Followers

Follow by Email

Thursday, June 17, 2010

~ Berbuka Puasa & Karate Kid ~

Salam everyone!! Hari Selasa yang lepas, M.A berjaya untuk ganti puasa. Hutang puasa M.A ada lagi 3 hari. Minggu depan M.A kena pulun untuk settle kan ia. Lately ni M.A asyik sakit gigi, so mood nak puasa tuh kureng sikit lah. Insya-Allah dalam masa terdekat ni M.A nak pergi cabut gigi, kalau cabut biasa-biasa tuh tak per lah jugak. Nih mahal ya ampun sebab maybe kena operate-operate bagai. Tak mampu noksss...

Hari Selasa yang lepas, M.A agak mengidam nak makan chicken chop. Tapi encik king kong pulak beria ajak M.A pergi Marco's Pizza di Kelana Jaya. M.A layankan jer lah, sebabnya yang tukang bayarnya dia. Follow the leader lah kan. Tapi dalam hati ku kehampaan lah jugak. T___T

Sampai-sampai je kat Marco's Pizza tuh, tengok-tengok menu, ada lah menu yang ala-ala macam chicken chop. Tuh pun encik king kong yang suggest kan, katanya sedap dan terbaik. M.A ikut jer lah, sebabnya tak pernah-pernah makan di Marco's Pizza. Ingatkan ada pizza semata-mata. Rupanya macam-macam lagi ada. More details you peeps can visit here.


Lupa nama apa. Try google Marco's Pizza ni tapi tak dek website lah pulak. Tapi sedap jugak lah sebabnya ada topping mozzarella cheese kat atas dia.


Ni pulak food encik king kong. Memang ayam adalah makanan ruji beliau. Harap maklum. Sekor ayam pun beliau boleh habiskan dalam sekelip mata. Heri suka cakap, "kidd mung tuh pegho antu rayo ko?". Hahahahaha.....


Then, we all pekena chocolate cake. Tak nampak pulak kek nya tuh. Sebab dah sama warna dengan coklat cair kat keliling kek. I love the dessert. Very the yummy...


Lepas makan-makan, we all bergegas ke Tropicana City Mall sebab nak kejar maghrib. Then, lepas tuh terus beli tiket movie Karate Kid. Cerita ni kan, best tuh best lah. Cuma kan, pada M.A yer, lain orang lain pendapat kan? Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Sangat banyak bad influences dalam movie terbabit.

- Dalam cerita tuh banyak scenes bertumbuk dan bergaduh sesama rakan sebaya. Untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, sesuai ke nak didedahkan dengan situasi rakan-rakan sebaya diorang pandai bergaduh dan bertumbuk? What will they think? Nanti pergi sekolah, ada kawan ejek-ejek, diorang pun teringat movie ni and fikir yang tumbuk or sepak kawan yang ejek diorang tuh adalah perkara biasa.

- Melawan orang tua dengan kekerasan seperti bertumbuk. Bagus ke?

- Untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, adakah logik untuk diorang tahu apa itu ertinya bercinta dan bercium? Cinta tuh standard lah kot budak-budak zaman sekarang ni, tapi ada part kissing. Sangat tak boleh blah!!


Jackie Chan dalam movie ni nampak sangat-sangat tua. Macam kesian je tengok dia berlakon sebab cara dia berjalan tuh macam bongkok semacam. Picca taken from en.wiki.


Itu hanya pandangan peribadi seorang wanita biasa. M.A pun tak sanggup tengok Jaden Smith anak si Will Smith tuh kena belasah. Kesian weyh, rasa macam nak jer pergi tarik dan bawak lari jauh-jauh. But yet, cerita tuh best lah jugak. Jaden Smith tuh sangat cute. Kecik-kecik badan dah berketak-ketak. Hehehehe....


8 comments:

puterikurekure said...

food si cik abang kingkong awak tu nampak sedap la...

~dARlee zURiS~ said...

seekor ayam dlm mkn sorang dlm beberapa minit je?
waaaa...dasat2.leh kwn ngan mr sharil.blh mkn ciken wing 25ketul sorang.huhuu...

dessert tu mmg lah mencairkan air liur.ish ishhh...

Anne M. said...

memang tak sesuai untuk tontonan kanak2..if there is no guidance

~LP Lum~ said...

salam amy~

hehhee.. cake itu mcm best aje.. :p

alah amy, kissing2 dlm citer barat dah jd biasa bg dorg.. xde benda dah.. hanya kita di timur nie aje yg mgkin akan rasa terkejut.. tapi tah ar, skang bdk2 kita pun rmai yg kissing bagai nak rak dpan khalayak ramai.. terutama kat mall tempat sy keje nie.. :)

meo188 said...

erm, sudah sakit gigi tak mau g dentist.

wah, ade remake cite karate kid eh...

meo188 said...

erm, sudah sakit gigi tak mau g dentist.

wah, ade remake cite karate kid eh...

Super Nia Hana said...

uwaa...watashi puasa harinihhhh!!!!
menagis tgk pic food!

ala..amy ckp je nak selamatkan jaden tu kan sebab kesian..tp watashi bet musti amy akan tolak mr king kong..tul???
hiksss

ashra said...

salam amy..ingat kat kita lg tak??hehe

emm,amy duk maner ni. gi marco's pizza,gi tropicana mall..cam dekat je dgn kita.
kita duk kelana jaya je ni.hehe

Google Analytics Alternative