Followers

Follow by Email

Friday, December 31, 2010

Her Resolution 2010?

Salam peeps!!




2010 dah nak melabuh tirainya. Macam mana dengan azam tahun 2010 nih, dah tercapai ke belum? Azam saya? Saya hanya ada 3 azam sahaja and alhamdulillah, tercapai juga walaupun tak 100% lah. 

Yang pertama, azam ni memang saya tak bagitahu pada sesiapa pun. Hanya azam untuk diri sendiri dan juga doa saya pada Allah S.W.T.. Nak tahu apa? Malu nyah.......... Hahahaha... Over di situ. Okeyh lah, masa masuk tahun 2010, time tuh saya tak dek serious relationship. Tapi teman tapi mesra tu ada lah. So, saya berazam nak ada serious relationship with my future husband. Ceritanya begini, awal tahun harituh, saya berkawan dengan seorang jejaka nih tapi kami tak dek lah berchenta tapi ala-ala teman tapi mesra. By the time nak mengenali hati budi tuh, terkantoi dia nih jenis berkawan dengan ramai perempuan. Ala-ala macam kumpul stok banyak-banyak then pilih mana yang paling baik agaknya. Then, elok-elok je saya stop berkawan dengan si dia, my Encik Tuney approached me to be his girlfriend. I just accepted him tanpa berfikir panjang. Maybe terlalu frustrated with the guy yang sebelum ni. With no feeling in the beginning, dalam masa sebulan my Encik Tuney berjaya membuka pintu hati saya. So, kira tercapai lah kan azam saya yang ini. Hehehehe..... 

Azam kedua ialah nak mengurangkan hutang-piutang especially card credit. LOL.... Okeyh, yang ini berjaya di settlekan satu dari dua card credit ku. Tinggal lagi satu je lagi. Hope yang satu lagi nih pun akan segera diterminated dan di settle. Ada cc nih pun boleh menyusahkan diri sendiri dan tak dek pun susah jugak kan? 

Azam ketiga ialah nak kurangkan bershopping. Yang ini, macam tak tercapai lah. Even tengah saving untuk duit kawin, saya tetap bershopping juga. Adeh.... Macam mana tuh? Azam yang tak tercapai ni akan dibawa ke tahun 2011 pula. Aci tak gitu? Hehehehe....

Thursday, December 30, 2010

Good Luck For 'JHAI LEK'!!

Salam peeps!!

Since tomorrow adalah cuti, kena update laju-laju for today and kalau rajin jap lagi buat entri for tomorrow pula. Oppss, rajin kah? Hehehehe...

Esok, adalah hari bersejarah buat Encik Tuney sebabnya his fighter akan berlawan dalam big event di Telekom Muzium,KL. Macam-macam drama dan politik yang berlaku since this few days, tapi finally Encik Tuney dan his fighter who is Farez decided nak teruskan juga perlawanan. Kalah ke menang ke, itu adat bertanding. Yang penting, they exposed themselves with others opponents and gyms. At least ada pengalaman kan? Dari pengalaman lah kita belajar sesuatu, yer dak? Ekhh, jangan salah faham yer. Bukan Encik Tuney yang nak berlawan gocoh tapi dia sebagai manager kepada si fighter Farez.


The posters are everywhere in KL. But last minutes changes which is opponent dah bertukar dari yang mamat kat atas nie ke orang dari Burma kot tak silap. 


Apa pun, good luck for Farez dan Encik Tuney. Moga kejayaan milik Malaysia. Amin...... For further story boleh baca kat sini. And not to forget to give your support for Malaysia by watching them live on Astro 801 tak silap. Whether Arena or ESPN at 8pm tomorrow night. Hope you guys tak spot me on TV yah!! I wish saya tak pergi sebabnya memang agak scary nak tengok Farez kena tumbuk eventhough he's not my adik or abang or bf but he's Encik Tuney bestfren so my bestfren juga, nanti saya nangis pula tengok dia berdarah-darah. Btw, he is an actor, hope muka dia still tak dek kesan apa-apa after the fight.... Amin......

Kerusi Pelamin Jenis Chaise Lounge

Salam peeps!!

Thanks korang sebab ada yang bagi suggestions and vote for the bantal nikah. Untuk sementara waktu ni, bantal nikah yang bulat tuh menjadi pilihan. Should I change the color? Dari putih ke bright color mungkin? Over plak kan. 

So, next is kerusi untuk pelamin. Macam-macam design yang ada sekarang ni tapi dekat Kelantan sangat limited nak pilih-pilih kerusi yang menjadi idaman kalbu. Maybe, akan ku sewa di KL dan bawa balik ke sana. Over tak? Kuikuikuikui....... Verangan tak sudah lah kan? 

