for it.
but it need a very powerful spirit to do that.

~ mizzAmy ~ said...

ZURIS :
tuh lah kan. kena banyak2 bersabar. rasa macam kita plak yang datang tempat org. padahal.......


ANNE :
yup... still bersabar lah ni dik oiii... T____T

tak tau lagi camne, insya-Allah akan further tapi memang akan huru-hara skit lah jadual hidup.

meo188 said...

erm, doa sungguh2 bulan ramdhan nie.... insya-Allah dipermudahkan segala rezeki dan urusan :D

doa utk kwn2 sekali :)

Zainur said...

hai amy, :) it's me ..hehe.. Tak sangka plak bos amy tak bg solat...kalo dia nampak apa akan terjadi eh?

Google Analytics Alternative