Followers

Follow by Email

Friday, August 27, 2010

Save The Date?

Salam peeps!! 

Ramai yang baca blog ni adalah kawan-kawan blog lama, so kamu-kamu dan kamu dah sedia maklum yang yours truly ni getting married in 2011. Yang close frens pula dah diberitahu bahawa wedding ni akan berlangsung lepas raya. Yakni raya tahun depan yer korang, bukan tahun nie. Pengsan lah kalau tahun ni kan. 

So, saya dah informed my parents suruh mereka pilih tarikh yang sesuai. Saya tak mementingkan tarikh sangat, elok pada parents saya. Elok pada saya juga. Lagipun wedding ni bertujuan nak panggil sanak-saudara dan rakan-rakan untuk datang makan-makan dan berkongsi moment terindah dalam hidup saya, kan? Confirmation date belum ditetapkan lagi, tapi saya boleh bajet yang wedding saya akan berlangsung sama ada raya ke-3 atau raya ke-4. Dan saya memang akan terima kenyataan bahawa rakan-rakan baik saya agak sukar untuk ke Besut pada waktu itu kerana itu adalah hari raya. Most of my close frens are married by that time and semuanya bukan orang Pantai Timur. So, memang tak boleh mengharapkan kehadiran mereka. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Ok-ok dah, tak nak komen lebih-lebih nanti saya sedih.


 Calendar ni amik kat sini. Credit to them.


So, tarikhnya mungkin 02.09.11 atau pun mungkin 03.09.11. Yang 03 tuh pun cantik juga nombornya. Tapi hari Sabtu. Kalau 02 dua tuh jatuh 3 Syawal dan hari Jumaat. So, what do you think? Ada sesiapa yang kenal orang-orang yang boleh suggest tarikh tak? 

Nak cari tarikh ni pun bukan perkara mudah kan? Hanya satu tarikh sahaja yang akan dipilih dan hanya sehari sahaja majlis kahwin saya. Majlis akad nikah dan sanding-sanding pula hanya bertujuan untuk photography semata-mata. Majlis yang simple but yet mesti meriah. Still tak dek idea lagi macam mana majlis yang saya inginkan. Akan cuba membuat lakaran 2D after raya nanti kerana nak dapatkan measurement rumah parents saya di kampung. Kang curahkan idea over-over sekali serabut je tengok sebab banyak sangat decoration. Okeyh lah, tak nak bebel lebih-lebih. So, have a nice weekend to all of you.

3 comments:

ashra said...

baik 3 kot amy..sbb 3syawal,org duk beraya umah sedara lagi.hehe.lagipun jumaat,org kabut nak pi semayang jumaat.
pengantin laki pun kena berkejar nak siap.

hehe,saje je nyibuk.tak kisah je sebanarnya tarikh mana2 pun.asalkan dua2 family senang.sbb pompuan ni leceh.nikah sanding..2majlis.

meow said...

wah!

lagi 1 tahun.

Pocket said...

dah baca ari tuh tp tak der komen tentang tarikh,
then tertengok motor nyer perlumbaan yg diorang nak buat 10 hb 10 tahun 2010..
10.10.10
jadinya.. waaaaahh..

so.. pocket cadangkan..
11.11.11

sebab dalam bahasa jepung,
nombor tu bunyii nyer iiiiiii..
which means baguuuuuuussssss.. :D

Google Analytics Alternative