If tanya saya, sure saya suka kan kerusi pelamin yang jenis chaise lounge. I think, sekarang memang dah menjadi trend kan? Dulu pun ada juga, tapi yang white color with the silver or gold frame. Simple je design nya but nowadays dah modern contemporary sikit since they played with bright color or dark color and come with the diamond tufting upholstery. So cool kan? Tak nak merepek lebih-lebih because I love furniture and worked as designer for more than a year in this industry, takut nanti jadi entri lain pulak. Kihkihkih...... 


Really truly deeply in love with the kerusi. Credited to Ari Wedding


Ataupun yang macam nih pun chantek juga tapi nak carik yang pinkish boleh tak? =P


Yang nih nampak sangatlah exclusive. Kalau frame dia kekalkan silver and the cushion part buat diamond tufting upholstery in magenta or fandago color pun should be nice rasanya. Piccas credited to here.   


Ok, back to the basic again, kalau lah budget tak lari dan ada rezeki lebih, Insya-Allah will work for it. Doa-doa kan yer kawan-kawan ku sekalian. Amin... Kalau tak dapat yang macam kat atas tuh, dapat kerusi yang biasa-biasa pun jadi lah, janji ada kerusi nak duduk, yer dak?  ;)

Wednesday, December 29, 2010

Any Idea On Bantal Nikah?

Salam peeps!!

Pelamin dah siap di designed. Now time to look for the real thing pulak. 1st move adalah bantal nikah. Saya tak buat mini pelamin untuk akad nikah, pelamin akad nikah akan sama je dengan pelamin semasa majlis resepsi. Cuma akad nikah guna bantal nikah and time resepsi pulak guna bench. Simple -simple je sebab kena jimat dan juga bajet. =P 

Google here and there, jumpa few designs yang menarik hati. Cuma tak sure mana nak dapatkannya. Agak-agaknya dekat Plaza City One ada tak? Or any other places yang boleh dapat with cheaper price? Or better design?  


Nice kan? Thanks Cik Syafa for the entry.


Bantal nih pun menarik juga sebab jarang jumpa yang jenis bulat.


So dearie readers, which one is your choice? Or you have any other suggestions? Please drop me your comment. Pelik je blog nie sebenarnya ramai pengunjung tapi tak banyak pula yang nak mengomen. Sometime your comments make my day. Really appreciate it. Thanks.  ;)

Tuesday, December 28, 2010

Her Wedding Dais - 1st Idea

Salam peeps!!

Akhirnya, berjaya juga nak buat 2d design untuk my pelamin. Tapi baru 1st idea, and will come up with 2-3 others design. Actually bukan lah grand-grand ke apa, saya design sama je macam pelamin sekarang nie cuma play around with colors je. Kemungkinan besar akan guna satu panel je sebabnya nak buat dalam rumah kan, kang kalau banyak -banyak panel tak muat lah pulak tetamu nak duduk-duduk. Okeyh lah, jom intai sikit pelamin cik amy. Hehehehe....


 Boleh bajetkan my color combo? Btw, the piccas is my illustration of my wedding dias using illustrator gitu. Tunjuk half jer dulu sebabnya tak tahu lagi nak buat yang macam mana. =P

Okeyh lah, enough for today. Baru je melepaskan perasaan kat kakak cleaner tadi. Uwwwaaaaaaa....... Lagi 8 bulan okeyh!! Stress...........
  

Monday, December 27, 2010

56 Days Old Mia Is Trying To Talk

Salam peeps!!

Before update cerita-cerita lain, meh sini nak tunjuk video of Mia. She's my niece yang baru je berusia 56 hari which means tak sampai lagi 2 bulan and the amazing thing is she's can speak in baby language. I don't know, baby boleh start membunyikan suara or agah people start umur berapa bulan. And she's not even 2 months dah excited nak bercakap. So comel kan?


Abaikan saya yang bercakap bahasa kelate with Mia. I think, Mia will speak kelate 1st rather than other language. Pity her.

Friday, December 24, 2010

Noodle Box As Door Gift Box

Salam peeps!!

Dah lama tak update cerita wedding preparation. Seriously, this month sangat-sangat busy sampai tak sempat langsung nak fikirkan hal preparation. I think bulan Januari nanti sure banyak benda nak kena catch-up balik. Bersiap sedia lah $$$$ yang bakal dikeluarkan nanti. T____T

Okeyh-okeyh, when we talk about wedding sure we're talking about the money as well. No money no wedding, rite? So, stop stressing each other. Back to the title above, last months i ada emailed to packaging manufacturer nak tanya pasal noodle box. I think this manufacturer memang dah familiar di kalangan bride to be sekalian. Ramai yang dah reviewed and ada yang siap pergi ke kilang tersebut untuk memborong packaging for her door gifts.


