Followers

Follow by Email

Friday, June 25, 2010

~ Titot Owhhhh Titot Ku Sayang ~

Salam everyone!! Pada malam Rabu yang lepas, konon-kononnya M.A keluar nak survey sesuatu. Then, pusing-pusing area PJ, tetiba M.A rasa M.A agak tak dek mood nak meneruskan sesi survey tersebut.

Then, terus ajak Mr King Kong ke car wash. Titot dah tak terurus you all. Macam tuan dia jugak lah. Masa untuk diri sendiri pun dah tak dek sekarang ni..

Masa drive nak ke car wash tuh, M.A dah dengar bunyi something yang tak best kat keta M.A. Bunyi yang agak semacam jer. Then, masa kat car wash, Mr King Kong check tayar bagai macam ok je. Lepak-lepak tunggu kereta dibasuh, then bila diorang dah habis bilas, Mr King Kong nak drive Titot ke kawasan vakuum. Start punya start, Titot tak nak hidup. Damn!!!

M.A pulak macam blur.... What happen to Titot? Terus M.A teringat yang bateri punya hal lah tuh. Sebabnya si mekanik kat tempat M.A hantar servis cakap yang bateri tuh dah nak kena tukar for next service. M.A tak servis-servis lagi ni. T______T

Mr King Kong suruh M.A called Heri, tanya kot-kot ada jumper ke apa. Nasib lah car wash tuh dalam 100 meter je dengan gate nak masuk rumah M.A. So, Heri sampai situ pun dalam masa 5 minit jer.

Check punya check, rupa-rupanya air bateri kering-kontang. Okeyh-okeyh, kat sini M.A tak leh disalahkan 100% since i thought that bateri yang digunakan adalah bateri kering. Sekali.... Bateri basah daaa.... I think i've asked many people, ramai kata M.A guna bateri kering. Haaa.... Then, jangan cakap M.A sengal tak isi air bateri.

Then, try lah jumper-jumper setelah mendapatkan air bateri yang berharga RM2.20 kat Shell. 1st tried, Titot hidup... Then, masa kitorg dah bersedia nak masuk keta, dia mati again. Tak pasal-pasal, kena jumper for 2nd time. 2nd tried, Titot hidup. Drive sikit, sekali ada keta lain kat depan macam menghalang laluan. Nak kena reverse. Then masa nak reverse terus mati engine lagi. Then, terus decided to get new battery by that night.


1st time jadi macam nih last 2 years ago in this entry the piccas taken from there. Penyelamat nya still my beloved brother. Till now, he's still remain my 2nd hero after my 1st hero of ayah. Tetiba je rasa panas je muka, airmata ku menitik lah pulak. T____T .


Mr King Kong dah bagi hint yang battery yang dijual di kedai-kedai like Shell, Petronas, Mobil or Caltex memang mahal. Bajet lah dalam RM300++. Then, M.A suggest tinggalkan jer dulu Titot tuh kat car wash. Pagi esoknya, biar M.A settle kan hal Titot ni. For at least I don't need to pay more.

But the two mans didn't agree with me. Diorang pulun nak cari battery kereta malam tuh juga. That time was around 11.00pm-11.30pm. So, just follow the heroes lah kan. Cari kedai pump station sampai ke simpang nak masuk SS2. Then, sampai kat Mobil, mamat Mobil kat situ bagi contact number sorang uncle ni. Uncle ni macam mekanik bergerak lah di sekitar Lembah Klang. Then, called him within 10 minit je dah sampai.

Uncle tuh buat kerja pun laju jugak, dalam 10 minit je dah settle semua. Harga pun agak mahal lah berbanding kat kedai. Yer lah, dah lah time tuh malam-malam kan, nak cari kedai memang tak jumpa lah kan. Nak tak nak, tuh je lah cara yang terbaik. Dari nak tinggal-tinggal kereta merata-riti. But yet, M.A rasa macam selamat je tinggalkan dulu kat situ since car wash situ 24jam cuma pekerja situ semuanya Bangla lah. Muehehehe... Sebab tuh Heri and Mr King Kong tak bersetuju dengan idea M.A.

Tak pasal-pasal melayang duit di kala di hujung bulan begini. Aiseyhh..... Stress pulak, tapi tak per lah, memang dah plan nak tukar pun cuma tak bajet lah time-time malam macam tuh dan dalam keadaan yang tak bersedia kan?

But yet, M.A still syukur Titot buat hal time M.A ditemani oleh Mr King Kong dan dekat-dekat je dengan area rumah. Kalau M.A sorang-sorang, sure M.A cuakksss giler lah kan. Dah la auto, tolak-tolak sure tak hidup punya. Nak kena jump-jumper jugak. Titot still sayang tuan dia nih. Tak nak tuan dia nangis kat tepi jalan sorang-sorang. Nih lah yang buatkan M.A sayang sangat-sangat dengan Titot M.A nih. Kau lah kekasih awal dan akhir buat ku. Opppss, statement ni kalau si Mr King Kong dengar, sure jealous nih. Muehehehehe....

Sorry peeps, entri kali ni terpanjang pulak. Tapi apa kan daya, kisah Titot kesayangan harus lah masuk dalam virtual pink diary ni kan? ;)

p/s : minggu depan Habib Jewel kat Ampang Point ada sales. nak kena pergi nih. *wink*

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

agaknya titot merajuk sbb amy abaikan die kot.asyik ngan mr king kong je skrg.hehee..
takpe2..dah tukar betri,pasnie titot kasi servis baik balik ek :)

habib jewels?ehemmm...

Qaseh said...

hmm..biasa la, kalo time dia buat hal...mcm tu la

puterikurekure said...

amy patot kena pi tengok sales tu. habib kalau wat sales sampai 70%. murah2 dik!!!

hehe.

Anne M. said...

makin lama orang makin suka karangan akak..
bagus!

agagaga

~LP Lum~ said...

salam amy~

hehhee... seb baik wak.. kalo di buatnya mlm n waktu tu awak sorg2?? tak ke naya??

:)

meo & titot said...

Notis amaran.

cik amy,

sila jaga titot elok2.

Sekian.
peminat setia titot

Google Analytics Alternative