Followers

Follow by Email

Thursday, August 26, 2010

Badanku Gemokk & Berlemak Makk Makk

Salam peeps!!

Petang semalam, sempat ke Celebrity Fitness. Bukan pergi nak work out or training or seangkatan dengannya lah, tapi pergi semata-mata nak timbang berat badan yang ter'latest. 

Ingatkan dah 2 minggu berpuasa, berat turun lah sekilo dua. Malangnya tak turun-turun pun you all. Dah la mesin timbang kat situ tak menipu or ralat. Memang rasa nak hempuk-hempuk je. Pulaknya, mesin kat gym kan boleh analysis badan kita nih macam mana kan. Yang tak boleh blah tuh tang FAT dalam badan. Fat bukan bermaksud gemuk disitu, tapi LEMAK. LEMAK dalam badan saya adalah sangat-sangat tinggi. Air dalam badan adalah sangat rendah. No good. 

Selepas dianalisis, berat saya ialah 45kg. Berat ideal kena cecah 43kg. So, saya lebih 2 kilo di situ. Ikut BMI, saya pada paras normal. Menurut kertas analisis tu, saya perlu kurangkan 4.5kg lemak dan tambahkan 2.2kg muscle dalam badan. Tang muscle tuh saya tak tahu macam mana nak buat. Itu kena serahkan pada Encik Tuney. Yang lemak 4.5kg tuh memang tak boleh blah. Banyaknya lebihan lemak!!! Hahahahahaha.......
 
Menurut analisis tersebut juga, lemak paling banyak adalah tang bo**** dan pinggang. Memang tak tipu, kat dua area tersebut tetiba je gemuk semacam. Dulu saya tak dek aset bo****. Flat jer dan selalu kena ejek dengan kawan kat universiti. Now, bukan aset je tapi lemak. Hahahaha.... Tang pinggang tuh tak payah cakap lah, dulu 23/24 but now 27.  T______T


 Seksiss pulak gambar ni, tapi nasib baik lah sebagai gambarajah je. Tak dek lah saya ukur sebegitu sekali yer. Saya ukur lemak guna mesin je. Kalau guna caliper mahu lebam perut ku sebabnya tebal sangat kot lemaknya. Hahahaha.... Tapi lemak dalam badan Encik Tuney hanya 10% sahaja. Kurang lemak dalam badan juga tak elok katanya, boleh jadi bodoh dan lembab. So, gemuk-gemukkan diri supaya kita pandai. Kuikuikuikui..... Credit to here.


Another thing, my figure pun out of shape. Sangat menyedihkan. Dulu-dulu, memang tak ambil tahu pun. But now, i have too. Nanti apa pula pandangan orang terhadap Encik Tuney. Dia berjaya buatkan badan orang lain cantik, tapi kat tunang sendiri fail. Hari-hari kena ejek dengan beliau tau. Sangat stress. Memang lah beliau tak kisah, tapi saya kena jaga nama baik beliau juga. 

Btw, before akhiri entri ni, pada sesiapa yang berminat nak belajar muay thai atau kick boxing, boleh lah tinggalkan email kalian kat komen box yer. Kick boxing boleh loss weight dengan sangat banyak sebenarnya selain sebagai seni mempertahankan diri. Jom ramai-ramai memeriahkan kelas kami, insya-Allah after raya akan start dan tempatnya di Petaling Jaya. Dan after raya juga lah saya akan start misi menghilangkan 4.5kg lemak di dalam badan saya ini. Chaiiyokkkk!!     

4 comments:

Anne M. said...

wooooww..
seksi entri.
heh.

Jard The Great said...

hehehe.. mr fiance body builder ke amy?

~dARlee zURiS~ said...

sedih lak baca entry nih
zuris pun dah out of shape tau!
huhuuu.

Pocket said...

amy,
kalau setakat 4.5 tu apa lah sangat amy,
meh tengok pocket ni haaa..
surely amy akan rase amy tu keciiiittt sangat heheheh
..
kejap kejap nak kira..
lemak kalu setengah jengkal!!
adehh..

n kalau lah 70 tu berat badan ideal pocket,
makna kata berat lemak jer dah 20 kilo!!
wahahahahaha!! (Malu nak cerita..)

mana datang kan 20 kilo tu? hummm.. nando's?

Google Analytics Alternative