The sales representative reply my emailed with the total amount that I should pay, agak mahal juga sebabnya saya nak order dalam amount yang banyak which is 2000 boxes or pieces. But she suggested me to order dalam 2100 since they packed by 300 pieces per carton. After a month duk berfikir and berbincang with my mum, so kemungkinan besar kami akan order dalam 1800pcs. Banyak kan? Kenapa banyak macam tu sekali? Sebab kad jemputan kemungkinan besar akan di print dalam 1000pcs. So, 1000pcs kad dah macam 2000 tetamu yang akan hadir. Macam tuh kan orang kira? Ke salah? Tambah pula majoriti yang dijemput adalah kaum keluarga, so 1 kad tuh bersamaan 5 orang kot yang akan hadir. LOL.....

I've read someone blog really forget lah which blog, sorry, dia pergi beli terus kat kilang tersebut. She got discount lagi kalau beli terus dari kilang. That's mean kalau dapat murah banyak, why not ke Pulau Pinang kan? Hehehehehe.... Boleh berjalan-jalan sambil makan. =)  


Door gifts my bestfren masa beliau bertunang. Sticker kat tengah tuh di designed by me. Sweetkan pinky-pinky gitu.


Click for larger image. Price list for the noodle box and others. For more info please visit their website


The sizing and info.


Sesiapa yang ketiadaan idea lagi nak bagi kotak or paper bag, harapnya entri boleh membantu. Sharing is caring. Btw, have a nice weekend and holiday to you peeps. =)

Wednesday, December 22, 2010

Her LookBook

Salam peeps!!

Dah berminggu-minggu duk perhati lookbook orang lain, now macam tergerak hati nak ada lookbook sendiri even sebenarnya agak segan-malu-takut sebabnya saya ni buta fashion. Kang orang gelakkan baru tahu. T____T

So dearie readers and frens, if sesaper ada lookbook juga sila lah berkawan-kawan dengan saya di sana. Saya tak dek fren lagi nie. Hahahahahaha......... Maaaaalllllluuuuuuu....


Her LOOKBOOK.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Auccchhh......

Salam peeps!!




Setelah 8 bulan baru 8 bulan, hokeeyhh mengenali Encik Tuney terchenta, tipu lah kalau tak bergaduh kan? Tambah pulak, kami ni jumpa hari-hari. Kadang-kadang dalam sehari tuh sampai 2-3 kali keluar breakfast, lunch or dinner together. So, keberangkalian nak bergaduh tuh lagi lah besar.

Pernah gaduh teruk sekali, sampai tahap nak break bagai. Tapi at the end, baik semula lah kan. Bukan cakap orang yang berchenta or bertunang, orang yang dah kawin pun ada yang bergaduh teruk juga kan? Tapi akal masih waras, dan iman di dada masih kukuh, still lagi boleh berfikir akan kesan-kesannya kemudian.

Contoh kami berdua, if dia tengah hot, i'm trying to be sabar dan cuba menenangkan dia. Say sorry and all sampai dia tengok balik my mata. Then, baru saya tahu dia betul-betul dah cool. If not, memang rasa bersalah sangat buat situasi jadi tak best macam tuh. And vice versa. 

Alhamdulillah, if kami bergaduh ke apa, ianya tak kan makan masa yang lama. Paling lama pun, tak kan lebih dari 4-5 jam. Selalunya salah seorang akan cepat-cepat take action nak pulihkan balik situasi. Serious, tak best okeyh nak gaduh-gaduh nie. Tapi tak gaduh langsung pun, tak best jugak kan? Hahahahaha.... =P

So my dear readers and frens, trying to understand your partner especially  on your communication and your partner's emotional. Sometime kena turunkan ego anda demi mereka yang terchenta. Tak salah pun, tak dek siapa yang tahu melainkan pasangan anda. Yer dak? Saya pun pelik dengan diri sendiri coz I can be as cool as I'm now. Maybe dah jumpa jodoh sebenar dan perangai ego tak bertempat tuh dah actually pupus once I got to know him. Or maybe because of I read Men Are From Mars Women Are From Venus, so dah boleh faham lelaki sikit demi sikit. =)


Tuesday, December 21, 2010

New Style For 2011

Salam peeps!!

Semua orang busy with wedding preparation, while me busy nak tukar style and image. Kononnya lah..... Tapi bab-bab fashion ni agak buta sedikit. Tapi tak per, kena yakin pada diri sendiri dan yang pastinya research dulu kat internet. LOL.... 

Lately, selalu perhatikan people yang pakai harem pants style. Mula-mula harem pants nih keluar, memang agak weird je tengok orang pakai. Now, design dia dah lain skit and makin chantek. Terus keterujaan nak pakai harem pants jugak. Hehehe.... 


Here she is yg kaku macam kayu T____T. The shoes terus can't get right. Buta fashion lah katakan. T____T. The pant is from Peacocks at Bangsar Village. I'm crazy with the boutique. =)


My birthday is coming for couple of weeks, and my birthday wish for 2011 is to look more fashionista and yet still sesuai untuk seorang muslimah. Can't wait to shop for my new outfits. Yeeeaaayyy!!  

Monday, December 20, 2010

Ke Butik S.I

Salam peeps!!

Petang semalam, Encik Tuney and his besfren ajak makan-makan di Solaris. Tetiba, terus teringat yang butik Syomir ada kat area situ. Tak kan nak lepaskan peluang keemasan kan. Memang plan nak bertanyakan hal-hal yang berkaitan nih dah lama tapi timing tak kena sebab if nak buat appoinment kena datang before 6pm.  So tawaf lah satu Solaris tu mencari-cari butik S.I. Akhirnya jumpa juga butik beliau tapi..............


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


The boutique is close on Sunday. T_________T


Melangkah ke kedai makan nama apa entah ada pink-pink nama kedai tuh dengan kemurungan. Tak dek rezeki nak mendapatkan quotation and all. Tak per lah, next week or maybe next year masih ada jika diizinkan Allah S.W.T.. =(

Friday, December 17, 2010

I Miss My Blog!!

Salam peeps!! 

Uwwwaaaaaaaaaaaaaaa...... Rindunya nak berblog, rindu blog-blog korang juga. Mesti dah banyak ketinggalan cerita kalian semua. I'm so sorry sebab tak sempat nak balas kunjungan and tak berupdate. Tersangat-sangat lah busy these few weeks. Insya-Allah, next week try to be normal again. Bye-bye  for now. Have a nice weekend to all. ;)

Wednesday, December 8, 2010

Home Sweet Home For Us

Salam peeps!!

Alhamdulillah, rumah sewa dah settled. Semalam saya dan Encik Tuney dah jumpa the agent and Alhamdulillah, managed to deal a best price for the rental. So far, memang agak menggigil jugak lah Encik Tuney nak bayar rumah sewa tuh starting next month till the wedding day. Yer lah, pitih nak kumpul untuk kawin lagi, and pitih for duit sewa rumah lagi. Kesian beliau. Sabar, Insya-Allah ada rezeki nanti kita beli rumah sendiri.

Actually, kalau ikutkan saya, I'm not that excited to find rumah sewa. Kalau boleh memang nak beli rumah yang dah siap je terus. Tapi, apakan daya, beli rumah bukan macam beli ikan kat pasar. $$$$$ nak kena ada. Nak harapkan EPF, tak dek lah banyak sangat-sangat sebab baru je 4 years keje. Duit saving pun tak dek sebenarnya, sekarang je baru nak start saving tuh pun sebab nak kawin. LOL.... Now memang menyesal sebab saya suka sangat bershopping, tak pikir masa depan. Ppppfffftttt.... T_____T

Rumah sewa tuh bukan landed house, it's just an apartment. Tapi best juga sebab siap ada gym. Tang gym tuh agak seronok sikit lah sebabnya my other half memang orang gym kan. Bilik pun not bad, 3+1 bedroom. Means, ada satu bilik ala-ala stor but for me, bilik tuh sangat besar untuk stor kot sebab dah boleh muat single bed. Another thing i like the most about the place is kebersihan kat situ memang boleh dipuji. That's the most important thing kan?

Ohww btw, kejap lagi saya dan Encik Tuney nak pergi ke Puchong, nak membuat lawatan tapak ke rumah yang kami sedang nak berkira-kira untuk dijadikan HOME SWEET HOME. Tak tahu lagi confirm beli ataupun tidak, kena buat research dari perlbagai sudut dulu. If dah bayar booking nanti, will update with you peeps!! ;) 


I love the design concept. =)

Monday, December 6, 2010

Kek For Hantaran Di Sponsor

Salam peeps!!

Alhamdulillah, murah rezeki di hari Isnin dan di penguhujung tahun hijrah. Pagi tadi, my Che Sue iaitu mak saudara saya buzz saya di FB. Bertanyakan majlis perkahwinan saya bulan berapa. Beliau nak simpan duit lah untuk anak saudara beliau yang comel ini. *errrkkk, sila muntah hijau*. Tapi, memandangkan tak nak lah susah-susahkan beliau beli barang yang agak mahal, so just suggested her to buy me a fondant cake for hantaran. 

Thanks god, dia pun macam excited juga pasal fondant cake. Siap suruh saya cari jer kek yang macam mana saya suka, and she will pay it. Tapi once again, tak nak susah-susahkan beliau, I need to find cake yang tak terlalu mahal. Standard price for fondant lah within RM150-200, kan? 

Beliau siap suruh saya remind Pak Su saya, iaitu husband beliau, since my Pak Su pun nak sponsor jugak. So, saya nak suruh Pak Su saya beli 1000 bahulu. Lagi dua ribu will hold for the next person yang bermurah hati nak sponsor-sponsor. Hehehehe..... Moga-moga, rezeki makin murah. Rezeki kadang-kadang tak semestinya duit kan? Something yang make our life much more better and easier. Alhamdulillah........ Rezeki memang ada jer di mana-mana even benda tuh macam kecil or sikit or minor part, ianya tetap rezeki dan kita patut bersyukur. ;)

Sebelum mengakhiri entri nie, mari lah kita layan dulu kek-kek ini. And to those yang nak recommended kedai kek ataupun blog-blog yang menjual kek di Kelantan/Terengganu sila tinggalkan komen anda yer. Jasa anda amatlah dihargai untuk rujukan saya dan rakan-rakan seperjuangan. Ceeeaaaaa.... Berjuang lah sangat. LOL....


I love the concept. Actually attractive to pink. LOL... Piccas credited to here.


Yang ni pun cantik jugak. Nampak formal sikit dan sesuai untuk hantaran. Piccas credited to here.


Simple but nice. Okeyh, ni pun kes attractive to pink juga. Credited to Suka Rasa, baker from Kota Bharu.



Saturday, December 4, 2010

Outdoor Photoshoot VS Studio Photoshoot For Pre Wedding

Salam peeps!!

Kalau diberikan pilihan, kalian nak pilih studio or outdoor for your pre-wedding photoshoot? Both pun ada kelebihan masing-masing kan? Tapi nowadays memang outdoor menjadi pilihan buat brides to be.


Studio Photo shoot :
- Privacy. Boleh posing sesuka hati.

- Make up, hair do semua tak perlu nak touch up berkali-kali sebabnya tak terdedah dengan cuaca panas, hujan or berangin.

- Tentu lah tak perlu nak risaukan hujan ataupun panas terik. Sah-sah lah dalam studio ada aircond.

- Boleh tukar baju 2-3 kali. So, boleh buat tema pelbagai. Dan props nya pun kena lebih jugak lah. ;)

- Cuma satu je, background tuh static je lah. Kalau tak putih, hitam. Cuma nak kena play around with the props. Kalau kat studio banyak props, lucky lah kan. Kalau tak, kena sediakan sendiri lah tak nak kasi too bored.


Konon macam hujan, tapi actually dalam studio. Piccas credited to Serindit Photo


Piccas credited to Serindit Photo.



Outdoor Photo Shoot :
- Tak dek privacy. Anyone can see you posing sana-sini, tambah pulak kalau pergi tasik-tasik sekitar Lembah Klang nie memang sah ramai orang. *saya pemalu........*

- Bab make-up, kalau pergi time petang2 tuh sure panas kan? So, memang akan cair lah sikit make-up tuh. Kena siap sedia bawa your MUA lah kalau nak kasi muka tetap cun tanpa minyak.

- Kalau outdoor, bab-bab cuaca memang tak leh nak predict. Kalau time tuh hujan, memang susah lah sikitkan. Tapi kalau nak kasi feeling-feeling hindustan, hujan lah cantik kan? Hahahaha....

- Nak tukar-tukar 2-3 baju memang susah sikit. Tapi macam mana Dr Halina and Dr SMS tukar baju kat Bukit Broga ekh? Maybe diorang bawa khemah yang untuk camping tuh kot. 

- Unlimited background. Boleh berposing sakan dan tentu sekali tidak akan bosan.


Sooo cute kan? Piccas credited to Fatiniz


Comelss.... Credited to her again.


Kalau ikutkan hati, nak buat dua-dua. Tapi kena ikut duit kat dalam poket ni dulu. Kena lah cari yang paling murah dan cantik. Hehehehe.... =P

Friday, December 3, 2010

Saya Suka Sampai Mahu Terbang-Terbang!!

Salam peeps!!

Actually pagi nie memang ada bad thing happen, tayar kereta ku pancit. Tapi dah selesai menukar tayar bagai dah. Cuma rim macam almost nak rosak jugak. Aishh, bab-bab kereta punya accessories kita bawa selepas selesai hal-hal kawin. Janji sampai masa pergi servis. That's it.

Okeyh, apa lah agaknya yang suka sampai nak terbang-terbang pulak tuh? Actually, macam agak over lah jugak nak suka-suka sebegitu but who cares kan? Petang semalam, Syomir Izwa komen kat entri ni. Tak sangka pulak dia boleh drop kan komen. *smiling*  


Excited okeyh, sebabnya saper lah kita kan sampai dia nak komen. Hehehehe...


And just now pulak, someone who is FD(fashion designer) jugak called my hand-phone asking these and that since I ada tanya kat FB dia, bila I boleh buat date dengan beliau. This one, double teruja sebabnya dia sanggup called okeyh!! Ingat senang ke nak dapat feedback sebegitu dari vendors? And he's just a nice guy for me. Eveytime I tanya dia kat FB pun, mesti dia reply dengan baiknya. That's a good sign and even we have a good chemistry between us. Insya-Allah, jika tak dek aral, this Sunday i'll meet up with him. 

Tak sure lagi nak hire beliau or not since nak kena tanya bab-bab harga bagai dulu. Kalau ikut perbincangan dalam telefon, mmg dalam budget tapi bila jumpa, nak itu-nak ini, harga dah lain kan. If dalam budget, Insya-Allah akan diteruskan. 

Wednesday, December 1, 2010

Korbankan Bangkok Demi BFF Terchenta

Salam peeps!!

Isnin yang lepas, my HR asked me whether I'll join the company trip to Bangkok or not? Semuanya di sponsor penuh oleh company except for the foods, Muslim peeps kena lah bersiap sedia makanan-makanan segera dari Malaysia. Selera tekak lain-lain kan, tambah pulak kumpulan minoriti adalah kaum Melayu. So, agak sukar sedikit bab makan di situ. Tak semua my colleagues dipilih untuk ke sana, hanya mereka-mereka yang tertentu sahaja. Pilih bulu ke apa, i don't know lah.

Tapi, bab-bab makanan bukan lah menjadi perkara utama kenapa saya tolak untuk bercuti ke Bangkok. Timing ke sana tak ngam dengan diari 2011 saya. By that time, my best friend wedding lah puloq. Both bribe and groom pun adalah my bff. So, dua-dua side kena hadirkan diri. Kalau tak, kang ada yang merajuk. =P 

For me, nak berjalan-jalan makan angin tuh bila-bila masa je boleh pergi jika diizinkan Allah S.W.T.. Cuma kawan-kawan yang selalu ada ketika kita up and down, susah nak diganti-ganti. Tak semua kawan-kawan yang berkawan tuh ikhlas nak berkawan kan? Ada yang baik bersebab. Ada yang time kita senang, dia ke main lagi baik-baik dengan kita. Time kita susah, sms pun tak berbalas. Saya punya ramai kawan, tapi yang betul-betul sentiasa ada di sisi even berbulan tak jumpa hanya beberapa kerat je. Tak perlu ramai kawan jika tiada yang berkualiti. Baik ada sorang je kawan tapi biarlah dia betul-betul ikhlas dan senantiasa ada di sisi tak kira waktu susah dan senang.

That's the reason why saya tolak peluang keemasan saya untuk bershopping di Bangkok. Saya nak tengok mereka bahagia dengan senyuman yang lebar di hari tersebut. Tengok piccas tak sama dengan feel sendiri kat tempat tersebut, kan?

So, agak-agaknya siapa lah kawan ku yang bertuah itu yerk? Jika pembaca setia blog lama, rasanya dah boleh teka kot. Cuma new reader kat blog TPDD nih sure tak kenal lagi. Nanti end of January sure muka mereka ni banyak perpampang kat dalam blog saya nie. Insya-Allah, akan saya review wedding mereka berdua nie. ;) 


Me, Zila and Naim. Both of them yang dimaksudkan and they're counting the days je tuh. This piccas masa tahun 2008, kami ke Miri. Ke Miri pun sebab nak pergi wedding our best friend, Fiza. Jauh pun sanggup kami redah. Ceaaaa....

Tuesday, November 30, 2010

Clear Acrylic Sheet As Kotak Hantaran

Salam peeps!!

Pagi tadi saya baca blog Cik Syahira, tetiba bersemangat balik nak jadi product designer. Tak sure apa yang saya teka dalam blog beliau tuh betul ke tidak. Tapi harapnya entri ni dapat membantu sesiapa yang sedang mencari idea yang sama.


Hantaran designed by Arma Couture. Ramai yang called it kotak kaca kan?


Sekali imbas, memang ianya macam kaca. But tak sure, if Arma Couture betul-betul buat dari kaca. Logiknya, kalau ianya kaca harus berat lah kan, dah lah hantaran ni nak kena angkat-angkat bagai. Memang tak practical. So, sebagai penganti kaca kita boleh buat dengan  menggunakan clear acrylic sheet or dalam bahasa budak-budak product design ialah 'perspek'.


Nih lah rupa 'perspex' or acrylic sheet. Ringan, mudah dipotong dan mudah di glue. Dan ianya juga boleh di bend tapi kena guna heating tool. Kot-kot nak buat selain dari kotak segi empat, boleh je nak buat macam segi tiga or half round. =P 


Where to find the acrylic sheet? Kat area KL, tak sure sangat but my all time favorite place is Multifilla which is somewhere in Balakong. Di celah-celah kilang tapi tak sangka ada kedai art yang agak 'wooowwww' for me. If i'm not mistaken, art students from all over Malaysia, sanggup datang jauh-jauh untuk mendapatkan bahan 'bacaan' mereka di situ. Salah satu sebabnya, maybe agak murah berbanding tempat lain.

Macam mana buat kotak with acrylic sheet ni? Saya tak reti nak explain because i don't have any piccas on how to make it. Kalau explain without piccas, macam susah nak paham kan? So, boleh layan youtube nie untuk dapatkan idea macam mana nak cut dan glue. Sebab dua proses tuh je yang perlu dilakukan.


Cara-cara nak cut the acrylic sheet. Macam-macam method yang ada, so pilih method yang paling senang nak jumpa which is using the cutter. Make sure potong sambil ada guide line and supported by ruler. Steel ruler is better. 


Glue pula, kalau tak jumpa acrylic cement macam dalah video nie, gam gajah yang cair tuh pun boleh lekat juga. Tapi make sure tanya dulu kat kedai yg jual acrylic nie, gam apa yang better. Kang tak pasal-pasal tak lekat 100%.


Sesiapa yang berjaya buat, nanti sila buat entri yer. Jangan lupa let me know. Nak tengok jugak hasil d.i.y kawan-kawan. Selamat mencuba you allsss.........

Perbincangan Anak-Beranak

Salam peeps!!

Last weekend, my parents datang ke KL. So, tak lepaskan peluang yang ada untuk membincangkan hal majlis saya nanti. Banyak lah juga isu-isu yang dikeluarkan especially bab-bab bilangan tetamu dan juga budget untuk jamuan makan kepada tetamu nanti. Bilangan tetamu, mungkin agak ramai. Bab tetamu saya memang tak amik tahu kerana semestinya tetamu yang pergi adalah sanak-saudara, jiran sekampung dan juga sahabat handai kedua ibu-bapa saya. My friends pula, kemungkinan yang pergi ke sana (Jerteh, Terengganu) tak sampai 20 orang pun. Hope lebih lah 10 orang, kalau tak, saya mengamukkkkkkk dengan diorang. Merajuk tak nak kawan. Boleh tak? Hehehehehe..... 

Bab yang paling saya tengah risaukan adalah hal-hal berkaitan dengan kanopi. My mum insist nak sewa kanopi dengan kawan beliau. Ok, saya pun tak kisah jika dia nak sewa dengan siapa sekali pun. Tapi kawan my mum ni sebenarnya baru-baru nak buat business kanopi nie. Dan saya takut nanti, apa yang saya nak, dia tak boleh nak buat. If awal-awal cakap tak boleh nak buat, tak per lah kan. Let say, sehari sebelum majlis or on that day dia kata dia tak reti buat. Memang haru lah kan. Nak marah lebih-lebih, kawan. 


 Basically apa yang saya nak adalah seperti piccas di atas. Basically je tau, and some other part nanti saya akan D.I.Y. So, yang selebihnya tu tungguuuuuu.....


So, ayah saya pun sama dengan saya. Tak berapa setuju nak amik risiko. Saya awal-awal lagi memang nak settle kan hal kanopi nih. I mean, if saya yang bayar, maknanya mereka harus menerimanya. If saya nak itu-ini tapi diorang yang bayar, memang kena bebel selama 44 hari lah jawabnya.

Part yang mengujakan, kemungkinan ayah saya willing nak tanamkan rumput carpet di kawasan rumah saya. Sangat excited. So, baru lah boleh feel garden wedding sikit. Even dekat rumah dan di kampung, siapa kata tak boleh buat kan? Hope sangat ianya menjadi nanti. Dan kena double confirm dengan my atuk, adakah pada waktu itu musim padi baru nak masak. Kalau tak, memang menghijau lah area rumah saya. Rumah saya kat tengah-tengah sawah. ;)   

Part yang sangat tak best adalah, saya mungkin akan bercuti lama untuk majlis saya nanti. So, kemungkinan besar saya akan ambil cuti tanpa gaji. Sangat lah sedih................ Lepas kawin, tak dek gaji lah weyhhh!!! Dan boleh pulak, Encik Tuney buat request, dia tanya boleh tak kalau saya berhenti kerja. Double uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... T______T  

Monday, November 29, 2010

Baju Yuna Di Shout Award

Salam peeps!!

Saya tak sempat nak tengok shout award that day. Tapi terpandang gambar profile Syomir Izwa, Yuna pakai baju yang di design by him. Terus macam, owhhh keterujaannya saya. Dan terus, nak kurus macam Yuna boleh? Syomir punya kelebihan ialah, boleh kasi nampak orang tuh kurus agaknya. Dah dua orang terbukti penghasilannya yang sebegitu. So, mari lah kita layan gambar-gambar Yuna untuk hari ini.


Tak tahu exactly nama untuk pakaian ini but the seluar tuh harem pants kan? Tapi memang sangat cantik menarik dan tertarik. The shoes also.....


Combination color yang sangat lah nampak Yuna looks stunning. Tak silap, harga baju tersebut RM1410 while the shoes RM550.


Nak buat birthday wish list boleh tak untuk baju tuh? Syomir Izwa dah amik order for spring/summer 2011. Agak-agaknya Encik Tuney pengsan tak dengar? Hahaahahahaha.....

Friday, November 26, 2010

Once A Week Harus Jalan Laju-Laju

Salam peeps!!

Apa lah yang jalan laju-laju nie ekh? Hehehe.. For those yang close to me dah sedia maklum yang saya ke ofis berjalan kaki dari LRT Ampang Park. Jarak perjalanan pergi dan balik dalam 2KM. Bunyi macam tak jauh, tapi cuba lah berjalan laju-laju sure berpeluh-peluh hoookeyhh.... *kes jalan kaki ni sebabnya nak simpan duit utk kawin.*




Ramai yang tak sedar dengan cara berjalan kaki boleh membuatkan lemak di dalam badan kita di'burn. Tapi bukan dengan cara berjalan slow motion macam nak pergi pilih ikan di pasar yer. Kena berjalan dengan laju-laju macam ala-ala slow jog dan make sure macam tercungap-cunggap. Jalan laju-laju nie dah macam kita melakukan aerobic dan oleh sebab itu dia boleh membakar kalori dalam badan kita. Even ianya bagus untuk jantung kita juga. Tak reti nak explain in details but i'll make sure my other half blog will update about it soon.

Oleh sebab itu, those yang nak kurus dan save budget for your wedding day, you peeps can try this for at least 3 times a week. Jalan dalam 10-15minutes = 20 ++ kalori berjaya di'burn. If 3 times a week = 60++ kalori. Tanpa kita sedar, dalam sebulan silap-silap boleh turun berat badan. Tapi dengan syarat burn dalam 7500 kalori dulu lah, baru lah hilang 1kg. See, berapa banyak kalori kan? Penat jalan pun baru 20 kalori yang burn. So target lah berjalan hari-hari dan berdiet. So that, lagi cepat boleh burn dalam 7500. 

Okeyh lah kawan-kawan, hope entri nih boleh bagi some idea and inspiration untuk menguruskan badan. Pada yang mampu, mungkin boleh cuba buat personal training. Sekali session, dalam 500-700 calories burnt. So, dalam sebulan memang dah boleh turunkan  1-2kg. Contoh terdekat dan anda boleh lihat adalah The Biggers Loser. That's how personal trainer train you. Tapi diorang memang sepanjang masa dalam 3 bulan tuh training and training tak berhenti-henti. So logik lah losing 20kg and above. 

Thursday, November 25, 2010

Resipi Fruit Cocktail

Salam peeps!!

Last Monday, saya bawa fruit cocktail ke ofis sebabnya kami ada sesi port luck. First time buat fruit cocktail nie dan Alhamdulillah, ianya menjadi. Siap ada yang puji cakap sedap dan ada yang tapau buat balik rumah. Hehehehe..... Okeyh lah, tak nak merepak banyak-banyak. Mari kita mulakan sesi main masak-masak untuk kali nie.



Bahan-bahan (untuk 5-10 orang) :
1 tin fruit cocktail 
1 tin nata de coco
1 1/2 tin susu cair
1 sudu tepung custard

Cara-caranya : 
1. Panaskan susu cair tersebut dan masukkan 1 sudu tepung custard. Kacau sehingga sebati dan pastikan api dalam keadaan yang perlahan. Tunggu sehingga mendidih.

2. Biarkan ianya sejuk dahulu, lepas tuh boleh campurkan fruit cocktail (dan airnya sekali) dan nata de coco (dan airnya sekali). 

3. Untuk kasi lebih kick, masukkan ais. Memang sedap.... ;)


If nak masukkan puding ke dalam air tersebut pun best juga. Cuma panaskan secawan tepung custad + air secukupnya (jangan terlalu banyak air nanti lambat nak likat). Gaul-gaul sampai lah dah betul-betul likat dan berkilat. Then, sejukkan ia ke dalam bekas. Lepas tuh, hiris dadu tapi jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. *gula, depends pada citarasa masing-masing. if yang suka manis-manis, boleh tambah gula masa ianya dipanaskan. pada yang tak suka pada manis-manis sangat, no need gula sebabnya air nata de coco dan fruit cocktail mmg dah terlalu manis.*  

Google Analytics Alternative